Kawan-kawan

Jumaat, 20 Julai 2012

Human Target kembali


Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

PENGGEMAR genre aksi lincah dan suspen tentunya puas apabila menyaksikan sebuah drama yang berkualiti dan menarik. Justeru mereka jangan melepaskan peluang menonton drama bersiri Inggeris berjudul Human Target yang kini memasuki musim kedua tayangannya di TV3.

Drama yang disiarkan setiap Ahad jam 10 malam, mula menemui penonton sejak 8 Julai lalu. Ia diadaptasi daripada sebuah komik tahun 1972 tulisan Len Wein dan Carmine Infantino.

Human Target menjadi fenomena sejak mula disiarkan pada bulan Januari 2010 di saluran Fox di Amerika Syarikat dan adalah hasil kerjasama Bonanza Productions dengan Wonderland Sound & Vision, DC Comics dan Warner Bros.

Meneruskan kesinambungan dari musim pertama, ia berkisarkan perjalanan hidup seorang penyiasat peribadi yang sangat unik. Pelakon Mark Valley membawakan watak Christopher Chance, individu yang mempunyai pelbagai personaliti dan identiti berbeza selaku penyiasat peribadi.

Dia juga mempunyai kemahiran sebagai seorang kontraktor dan pengawal peribadi bagi pelanggan-pelanggannya. Chance tidak bersendirian kerana dia turut disertai oleh rakan perniagaannya, Laverne Winston, bekas detektif polis San Francisco, Guerrero, bekas pembunuh upahan, Ilsa Pucci, salah seorang bekas klien Chance yang menyalurkan sumber kewangan dan Ames, bekas pencuri berpengalaman.

Chance melalui masa lampau yang gelap dan misteri. Sehingga kini, ramai yang tidak mengetahui nama sebenar beliau dan asalnya beliau dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.

Perancangan Chance dan Guerrero untuk menyelamatkan Winston ditampilkan sebagai pembukaan musim kedua Human Target. Enam bulan selepas itu, Chance mengambil keputusan untuk menenangkan diri di Nepal dan bertemu Ilsa Pucci, balu kepada jutawan Marshall Pucci yang meninggal dunia kerana nahas helikopter.

Ilsa yakin kematian suaminya adalah konspirasi pembunuhan terancang dan mahu mengupah Chance untuk melindunginya. Chance membatalkan hasratnya untuk bersara bagi membantu Ilsa. Bagaimanapun, Ilsa diculik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Winston dan Guerrero berjaya menangkap seorang wanita yang dipercayai telah mencuri cincin Ilsa.

Ames kemudian mengakui beliau telah diarahkan oleh penculik Ilsa iaitu peguam Ilsa sendiri. Chance, Winston dan Guerrero cuba menjejaki mereka sehingga ke sebuah bank di Geneva, Switzerland.

Misi menyelamat Ilsa membuka lembaran baru buat Chance dan rakan-rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap