Kawan-kawan

Ahad, 29 April 2012

Tasha Shila usung trofi


Tasha Shila

MINGGU lalu, teman Diva yang jadi 'duta' pusat beli-belah popular dekat Bukit Bintang ada hubungi Diva untuk sampaikan cerita. Nak usik-usik sikit katanya. Maka, teman Diva yang bernama Ashrafina Paviliona Lewis itu pun mulalah berceloteh.

"Kisahnya, si Tasha Shila ni dilihat datang ke Pavilion dengan seorang yang berpangkat. Entahlah pangkat Datuk ke, Tan Sri ke... Tapi memang kalau ke situ, dengan lelaki itulah dia akan membeli-belah," ujarnya yang kenal setiap petugas kedai di situ.

Jadi apa salahnya? Para petugas butik kat Pavilion pun ramai yang tahu itulah tempat kegemaran Tasha bersantai bersama kenalan dan rakan-rakannya.

"Situasinya macam ni. Tasha ke situ untuk bertemu kawan-kawannyaa. Bila berjumpa, tiba-tiba dikeluarkan trofi kemenangan Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011 dari dalam begnya untuk ditayang pada kawan-kawan.

"Bukan main seronok agaknya usung trofi ke mana-mana. Mungkin tak puas letak di rumah, sanggup pula dibawa dalam beg ke pusat beli-belah. Memang hebat baginya kemenangan tersebut," ujar Ashrafina yang sarkastik tapi yakin Aaron Aziz yang menang besar pada malam itu pun tak usung trofi ke tempat awam macam Tasha.

Dimaklumkan juga, sehari sebelum ke majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2011, Tasha ada datang ke butik Zenotti dengan lelaki yang sudah berkahwin itu untuk beli kasut. Nasib baik menang anugerah, dapat juga tayang kasut baharu tu agaknya!

"Untung sungguh Tasha. Orang kedai memberitahu, bila nak beli barang, 'Datuk' tu mesti ada," kata Ashrafina yang sedih kerana tiada sesiapapun yang menajanya membeli-belah.

--- KOSMO

Sabtu, 28 April 2012

Rasai gerun Sumpahan Kum Kum


Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

RASA gerun semula jadi meresapi perasaan secara perlahan-lahan dapat dirasai dalam diri penonton sewaktu menonton filem seram terbaru, Sumpahan Kum-Kum.

Tanpa kesan Imej Janaan Berkomputer (CGI) dan hanya berlatar suasana kampung, filem ini masih mampu memberi kepuasan kepada penggemar filem ‘horror’.

Filem arahan terbaru pengarah Ismail Bob Hasim ini akan menemui penonton apabila ditayangkan di 70 pawagam mulai 26 Januari ini, sempena Tahun Baru Cina.

Sumpahan Kum Kum ini juga adalah pengarahan serius genre seram Bob untuk kali pertama dalam Skim 10 Pengarah Muda diperkenalkan syarikat perfileman ternama, MIG . Sebelum ini beliau pernah terbabit dalam mengarahkan beberapa filem dan drama seram siri untuk stesen TV.


Kata Bob, filem Sumpahan Kum Kum memaparkan cerita yang biasa didengar dalam masyarakat Melayu yang pernah berlaku di kampung Melayu.


“Cerita yang mungkin kita pernah dengar itu saya ketengahkan dalam bentuk visual. Memang ada pelbagai versi saya peroleh melalui kajian dan apa didengar melalui cerita orang lama, tetapi saya mengambil asas yang terbaik untuk ditonjolkan.

“Saya cuba memberikan gambaran paling mudah diterima penonton kerana ramai yang pernah membesar di kampung pernah mendengar cerita ini. Lagipun, cerita Kum Kum dekat dengan budaya Melayu.

“Saya hanya memaparkan jalan cerita secara ‘straight forward’ kerana tidak mahu mereka penonton terlalu berfikir,” katanya sewaktu sesi previu Sumpahan Kum Kum di MBO Subang Parade, Subang Jaya, Rabu lalu.

Hadir sama pada filem terbitan MIG ini barisan pelakon seperti Fezrul Khan, Shima Anuar, Wawa Zainal dan produser Mejar David Teo.

Mengenai pemilihan barisan pelakon, Bob yang pernah mencipta ‘box office’ menerusi filem Ngangkung yang mengutip RM8 juta berkata:

“Memang saya berani mengambil ramai muka baru seperti Fezrul, Shima dan Wawa untuk disesuaikan dengan suasana takut dimahukan. Fezrul ada karakter serta ‘vibe’ watak utama yang spontan sementara Shima dan Wawa menepati wajah suram yang saya mahukan.

“Saya menekankan aspek ketakutan pada wajah kerana mahu lari daripada kebiasaan berbanding unsur agresif yang sering ditonton. Persembahan babak dalam Sumpahan Kum Kum langsung tidak menggunakan sebarang teknik Imej Janaan Berkomputer (CGI).

“Namun saya juga menggabungkan pelakon yang sudah berpengalaman seperti Lydiawati, Maimon Talib, Razak Ahmad dan Kazar kerana mereka dapat menyokong aspek lakonan bagi filem ini.

Ditanya mengenai reaksi dan tahap ketakutan dalam Sumpahan Kum Kum, Bob berkata tahap takut itu adalah perkara subjektif dalam setiap penonton itu sendiri.

“Saya belum tahu apa reaksi penonton di luar sana kerana filem ini hanya akan berada di pawagam dalam tempoh seminggu lagi. Apa dapat saya katakan, saya berpuas hati dengan pengarahan filem ini sekalipun sudah mengenal pasti beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki untuk karya lain. Bagi saya, filem ini antara karya dapat memenuhi penonton meminati filem seram,” katanya.

Pada masa sama, David turut berpuas hati dengan previu filem terbabit.

“Memandangkan filem Sumpahan Kum Kum ditayangkan pada tahun naga bagi kalendar masyarakat Cina, saya berharap filem ini juga mampu menjadi satu lagi karya box-office daripada MIG. Bagi saya filem sangat menarik ditonton,” katanya.

--- HARIAN METRO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap