Kawan-kawan

Ahad, 16 Oktober 2011

Cinta dua darjat


PEMBABITAN Nikita Willy dalam seni bermula seawal usia tujuh tahun apabila membintangi sinetron Bulan dan Bintang dan sinetron Dime Novel, Roman Picisan, Ratu Malu & Jenderal Kancil, Si Cecep, Habibi & Habibah, Pacar Pilihan dan Pengantin Kecilku, membuatkan gadis kelahiran Jakarta pada 29 Jun 1994 terus diminati ramai.

Di Malaysia, wajah gadis ayu ini menambat perhatian melalui sinetron Safa & Marwah serta Nikita. Terbaru, lakonannya dalam Putri Yang Ditukar, kini disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2 petang, sejak 27 September lalu.

Diterbitkan sebanyak 175 episod, kisah Putri Yang Ditukar berkisar kepada harapan sebuah keluarga yang ingin membina mahligai lebih bahagia tetapi musnah akibat cinta tulus ikhlas dua individu yang tidak direstui.

Akibatnya, dendam dan sengketa menjadi permainan hidup sehingga merosakkan pertalian persahabatan dan punah segala impian.


Sinetron dijayakan Nikita bersama Glenn Alinskie, Rezky Aditya, Lucky Perdana, Yasmine Wildblood, Citra Kirana, Marini Zumarnis, Sultan Djorghi, Atalarik Syah dan Tsania Marwa mengisahkan percintaan Ihsan dan Aini yang dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga masing-masing.


Kedua-duanya berasal daripada keluarga yang hidup secara serba sederhana, namun ibu Aini berjaya memikat hati Prabu, seorang hartawan yang mempunyai ramai musuh juga banyak muslihat dan agenda yang tersembunyi.

Ihsan ternyata begitu sedih apabila mengetahui Aini dijodohkan dengan Prabu dan tiada apapun yang mampu dilakukannya untuk menghalang mereka daripada berkahwin.

Tekad dengan keputusannya, Ihsan yang didorong rasa cinta yang begitu dalam mengajak Aini untuk lari meninggalkan majlis perkahwinannya. Prabu yang terkejut dengan kehila-ngan Aini, berjaya menggagalkan usaha mereka dengan ‘membunuh’ Ihsan dalam satu kemalangan jalan raya yang dirancang.

Tujuh belas tahun berlalu, kini Amira dan Zahira merupakan dua gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan dalam kehidupan serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Utari.

Mereka sekeluarga menjalani kehidupan seharian dengan penuh kasih sayang dan begitu ceria. Bagaimanapun, dunia ternyata berbeza buat Zahira yang mempu-nyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Prabu dan Aini, di samping ibu tirinya, Malena dan kakak tirinya, Meisya.

Kemewahan bukan segala-segalanya. Zahira tidak pernah mendapat layanan setimpal sebagai seorang anak perempuan daripada ‘ibu bapanya’ dan sering menjadi bahan mainan Malena dan Meisya.

Berbekalkan perhatian dan bantuan yang sering diberikan pemandu dan pembantu peribadi keluarganya, Arman, seorang jejaka muda yang cukup mengasihani keadaan Zahira, anak gadis itu setia bertahan menanggung derita.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga berkenaan iaitu Zahira sebenarnya adalah anak Ihsan dan Utari manakala pasangan Prabu dan Aini adalah ibu bapa kandung Amira.

Apakah punca sebenar dan siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua-dua bayi ini ketika dilahirkan? Mampukah Amira dan Zahira menerima nasib dan takdir mereka setelah dipertemukan dan siapakah sebenarnya Arman?

Temui jawapannya dengan menyaksikan drama bersiri hebat terbitan SinemArt ini menerusi slot Sinetron setiap Isnin hingga Khamis. Anda juga boleh menonton program ini dengan melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my/www.tonton.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/16

--- HARIAN METRO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap