Kawan-kawan

Rabu, 20 Jun 2012

Kalis kontroversi

2012/06/13

pix_gal0
LAGAKNYA berpakaian seragam jururawat bernama Azura memang sangat berbeza dengan penampilan dan cerita yang sering dipaparkan di media mengenai Zarina Anjoulie.

Sememangnya nama Zarina Anjoulie tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai cerita sensasi, panas dan kontroversi mengenai kehidupan sosial peribadinya.
Jarang sekali untuk ada cerita mengenai bakatnya sebagai pelakon. Mungkin kerana kehebatan cerita panas peribadinya menjadikan kemampuan sebenar sebagai pelakon tidak dipandang langsung.
“Ada baik, ada kelemahannya. Memang saya tahu cerita peribadi lebih menarik minat orang media berbanding penampilan sebagai pelakon.

“Kebaikannya, saya sudah ada publisiti. Tak kiralah ia dilihat publisiti baik atau sebaliknya. Tapi sekurang-kurangnya boleh membantu mempromosikan diri saya apabila filem lakonan saya ditayangkan nanti,” katanya.

Seorang yang dilihat periang, Zarina memang sangat peramah tatkala berada di lokasi penggambaran filem Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT) arahan Mamat Khalid di sekitar Taiping, Perak.

Walaupun agak tekun dan tidak boleh berenggang melayan pesanan Blackberry (BBM), dia masih ada masa bergurau senda dengan barisan kru produksi filem ini. Dalam filem ABFT, dia memegang watak Azura, seorang jururawat yang bertugas di sebuah kampung.
Dia kemudian diminta untuk merawat penduduk kampung yang sudah bertukar menjadi makhluk aneh akibat menjadi bahan uji kaji sebuah makmal sains.

ABFT adalah filem kedua daripada Mamat selepas Amir Dan Lukman Ke Laut. Sebelum itu, Zarina menjalani penggambaran filem Ular terbitan KRU Studio dan membuat persiapan untuk memenuhi undangan bagi rakaman program bertaraf antarabangsa Fear Factor yang dijangka dilakukan di Afrika Selatan.

“Tiga filem berturut-turut sepanjang tahun ini, saya rasa sudah memadai. Selepas ini, nak berehat.

Saya nak belajar dalam kursus English Legal System di sebuah kolej di ibu negara. “Selepas ini, saya nak memperlahankan lakonan sementara waktu. Lagipun, tahun depan sudah ada tiga filem lakonan saya menunggu masa untuk ditayangkan.

“Ketika banyak pihak berminat bercerita mengenai hal berkaitan peribadi, saya bersyukur sebab ada pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon seperti Mamat Khalid. Tidak disangka pula, saya mendapat undangan untuk terbabit dalam program TV, Fear Factor. Semua itu di luar jangkaan saya kerana tidak menyangka ada pihak yang tahu untuk mempergunakan bakat saya,” jelasnya.

Daripada nada perbualan ini, Zarina seolah-olah sudah tidak mahu ambil pusing dengan minat orang memperkatakan mengenai kehidupan peribadinya.

“Memang tidak ada apa yang hendak saya cerita. Tapi ada beberapa pihak yang desak dengan macam-macam pertanyaan. Bukan pasal lakonan tapi mencari cerita kontroversi. Kalau sudah itu yang dicari oleh mereka, apa boleh saya buat,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Berdarah campuran Melayu, Iran dan Scotland, Zarina mula dikenali di pentas lakonan menerusi drama bersiri Anak Pontianak terbitan Pesona Pictures arahan oleh Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Mengulas berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, dia mengaku kali ini ada perasaan gelisah kerana berasakan tidak memberikan mutu lakonan terbaik sedangkan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Walaupun pengarah tak cakap apa-apa, tapi saya tetap berasa tidak senang hati.

Macam tak puas, ada sesuatu yang tidak kesampaian dalam menghidupkan watak yang diberikan.

“Tapi saya memang sangat berbesar hati, puas dan bangga kerana dapat berlakon dengan nama besar dalam filem seperti Awie, Adi Putra, Sofi Jikan dan Jehan Miskin. Saya masih dianggap baru dalam bidang lakonan.

“Peluang berlakon bersama mereka satu pencapaian yang besar dalam kerjaya saya,” jelasnya lagi.

--- BERITA HARIAN

Ahad, 17 Jun 2012

Kasih di puncak Kinabalu


Foto - edtv-zahidizakariya.blogspot.com

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

KISAH Nadira yang menjalani pemindahan jantung dan mewarisi sifat penderma terbabit iaitu Innara yang sudah meninggal dunia adalah tarikan dalam drama bersiri 28 episod untuk Slot Akasia TV3, Dejavu Di Kinabalu karya Erma Fatima dan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang menjadi konflik, Nadira yang sudah memiliki teman lelaki, Bazli turut mewarisi perasaan sayang pada teman lelaki penderma jantungnya itu iaitu Ammar.

Lebih menarik, cerita ini menggandingkan pelakon popular Tiz Zaqyah dan Aqasha selaku teraju utama dalam kisah cinta yang menyentuh perasaan ini.

Selaku Penerbit Eksekutifnya, Zetty Alia Datuk Ramly berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama bersiri itu kerana cerita itu ada kelainan dari yang pernah dihasilkan sebelum ini.


“Sebenarnya, cerita Dejavu di Kinabalu adalah idea asal daripada produser drama sendiri iaitu Datin Zaiton. Manakala, Erma pula bertindak sebagai penulis skripnya. Jalan cerita drama ini juga memaparkan mengenai proses pemindahan jantung juga agak berlainan daripada drama yang pernah ditonton di kaca televisyen sebelum ini.


Ditanya kekuatan utama drama itu, kata Alia, ia terletak pada kombinasi pengarah, penulis skrip dan barisan pelakonnya yang hebat.

“Penonton akan menyaksikan bagaimana seseorang penderma akan berasa terikut-ikut dengan cara pemilik asal jantung itu tanpa dia sedar dan berkongsi rasa yang sama. Karakternya juga akan berubah sedikit mengikut karakter penderma jantung berkenaan,” katanya.

“Selain itu, penonton pasti terpikat dengan latar belakang pemandangan drama ini yang cantik sekali gus jalan cerita serta plot-plot yang ada dalam Dejavu akan menjadikan ia satu naskhah yang harus ditonton peminat drama bersiri di luar sana.

“Saya percaya drama ini tidak akan mengecewakan penonton bila bersiaran nanti.
Pada masa sama, hati siapalah yang tidak akan tersentuh melihat pengorbanan Bazli pada Nadira, cinta Ammar pada Innara yang tak berpenghujung itu,” katanya.

Berkongsi cabaran terbesar menerbitkan drama itu, akui Alia, pastilah ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjayakan penggambaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu itu.

“Bagi memberi gambaran sebenar di puncak gunung dan menghidupkan lagi cerita ini, kru penerbitan, barisan pelakon utama dan pengarah juga terpaksa turun padang dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Bayangkan, mereka mendaki gunung tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan.

“Saya bersyukur, selepas melalui pelbagai rintangan, mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sehinggalah penggambaran babak selesai seperti direncanakan.

“Penggambaran drama ini bermula Mac lalu dan akan berakhir Ahad ini (17 Jun) membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Cherating, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah,” katanya.

Mengenai kos untuk menerbitkan drama itu pula, Alia mengakui ia memang membabitkan kos yang agak tinggi kerana lokasi juga membabitkan luar Kuala Lumpur.

“Maaflah, saya tidak boleh komen lanjut mengenai kos menerbitkan drama ini.
Apapun, saya berpuas hati dengan hasil karya Erma ini.

“Sebagai penerbit eksekutif drama ini, saya dan produser serta seluruh produksi berharap semoga drama ini mendapat sambutan hangat daripada penonton. Semoga pihak stesen TV dan penggemar drama bersiri berpuas hati dengan naskhah ini nanti,” katanya.

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.

Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.



INFO:

JUDUL: Dejavu Di Kinabalu
PENGARAH DAN PENULIS SKRIP: Erma Fatima
PENGARAH BERSAMA: Fazli Yahya (Pali)
PENOLONG PENGARAH: Noorsyahida Mohd Radzali
PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Alia Datuk Ramly
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PROPMASTER: Mohd Sharbani Yusuff (Atoi)
PROPMAN: Wan ( Mat deris)
TATARIAS: Siti Rohani (Mak Iti)
WARDROBE: Amy & Supian
KESINAMBUNGAN : Azura ‘zozo’ Norman
PEMBANTU AM: Aziz, Boy
GRIP : Fareez Basri
PENATA BUNYI: Ahmad Muhaimin Ahmad Bokhari
JURU LAMPU: Mohd Firdaus Abdul Razak
PEMBANTU JURUKAMERA: Shamiel Equan (Albab)
SINEMATOGRAFI: Asrar Lukmanal Hakim

PERALATAN PENGGAMBARAN/PENGANGKUTAN/PASCA PENERBITAN: Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd

SUNTINGAN AWAL: Global Post Sdn Bhd
SUNTINGAN AKHIR: Global Post Sdn Bhd, Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENGURUS KEWANGAN: Fadhilah Mohd Shariff
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Nira Rash
PENGURUS PRODUKSI: Aish Malek (Faizah Malek)

BARISAN PELAKON: Aqasha (Ammar), Nadira (Tiz Zakyah), Bazli (Nazim Othman), Mior Afif (Zahir), Sharifah Nadia (Yuzra), Mustafa Kamal, Kathy Azean

TARIKH SIARAN: 18 Jun 2012

--- HARIAN METRO

Sabtu, 9 Jun 2012

Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
8 Jun 2012
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2

Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera penontonnya.

Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, fi lem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan fi lem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.

Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan fi lem box-offi ce sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini, Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.

Pada pandangan penulis, jangan terlalu melihat syot-syot negatif dipaparkan termasuk syot Sofi Jikan (Keting) menolak seorang imam di depan masjid, sebaliknya lihat segala mesej tersirat yang cuba dipaparkan.

JKB2 mengisahkan dua bohsia - Amy (Salina Saibi) yang sedang cuba kembali ke jalan yang benar ditempatkan di Rumah Pengasih selepas kejadian di pengakhir fi lem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam. Berbeza dengan nasib Tasya, yang semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting.

Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya daripada lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga bertaubat dan tidak mahu bergelumang lagi dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan hidupnya.

Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu saudara Tasya lalu berjanji untuk mengembalikan Tasya ke pangkuannya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke jalan kembali. ‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasya di sisinya.

Dalam masa sama, dia meneruskan niat jahat menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Bagaimanapun, pengakhiran cerita ini yang sedikit longgar menyebabkan penulis tertanya-tanya mengenai nasib Ejan dan kurang berpuas hati dengan cara kematian Keting. Namun, kelemahan itu boleh dimaafkan dengan jalan cerita yang begitu mantap sepanjang satu jam 35 minit fi lem ini dimainkan.

--- SINAR HARIAN

Madagascar 3: Europe’s Most Wanted mencuit hati

Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted

JIKA anda peminat setia francais Madagascar, maka anda tidak seharusnya melepaskan sekuel ketiga fi lem itu, Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted. Selepas Madagascar dan Madagascar : Escape 2 Africa, penonton akan dihiburkan dengan usaha empat sekawan-Alex si singa, Marty si kuda belang, Gloria si badak sumbu dan Melman si zirafah yang berusaha untuk pulang ke New York.

Kerinduan terhadap tempat tinggal mereka di Theme Park Zoo membuatkan empat sekawan ini, sekali lagi meminta bantuan empat penguin yang bijaksana itu untuk kembali ke New York.

Namun dalam usaha mereka untuk pulang, pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi termasuk mereka diburu oleh kumpulan pemburu haiwan yang sama hebatnya dengan kumpulan penguin tersebut.

Dalam usaha untuk pulang ditambah dengan cabaran mereka lari dari kumpulan pemburu, pelbagai cara dilakukan geng penguin termasuk menukar kereta kebal menjadi kapal terbang-walaupun mustahil, namun ia tetap mencuit hati. Pertemuan Alex, Marty, Gloria dan Melman dengan kumpulan Circus Zaragoza memberi harapan buat mereka untuk pulang ke New York.

Secara tidak langsung mereka berkenalan dengan ahli sarkas yang terdiri daripada harimau belang yang hebat menyusutkan badan ketika mengharungi gelung kecil, si harimau bintang betina yang mempunyai sepasang mata yang comel, dan beruang yang pandai bawa superbike.

Sekali lagi pelbagai aksi lucu berlaku dalam usaha Alex dan kawankawan yang berusaha melarikan diri dari pihak polis dan cubaan mereka menyertai kumpulan sarkas itu. Berjayakah mereka meloloskan diri dari pihak berkuasa?

Berjayakah empat sekawan ini pulang ke tempat asal mereka? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.

--- SINAR HARIAN

Shah Rukh mahu beli kelab bola sepak




AKTOR Shah Rukh Khan sebelum ini membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Namun kini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dia menyuarakan keinginannya untuk memiliki kelab bola sepak tertua di India, Dempo SC.

Menurut sumber yang disiarkan dalam NDTV, Shah Rukh berkira-kira untuk membelanjakan kira-kira Rs30 crore (RM17.4 juta) untuk membeli 50 peratus daripada saham pasukan itu.

"Jika pembelian itu terlaksana, kami berharap agar Salman Khan membeli pasukan United Sikkim pula. Jika ia benar-banar berlaku, pasti masa depan pasukan bola sepak di India akan bertambah cerah." ujar sumber itu.

Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo menjelaskan bahawa pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan aktor filem Kuch-Kuch Hota Hai itu bagaimanapun beliau mengesahkan perbincangan sudah bermula.

--- KOSMO

Ketiadaan Villa dirasai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipz6cBCGWmyVmbjPqxqaTBVJ7Tf8oh7MS5e0hhdTPqvIqOkL_dU55Mn9q5iCecZi2aEfGtARI2LpoKN3XlLurzP3BFb_VC7XR1YWP5tq9nt-280kpF4gU3Ydv0XvrcSRCFVrEfwDxQVrE/s1600/david_villa_photo_05.jpg

GDANSK (Poland): Tidak kira Itali ataupun Sepanyol, kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu percaya ketiadaan penyerang sensasi David Villa akan memberi kesan dalam pertembungan mereka bagi aksi pertama Kumpulan C pada Euro 2012, awal pagi esok.

Sepanyol kehilangan pemegang rekod penjaring terbanyak namun dianggap tidak seteruk Itali yang berdepan masalah dalam dan luar padang berikutan skandal rasuah dalam liga domestik dan kekalahan 0-3 di tangan Russia pada aksi persahabatan Jumaat lalu.


Villa, pemegang rekod penjaring terbanyak Sepanyol adalah wira skuad negaranya dua tahun lalu ketika menjulang trofi Piala Dunia namun terpaksa disisihkan dalam kejohanan ini kerana masih belum sembuh akibat kecederaan patah kaki.

Namun biarpun tanpa penyerang bintang itu, pemain sayap Pedro Rodriguez percaya mereka tidak akan ketandusan jaringan.


“David Villa pemain sangat penting jika mengambil kira gol yang disumbangkannya, dia penyerang yang sangat bahaya.


“Namun dalam skuad ini masih ada pemain yang mampu menghasilkan gol seperti (David) Silva, (Andres) Iniesta, (Juan) Mata atau (Jesus) Navas.

“Kami akan mencari gol tanpa kehadiran Villa bagi membolehkan kami mara ke peringkat sejauh mungkin dalam Euro.” Sepanyol bukan saja kehilangan Villa malah tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan tengah, Carles Puyol akibat kecederaan.


Namun pemain tengah Itali, Thiago Motta menyatakan pemain gantian yang mengambil tempat pemain itu juga mampu beraksi hebat.

“Pasukan mereka tidak akan menjadi lemah, mereka dalam prestasi baik dan dalam tempoh empat tahun lalu, mereka memenangi semua kejohanan utama,” kata pemain kelahiran Brazil itu. - AFP

--- HARIAN METRO

Bisa Russia


MANTAP...Pavlyuchenko berjaya mencatat nama selaku penjaring.
MANTAP...Pavlyuchenko berjaya mencatat nama selaku penjaring.

WROCLAW (Poland): Russia membuktikan mereka adalah pasukan yang wajar diberikan perhatian apabila mendahului Kumpulan A selepas mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Republik Czech pada hari pertama Euro 2012, awal pagi semalam.

Alan Dzagoev meledak dua gol manakala Roman Shirokov dan Roman Pavlyuchenko masing-masing menyumbat satu gol buat Russia mendahului tangga teratas kumpulan dengan kelebihan dua mata berikutan pasukan tuan rumah bersama, Poland dan Greece terikat seri 1-1.


Czech yang mempamerkan aksi hambar hanya memperoleh gol sagu hati menerusi rembatan Vaclav Pilar.

Russia yang dibimbing Dick Advocaat tampak bergelut di awal permainan dan membolehkan Czech lebih banyak menguasai bola.


Namun selepas berjaya mendapat rentak, mereka terus memberi asakan bertali arus kepada anak buah Michal Bilek.


Tolakan bijak ke belakang oleh Arshavin membolehkan Yuri Zhirkov meloloskan diri lalu membuat hantaran lintang kepada Aleksandr Kerzhakov, namun dia gagal membuat percubaan tepat ke sasaran.

Namun dalam tempoh 60 saat selepas itu, Russia berjaya membuka tirai jaringan.


Dzagoev mengambil kesempatan dalam situasi dua pemain Czech bertembung sesama sendiri di bahagian tengah untuk melancarkan serangan bersama Konstantin Zyryanov di sebelah kanan.

Zyryanov mengumpan bola kepada Kerzhakov yang menanduk bola menemui Dzagoev yang bersedia melepaskan rembatan menerjah ke gawang Czech.


Dzagoev kemudian mensia-siakan peluang terbaik apabila merembat liar hantaran Kerzhakov di sebelah kanan.


Namun pada minit ke-23 kedudukan menjadi 2-0 apabila Arshavin melorongkan bola ke dalam kotak penalti yang berjaya disambar Shirokov untuk menewaskan penjaga gol, Petr Cech.


Pemain Czech kurang memberikan ancaman melainkan tandukan Jan Rezek yang diselamatkan Vyacheslav Malafeev sebelum melepaskan rembatan lemah tepat ke dakapan penjaga gol.


Satu lagi gerakan menarik Russia membabitkan Shirokov diakhiri dengan sepakan melambung tinggi melepasi palang oleh Kerzhakov.


Babak kedua bermula dengan keadaan suasana yang kurang bermaya namun tujuh minit selepas itu permainan kembali menarik apabila hantaran Jaroslav Plasil mengelirukan pertahanan Russia dan Pilar berjaya melepasi kawalan Malafeev sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang.


Arshavin yang memperagakan aksi terbaik bijak mencipta peluang untuk Kerzhakov namun rembatan penyerang Zenit St Petersburg itu jauh daripada sasaran.


Bagaimanapun 11 minit sebelum perlawanan tamat, Dzagoev meletakkan Russia dalam kedudukan selesa apabila menghasilkan gol ketiga menerusi hantaran Pavlyuchenko.


Selepas itu giliran Pavlyuchenko untuk mencipta nama selaku penjaring menerusi gerakan solo di luar kotak penalti. - AFP

--- HARIAN METRO

Jumaat, 8 Jun 2012

Bola sepak persahabatan: Keputusan seri dalam suasana kontroversi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Hasrat Harimau Malaya untuk malukan Singapura di Stadium Jalan Besar, tidak kesampaian apabila terpaksa menerima hakikat keputusan seri 2-2 walaupun pada satu ketika mendahului 2-0 hasil jaringan Azammuddin Akil dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Singapura bangkit pada lima minit terakhir termasuk memperoleh jaringan hasil sepakan percuma kontroversi di dalam petak penalti melalui Shadan Sulaiman pada minit ke-86 sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. - UTUSAN

Rabu, 6 Jun 2012

Pak Ali dan jururawat cantik


http://us.123rf.com/400wm/400/400/logos/logos1002/logos100200459/6352274-portrait-of-a-beautiful-nurse-helping-a-senior-man-on-crutches-against-white.jpg

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah
orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana , seorang jururawat yang
ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang
hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini
ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali.
Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manisLink. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini"

--- FORUM PARAMEDIK

Selasa, 5 Jun 2012

Megan Fox si ibu tiri

http://www.celebutopia.net/wp-content/uploads/2010/12/000I3.jpg

Tidak hanya hebat dalam bidang lakonan, tetapi juga sebagai seorang ibu tiri yang baik!

Itu antara pujian yang diberikan oleh pelakon Brian Austin Green kepada isterinya, aktres Megan Fox yang disifatkannya sebagai seorang yang mengagumkan.

Kata Brian, kebanyakan orang mungkin terfikir bahawa ibu tiri seringkali berperwatakan jahat. Namun Fox tidak begitu terhadap anak lelakinya Kassius, 9.

"Dia ibu tiri yang baik dan anak lelaki saya sukakan Fox. Hubungan mereka akrab kerana Kassius menganggap dia istimewa.

"Dia telah menjadi ibu tiri sejak anak saya berusia dua tahun dan sejak itu tidak pernah sekali dia membelakangkan Kassius," katanya.

Bagi Fox sendiri, dia tidak pernah hipokrit dalam hubungan itu kerana dia begitu sukakan kanak-kanak.

"Saya memang sukakan kanak-kanak, tentu sekali saya mahukan anak sendiri tapi biarlah ia berlaku sendiri tanpa paksaan," katanya.

Fox dan Brian bertemu semasa mereka terlibat dalam filem Hope and Faith pada tahun 2004.

Pada tahun 2006, kedua-dua mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dan berkahwin pada tahun 2010.

--- UTUSAN MALAYSIA

Lagi adegan asmara

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
3 Jun 2012
Lagi adegan asmara
Jiwa Taiko

TAHUN lalu, nama pengarah prolifik,Osman Ali hangat diperkatakan setelah beberapa pihak mempersoalkan kewajarannya mengetengahkan beberapa adegan asmara di antara Haris dan Izzah menerusi filem Ombak Rindu.

Malah, jika dilihat, keberanian Osman meletakkan beberapa babak boleh dianggap ‘daring’ dalam filemnya sebelum ini seperti Puaka Tebing Biru dan Anak Halal menyebabkan ada pihak mengandaikan Osman sengaja mencipta kontroversi untuk menarik penonton ke pawagam.

Terbaru, tidak mustahil keberaniannya menyelitkan beberapa babak asmara dalam filem Jiwa Taiko akan mengundang kontroversi dan pertikaian seperti yang terjadi ketika tayangan filem Ombak Rindu tahun lalu.

Bagaimanapun, Osman menjelaskan, segala paparan yang dimainkan dalam filem terbarunya itu adalah sebahagian dari kisah benar kehidupan remaja liar zaman ini.

Katanya, bukannya mahu menggalakkan pergaulan bebas, sebaliknya segala cerita yang diketengahkannya itu sememangnya berlaku dalam masyarakat kita sama ada kita sedari atau tidak.

“Sejujurnya, bila kita buat filem yang mengetengahkan masalah remaja masa kini, kita angkat isu seperti pergaulan bebas, penonton akan melihat pada babak-babak yang ‘daring’.

“Padahal setiap paparan, ada mesej yang mahu saya sampaikan dan bukannya saya mahu mempromosikan gaya hidup mereka serta seterusnya menggalakkan remaja lain mencontohinya.

“Contohnya mesej yang saya cuba sampaikan, apa yang akan terjadi ekoran tindakan kita yang tiada kawalan dan mungkin terjebak dengan penyalah gunaan dadah, mengandung anak luar nikah dan banyak lagi,” terangnya.

Bercerita mengenai filem terbarunya itu, Osman berkata, pihaknya telah melakukan hampir 30 peratus pemotongan dan 10 peratus lagi dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Nasihat saya lihat filem ini dengan fikiran terbuka dan pandangan yang positif. Lihat apa mesej yang cuba saya sampaikan,” pintanya.

Lali kritikan.

Osman berkata, dia sudah bersedia menerima sebarang kritikan dan pendapat sebaik fi lem tersebut menemui penonton 14 Jun ini.

Katanya, pengalaman dikritik pelbagai pihak sebelum ini menjadikan dia lebih kuat dan tidak mudah mengalah.

“Jika Jiwa Taiko menerima kritikan, saya terima dengan hati terbuka. Namun, ia bukan bermakna saya akan berhenti menghasilkan filem yang bercorak seperti ini.

“Bagaimanapun, saya lebih menghargai jika mereka (pengkritik) memberi kritikan yang lebih positif, yang membina dan bukannya kritikan yang membunuh hanya kerana mereka lihat beberapa perkara yang kurang mereka senangi,” katanya.

Sementara itu, Osman berkata dia sebolehnya mahu melihat filem berkenaan mendapat sambutan hebat kerana kos produksinya kecil iaitu RM1.5 juta.

“Sejujurnya saya agak risau dengan sambutan penonton kerana filem ini diklasifi kasikan 18 tahun ke atas. Justeru saya harap penonton yang berumur 18 tahun ke atas akan memberi sokongan terhadap filem ini,” katanya.

Jiwa Taiko yang dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Nadiya Nissa dan Fizz Fairuz itu mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang cuba bangkit selepas melalui kehidupan hitam.

Mah u lebih versatil

Osman berkata, jika dilihat karyakaryanya sebelum ini, bukan semua fi lem mempunyai adegan asmara dan ia bergantung pada genre dan cerita yang ingin disampaikan.

“Kalau penonton masih ingat, saya hasilkan Cun tanpa adegan asmara (ketawa). Jika filem itu mengenai kekeluargaan, saya akan garap ikut kesesuaian sasaran penonton.

“Sejujurnya saya sangat gemar bereksperimen dan menghasilkan filem yang bergenre pelbagai.

“Justeru selepas ini, saya akan menghasilkan sebuah filem bercorak psiko thriller dan akan memulakan penggambaran sekitar pertengahan Jun ini,” katanya.

Filem berjudul Ada Setan Di Kepalanya bakal menampilkan aktres Maya Karin yang membawakan watak seorang wanita psiko yang kejam.

Selain itu, Osman berkata dia turut merancang untuk menghasilkan filem bercorak islamik yang turut menyelitkan kisah pencintaan.

--- SINAR HARIAN

Antara cinta dan persahabatan

Wartawan Sinar Harian
6 Jun 2012
Antara cinta dan persahabatan
Antara cinta dan persahabatan

SEBUAH lagi telefi lem menyayat hati, Janji Jujur Sepi, akan menemui penonton di slot Skrin di 9, pada 13 Jun, jam 8.30 malam, di TV9. Menampilkan selebriti popular Neelofa dan Beto Kusyairy sebagai peneraju utama, kisah cinta Janji Jujur Sepi mengisahkan hubungan Andy (Beto Kusyairy) dan Dhea (Neelofa).

Sejak jatuh cinta, Andy berusaha mendapatkan Dhea walaupun dia agak menjengkelkan di mata Dhea. Namun, setelah tujuh bulan mengenalinya, Dhea rasa semakin serasi bersama Andy.

Di saat cinta mereka semakin mekar, Andy terpaksa ke Perth, Australia, untuk menemui rakannya, Johan (Shah Iskandar). Dia berjanji akan pulang segera.

Namun setibanya di sana, Andy tersepit di antara cinta dan sahabat. Johan menghidap penyakit kritikal dan tiada penawar.

Lebih mengejutkan apabila Johan memintanya menjaga teman wanitanya, Vee (Izreen Azmindar). Andy serba salah kerana dia mencintai Dhea. Namun, dia terpaksa menurut kata Johan kerana pernah termakan budi. Dia kemudiannya terpaksa mengotakan janjinya untuk membahagiakan Vee.

Maka, bermulalah drama demi drama. Andy terpaksa memikat Vee, walaupun terpaksa. Pada masa sama, Andy tetap menagih cinta Dhea. Apakah Andy akan mengotakan janjinya terhadap Johan untuk membahagiakan Vee atau adakah dia akan mengikut kata hatinya untuk bersama Dhea? Pastikan anda menonton kesudahan telefilem Janji Jujur Sepi menerusi Skrin Di 9!

--- SINAR HARIAN

Remaja dirogol kenalan Facebook

MANGSA rogol (kiri) ditemubual oleh wartawan selepas mengaku dirogol kenalan di Facebook di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Ipoh, semalam.

IPOH 5 Jun - Gara-gara keasyikan cinta Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan sahaja sanggup ponteng sekolah untuk bertemu teman lelakinya malah, beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek yang dikenalinya melalui laman sosial itu pertengahan tahun lalu.

Remaja perempuan itu pertama kali dirogol oleh remaja berusia 16 tahun pada November tahun lalu ketika dia masih berusia 12 tahun.

Mangsa memberitahu, dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuala Lumpur melalui Facebook pada pertengahan tahun lalu.

"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini hari ini.

--- UTUSAN MALAYSIA

Kes jenayah banyak di Facebook

http://www.net-security.org/images/articles/secworld-cybercrime5.jpg

LONDON 5 Jun - Maklumat yang dikumpul akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.

Tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu.

Bukan setakat itu, Facebook juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.

Maklumat tersebut menyatakan, kira-kira separuh anggota polis di England dan Wales menyediakan maklumat berkaitan dengan Facebook dalam laporan jenayah mereka.

Dalam sesetengah kes, pertelagahan yang bermula dalam laman sosial itu terbawa-bawa hingga ke alam realiti dan laman tersebut juga didapati memudahkan golongan fidofilia mencari mangsa.

Dalam satu kes, seorang wanita yang menjadi saksi kes rogol di Cleveland diserang suspek selepas dia dihubungi melalui Facebook oleh lelaki itu kerana menyampaikan bukti kepada pihak polis.

Di Manchester, seorang kanak-kanak lelaki diganggu fidofilia yang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya, menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis.

Seorang aktivis dari kumpulan Families Fighting for Justice, Jean Taylor menyifatkan Facebook mempunyai banyak jawapan kepada pelbagai persoalan.

"Orang menggelarkannya laman rangkaian sosial, namun ia menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sangat mudah bagi seorang fidofilia untuk memuat naik gambar mereka dan mencari mangsa. Facebook patut ditutup," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Facebook berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis bagi membawa pesalah serius ke muka pengadilan.

"Seperti juga telefon bimbit dan televisyen, Facebook adalah sebahagian daripada kehidupan kita," katanya. - AGENSI

--- UTUSAN MALAYSIA

Sabtu, 2 Jun 2012

Dongen Cinderell Versi Melayu

Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2012
Dongen g Cinderell a Vers i Melay u
Dongen g Cinderell a Vers i Melay u

LAKONAN hebat, si cilik, Erynne Erynna, dapat disaksikan dalam telemovie terbaru, Fantasi Si Laila, di slot tontonan ramai, Citra, jam 10 malam, di TV2.

Drama arahan Adam Hamid ini turut dibintangi Adi Putra dan Elly Mazlein, Ruminah Sidek, Fazdrin Danial, Zarynn dan Sweet.

Mengangkat kisah yang berlaku di kalangan kanak-kanak, drama ini punya mesej tersendiri untuk dikongsi bersama. Kisah bermula dengan Laila, yang memiliki badan gemuk dan sangat nakal. Hobinya suka membuli kawan-kawan di sekolahnya hingga merisaukan ibu dan ayahnya.

Dalam diam, Laila, menyimpan impian mahu menjadi secantik puteri dongeng Cinderella. Siapa sangka, impiannya termakbul apabila bertemu dengan seorang nenek. Keesokan harinya, Laila, terkejut melihat perubahan dirinya. Dia kini tidak lagi gemuk seperti dulu malah lebih kelihatan cantik. Ibu bapanya juga terkejut sehingga tidak percaya anaknya itu berubah begitu drastik. Di sekolah, semua rakan-rakannya terpegun melihat kecantikan Laila yang tidak ubah seperti seorang puteri kecil.

Bagaimanapun, Laila semakin sombong dengan perubahan dirinya dan semakin suka membuli. Apakah yang berlaku di penghujung cerita? Saksikannya kesudahan drama ini di TV2!

--- SINAR HARIAN

Si jururawat berjiwa murni


Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2012
Si jururawat berjiwa murni
Si jururawat berjiwa murni

Anda mungkin mempunyai pengalaman berkunjung ke hospital sama ada untuk melawat atau mahupun menerima rawatan kesihatan. Selama berada di sana, pandangan mata pasti tidak terlepas daripada melihat insan beruniform bertugas untuk membantu pesakit dalam tempoh rawatan.

Sekiranya tiada jururawat pasti doktor pening kepala kerana tidak cukup kaki dan tangan menguruskan pesakit yang pelbagai ragam dan ramai pada satu-satu masa. Kehadiran jururawat banyak membantu urusan hospital terutama menjaga pesakit dan membantu doktor ketika pembedahan berjalan lancar.

Berkesempatan menghadiri sambutan Hari Jururawat di KPJ Selangor baru-baru ini memberi kesempatan kepada penulis menemui Ketua Pegawai Jururawatnya, Nor 'Aini Shaarani untuk berkongsi pengalamannya berkecimpung dalam dunia jururawat selama 31 tahun.

Nor Aini berkata, minat menjadi jururawat bermula apabila dia dan adik-beradiknya yang ketika itu masih kecil kehilangan kedua ibu bapa akibat serangan penyakit. Bapa Nor Aini meninggal dunia ketika dia berusia 15 tahun disebabkan serangan jantung. Manakala ibunya pula meninggal dunia dua tahun kemudian kerana kanser rahim.

“Disebabkan kami ditinggalkan pada usia masih mentah, saya memasang azam untuk menjadi jururawat agar boleh merawat orang sakit supaya tiada lagi orang yang meninggal kerana sakitnya tidak dapat diubati.

“Saya mahu melihat orang yang saya rawat akan berasa gembira dan balik dengan keadaan sihat,” katanya kepada penulis pada majlis berkenaan.

Anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, menjadi seorang jururawat perlu miliki hati yang mulia bila berhadapan dengan pesakit dan perlu 'menganggap pesakit seperti ahli keluarga agar segala tugas dijalankan sentiasa baik.

“Apabila perkhidmatan yang dilakukan ke atas pesakit dengan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab, pesakit akan menghargai khidmat diberikan dan menyenangi jururawat tersebut.

“Ada ketikanya, keadaan pesakit tidak stabil dan mudah naik angin jika berlaku kesilapan jururawat ketika merawatnya. Justeru fahami dahulu kondisi pesakit sebelum menegurnya,” katanya yang berasal dari Perak.


Halwa telinga

Nor 'Aini berkata, setiap jururawat perlu pandai mengambil hati pesakit dan berikan penerangan mengenai apa hendak dilakukan ke atas diri pesakit. Daripada penerangan itu dapat memuaskan hati pesakit dan mengurangkan tekanan dihadapi. Pengalaman berhadapan dengan pesakit selama 31 tahun membuatkan Nor Aini bijak berkomunikasi dengan pesakit.

“Komunikasi yang baik kadang-kadang dapat meredakan kesakitan pesakit dan memberikan keceriaan kepada mereka terutama ketika dalam keadaan murung dan berhadapan dengan masalah peribadi.

“Tambahan di hospital pesakit akan sendirian tanpa keluarga dan teman untuk berbual. Justeru peranan jururawat yang menjaga di bilik wad berkenaan amat penting sebagai peneman dan ambil berat kesakitan dialami,” katanya.

Kata Nor 'Aini, mendengar jerit pekik pesakit pada seorang jururawat seakan halwa telinga sahaja. Ia situasi normal yang memerlukan kesabaran jururawat untuk menghadapinya.

“Setiap pekerjaan pasti ada tekanan. Begitu juga dengan bidang jururawat menghadapi pesakit yang pelbagai karenah. Justeru kesabaran dalam menjalankan tanggungjawab tersebut amat penting.

“Tetapi dalam kelembutan jururawat memberi rawatan, ada ketikanya perlu juga tegas agar tidak dipermainkan pesakit yang ada kalanya hanya mahu mengambil kesempatan,” katanya.


Pemberi semangat

Ibu kepada seorang anak ini berkata, ketabahan dalam mengharungi dunia kejururawatan ini didorong keluarganya terutama suami dan anak yang tidak banyak merungut dengan minatnya selama ini.

“Sejak berkhidmat dalam jururawat ini ada ketikanya tidak menentu waktu kerja dan urusan rumah tangga agak terabai. Tetapi suami faham dengan kerjaya saya dan sentiasa beri motivasi tatkala luntur semangat saya.

“Anak saya juga tidak kurang penting dalam memberi keceriaan serta motivasi kepada saya untuk terus mencari rezeki dan membantu masyarakat untuk hidup sihat,” katanya yang menghargai kerjasama pihak atasannya.

Ditanya harapannya kepada bakal jururawat dan yang berkhidmat agar pupuk diri mencintai bidang yang diceburi agar ikhlas melakukan segala kerja tanpa tekanan besar bakal dihadapi.

“Dunia yang kini semakin mencabar dan teknologi terkini, jururawat perlu menambah ilmu di dada dengan mencari pengetahuan baru terutama dalam dunia perubatan.

“Pastikan juga diri memiliki sikap yang baik kepada pesakit, kawan dan persekitaran serta bersedia memberi perkhidmatan sehingga 24 jam pada satu-satu masa,” katanya.

--- SINAR HARIAN

Jumaat, 1 Jun 2012

Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik


Alexander Kinyua


WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.

Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.

Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.

Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.

Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP

--- KOSMO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap