Kawan-kawan

Khamis, 13 September 2012

Khalwat: Penjaga gol kebangsaan, pasangan didenda

Mohd. Farizal Marlias

PETALING JAYA 13 Sept. - Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias dan pasangannya, Zaiton Othman masing-masing didenda RM2,500 atau penjara sebulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Mohd. Farizal, 26, dan Zaiton, 29, yang ketika kejadian berstatus isteri orang didakwa berada bersama dalam keadaan syak dalam sebuah bilik di sebuah kondominium di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.40 pagi, 12 Oktober tahun lalu ketika serbuan oleh pegawai penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). - UTUSAN

Rabu, 12 September 2012

Putri Yang Ditukar musim kedua

Wartawan Sinar Harian
26 Julai 2012
Sinetron Puteri Yang Ditukar
Sinetron Puteri Yang Ditukar

Bagi anda yang mengikuti sinetron Puteri Yang Ditukar di TV3, kini anda boleh menyaksikan musim kedua sinetron itu yang ditayangkan di saluran Pelangi (ASTRO 142).

Sinetron ini masih mengekalkan pelakon siri pertama, Nikita Willy, Glenn Alinskie, Rezky Aditya, Lucky Perdana, Yasmine Wildblood, Citra Kirana, Marini Zumarnis, Sultan Djorghi, Atalarik Syah dan Tsania Marwa.

Mula bersiaran 30 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 2 petang, musim kedua ini menyaksikan perjalanan hidup Amira dan Zahira yang penuh konflik dan masalah yang datang silih berganti.

Putri Yang Ditukar mengisahkan Amira, dibesarkan dalam kehidupan serba sederhana bersama kedua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Bagaimanapun, dunia ternyata berbeza buat Zahira yang mempunyai kehidupan cukup mewah bersama kedua orang tuanya, Prabu dan Aini, di samping ibu tirinya, Malena dan kakak tirinya, Meisya.

Kemewahan bukan segala-segalanya, Zahira tidak pernah mendapat layanan setimpal sebagai seorang anak perempuan daripada ibu bapanya dan sering menjadi bahan mainan Malena dan Meisya.

Berbekalkan perhatian dan bantuan yang sering diberikan oleh pemandu dan pembantu peribadi keluarganya, Arman, Zahira bertahan menanggung derita.

Namun, tiada seorang pun mengetahui rahsia tersembunyi di sebalik dua keluarga itu, di mana Zahira sebenarnya anak kepada Ihsan dan Utari, manakala pasangan Prabu dan Aini pula merupakan ibu bapa kandung kepada Amira.

--- SINAR HARIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap