Kawan-kawan

Rabu, 25 April 2012

Apek, Leuniey bertemu kerana gosip

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Twitter: @shazryn_faizal
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan


BIARPUN sudah membintangi iklan komersial, namun Leuniey Natasha tidak mahu bergelar artis.

DIA bukanlah artis baru yang baru hendak mengecapi dunia glamor dan mencari populariti. Tetapi namanya cukup menjadi perhatian dan perbualan lewat kebelakangan ini.

Barangkali ada juga yang mempersoalkan siapakah gadis manis bernama Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha.

Semuanya kerana kontroversi yang membabitkan dirinya dengan figura popular masa kini iaitu penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, tidak semena-mena gadis yang membahasakan dirinya sebagai Leuniey ini terus dikenali.

Leuniey dikatakan sanggup memilih untuk putus tunang gara-gara cintanya telah tersangkut dengan Khairul Fahmi atau Apek dan mereka dikhabarkan sedang berpacaran ketika ini.

Hubungan mereka terus diperkatakan apabila kedua-duanya merupakan antara wajah yang terpilih dalam iklan komersial minyak wangi SimplySiti yang sudah pun ditayangkan di kaca televisyen.

Justeru apabila mereka digandingkan, ia seperti menguatkan lagi gosip dan khabar angin yang mengatakan mereka sebenarnya pasangan kekasih seperti mana yang dicanang sebelum ini.

Bertemu dengan gadis manis yang berasal dari Kelantan sewaktu majlis pelancaran minyak wangi SimplySiti baru-baru ini, Leuniey sekali lagi membuat penafian.

Dalam bicaranya yang penuh santun dan manis itu, Leuniey seboleh-bolehnya tidak mahu lagi cerita tersebut dijaja dan diperkatakan.

Sebaliknya kata gadis berusia 21 tahun ini, dia menerima tawaran daripada Presiden SimplySiti Sdn. Bhd., Datuk Siti Nurhaliza adalah sebagai menghormati permintaan penyanyi tersohor negara itu.

Pada mulanya, apabila diberitahu bahawa Apek juga bakal terlibat dalam iklan tersebut, Leuniey hampir sahaja menolaknya kerana tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi.

Namun selepas diyakinkan oleh Siti Nurhaliza bahawa tiada babak yang menggandingkan dirinya dengan jejaka pujaan ramai itu, barulah Leuniey menerima tawaran tersebut.

Apatah lagi kata Leuniey, dia memikirkan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan kerana dia sedar bahawa tiada apa yang hendak disorokkan memandangkan semua cerita sebelum itu tidak benar.

"Sudah berkali-kali saya menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dia (Apek). Saya tidak mahu lagi cerita ini dibangkitkan. Bayangkan, saya sendiri tidak pernah bercakap, berkenalan mahupun mengambil gambar dengannya. Jadi, bagaimana pula kami ini dikatakan sebagai pasangan kekasih.

"Saya mahu melupakan cerita ini dan menumpukan perhatian kepada perniagaan dan bidang baru yang saya mahu ceburi ini," pintanya penuh diplomasi sambil berkali-kali memberitahu tidak mahu lagi kisah tersebut terus dijaja.

Sepanjang perbualan itu juga, Leuniey memberitahu dia enggan dan tidak mahu dilabelkan sebagai artis. Kontroversi yang datang tanpa diundang dan dia tidak bersedia untuk ke dunia penuh glamor itu meskipun begitu selesa untuk menjadi model yang terlibat dalam dunia pengiklanan baik komersial mahupun advertorial.

"Saya tahu bakat dan kemampuan diri saya sendiri. Kalau untuk menyanyi dan berlakon itu, memang bukan minat saya. Tidak pernah terfikir ke arah itu kerana sedar di mana kedudukan saya sebenar.

"Seperti iklan SimplySiti ini, salah satu faktor saya menerimanya juga adalah kerana ia mempamerkan bakat terpendam saya iaitu menari bukan untuk meraih populariti.

"Jadi, kalau selepas ini ada tawaran untuk iklan, saya akan menimbangkannya. Tetapi buat masa ini, saya selesa dan mahu fokus menguruskan butik pengantin saya di Kelantan," katanya dalam nada penuh rendah diri.

Mengulas tentang kepuasan terhadap hasil iklan komersial tersebut, sambil tersenyum Leuniey menjelaskan dia mengagumi hasilnya yang tidak pernah dibayangkannya.

Sementara itu, Apek yang ditemui pula berkata, dia sememangnya tidak tahu-menahu tentang penglibatan Leuniey dalam iklan tersebut.

Apa yang diberitahu kepadanya oleh pihak SimplySiti adalah tentang konsep dan jalan cerita iklan tersebut yang akan membabitkan seorang gadis misteri yang menggambarkan keperibadiannya menerusi tiga haruman minyak wangi SimplySiti.

Lalu apabila tiba di lokasi penggambaran, Apek tidak menafikan bahawa dia sedikit terkejut melihat kehadiran Leuniey.

Tetapi atas dasar profesionalisme, semuanya berjalan dalam keadaan baik dan mereka langsung tidak bertemu atau dipertemukan dalam apa jua situasi.

"Saya menerima tawaran ini juga adalah kerana Siti Nurhaliza. Memang tidak dinafikan memang sukar sekali untuk mengatur jadual. Apabila melihat kesungguhan Siti Nurhaliza dan SimplySiti, saya cuba mencari waktu yang sesuai. Lagipun penggambaran dilakukan dalam setengah hari sahaja, jadi ia bukanlah satu masalah.

"Alhamdulillah, saya mendapat sokongan daripada pengurus pasukan dan pemain yang lain. Ternyata mereka memahami karier saya sebagai duta atau model produk. Asalkan ia tidak mengganggu fokus saya sebagai pemain, semuanya baik-baik sahaja," jelas Apek yang berusia 23 tahun ini lagi.

--- UTUSAN MALAYSIA

1.4 juta kakitangan awam terima gaji baru


KUALA LUMPUR 25 April - Kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Gaji yang diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing-masing selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yang terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.

“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yang mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan.

“Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung kakitangan kerajaan yang mula menerima gaji baru berdasarkan pelarasan SSM, hari ini.

Katanya lagi, kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama.

“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka.

“Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan," tambahnya.

--- UTUSAN MALAYSIA

Selasa, 24 April 2012

Nikita Willy tak sekolah?




GRUP Infinite bukan sahaja menjadi kegilaan peminat malah turut dipuja oleh golongan artis. Sehingga kini beberapa artis seperti pelawak dan pengacara Boom, ketua kumpulan Kara, Gyuri dan pelakon jelita Lee Da Hae secara terbuka mengakui meminati kumpulan tujuh anak muda kacak yang berbakat ini.

Menariknya di sebalik populariti yang dikecapi itu, Infinite tidak cepat lupa daratan bahkan tetap menunjukkan sikap rendah diri.

Baru-baru ini, lensa kamera peminat sempat merakamkan sikap baik hati anggota kumpulan itu. Ketika selebriti lain sudah pun meninggalkan stadium tempat rakaman 'Idol Star Athletics & Swimming Championships', anggota Infinite dilihat membantu krew penerbitan MBC membersihkan sampah-sarap termasuk pom-pom yang ditinggalkan oleh artis lain yang menjadi peserta program itu.

Para peminat cukup terharu dengan sikap ringan tulang dan baik hati yang ditunjukkan oleh Infinite, walaupun mereka mungkin melakukan tindakan itu untuk menggembirakan penyokong setia Infinite.

Patutlah Infinite begitu cepat mendaki tangga populariti dan dilihat sebagai antara grup baru yang dihormati dalam industri hiburan Korea.


--- UTUSAN MALAYSIA

Saintis China hasilkan biri-biri daripada gen cacing


SEEKOR biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.


HONG KONG - Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu. - Reuters


--- KOSMO

Isnin, 23 April 2012

Titanic 3D imbau kembali tragedi hiba

Wartawan Sinar Harian
6 April 2012
Titanic 3D imbau kembali tragedi hiba

Tidak banyak yang ingin diperkatakan mengenai filem ini yang suatu ketika dahulu menempa fenomena luar biasa. Apabila filem ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 Disember 1997, Titanic menerima kunjungan yang tak putus-putus dan menjelang Ahad pertama, jualan tiket mulai habis dengan pantas dengan keuntungan USD28,638,131 (RM88 juta).

Pada penghujung Mac 1998, Titanic menjadi filem pertama yang mencecah lebih USD1 bilion. Banyak penonton yang berulang kali menonton filem Titanic dan jualan lagu, runut bunyi dan buku yang berkaitan dengannya menjadi tumpuan dan rebutan.

Titanic mengaut keuntungan sebanyak USD1,845,034,188 (RM6 billion) seluruh dunia dan filem yang paling untung sepanjang masa.

Kini, Titanic kembali mengusik jiwa penonton yang menceritakan semula peristiwa pedih terbenamnya kapal Titanic sewaktu pelayaran pertama dan terakhir bertarikh 15 April 1912, seratus tahun lalu.

Bezanya, penonton dapat melihat filem ini menerusi teknologi 3 Demensi, di mana gambarnya kelihatan lebih cantik dan jelas. Namun, sebenarnya, tidak banyak perubahan ketara yang dapat dilihat.

Selepas 84 tahun tenggelamnya kapal mewah Titanic, Rose DeWitt Bukater, menceritakan kembali kisah dan pengalamannya mengikuti pelayaran pertama dan terakhir kapal itu kepada cucunya, Lizzy Calvert, Brock Lovett, Lewis Bodine, Bobby Buell dan Anatoly Mikailavich.

Rose yang mengikuti pelayaran itu bersama ibunya, Ruth DeWitt Bukater dan tunangnya, Caledon Cal Hockley bertemu seorang jejaka kelas pertengahan bernama Jack Dawson yang memenangi tiket menaiki kapal itu melalui perjudian.

Namun pelayaran mewah yang disangka akan sampai dengan gahnya di New York bertukar kepada insiden yang menghibakan.

--- SINAR HARIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap