Kawan-kawan

Khamis, 2 Ogos 2012

Lagi kontroversi Nikita Willy

Wartawan Sinar Harian
2 Ogos 2012
Nikita Willy
Nikita Willy

TINDAKAN berani pelakon muda, Nikita Willy mempamerkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Gambar tanpa baju yang diambil dari arah belakang itu bukanlah gambar seksi pertamanya kerana sebelum ini, Nikita pernah memuat naik gambar ketika bercuti bersama kekasihnya.

Di saat gambarnya mula menjadi perhatian umum, Nikita masih enggan menjelaskan tindakannya itu.

Mungkin seperti sebelumnya, Nikita hanya mendiamkan diri sehinggalah orang sudah jemu membicarakan hal tersebut.

--- SINAR HARIAN

Jumaat, 20 Julai 2012

Human Target kembali


Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

PENGGEMAR genre aksi lincah dan suspen tentunya puas apabila menyaksikan sebuah drama yang berkualiti dan menarik. Justeru mereka jangan melepaskan peluang menonton drama bersiri Inggeris berjudul Human Target yang kini memasuki musim kedua tayangannya di TV3.

Drama yang disiarkan setiap Ahad jam 10 malam, mula menemui penonton sejak 8 Julai lalu. Ia diadaptasi daripada sebuah komik tahun 1972 tulisan Len Wein dan Carmine Infantino.

Human Target menjadi fenomena sejak mula disiarkan pada bulan Januari 2010 di saluran Fox di Amerika Syarikat dan adalah hasil kerjasama Bonanza Productions dengan Wonderland Sound & Vision, DC Comics dan Warner Bros.

Meneruskan kesinambungan dari musim pertama, ia berkisarkan perjalanan hidup seorang penyiasat peribadi yang sangat unik. Pelakon Mark Valley membawakan watak Christopher Chance, individu yang mempunyai pelbagai personaliti dan identiti berbeza selaku penyiasat peribadi.

Dia juga mempunyai kemahiran sebagai seorang kontraktor dan pengawal peribadi bagi pelanggan-pelanggannya. Chance tidak bersendirian kerana dia turut disertai oleh rakan perniagaannya, Laverne Winston, bekas detektif polis San Francisco, Guerrero, bekas pembunuh upahan, Ilsa Pucci, salah seorang bekas klien Chance yang menyalurkan sumber kewangan dan Ames, bekas pencuri berpengalaman.

Chance melalui masa lampau yang gelap dan misteri. Sehingga kini, ramai yang tidak mengetahui nama sebenar beliau dan asalnya beliau dilatih untuk menjadi pembunuh upahan.

Perancangan Chance dan Guerrero untuk menyelamatkan Winston ditampilkan sebagai pembukaan musim kedua Human Target. Enam bulan selepas itu, Chance mengambil keputusan untuk menenangkan diri di Nepal dan bertemu Ilsa Pucci, balu kepada jutawan Marshall Pucci yang meninggal dunia kerana nahas helikopter.

Ilsa yakin kematian suaminya adalah konspirasi pembunuhan terancang dan mahu mengupah Chance untuk melindunginya. Chance membatalkan hasratnya untuk bersara bagi membantu Ilsa. Bagaimanapun, Ilsa diculik terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Winston dan Guerrero berjaya menangkap seorang wanita yang dipercayai telah mencuri cincin Ilsa.

Ames kemudian mengakui beliau telah diarahkan oleh penculik Ilsa iaitu peguam Ilsa sendiri. Chance, Winston dan Guerrero cuba menjejaki mereka sehingga ke sebuah bank di Geneva, Switzerland.

Misi menyelamat Ilsa membuka lembaran baru buat Chance dan rakan-rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/20

Rabu, 20 Jun 2012

Kalis kontroversi

2012/06/13

pix_gal0
LAGAKNYA berpakaian seragam jururawat bernama Azura memang sangat berbeza dengan penampilan dan cerita yang sering dipaparkan di media mengenai Zarina Anjoulie.

Sememangnya nama Zarina Anjoulie tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai cerita sensasi, panas dan kontroversi mengenai kehidupan sosial peribadinya.
Jarang sekali untuk ada cerita mengenai bakatnya sebagai pelakon. Mungkin kerana kehebatan cerita panas peribadinya menjadikan kemampuan sebenar sebagai pelakon tidak dipandang langsung.
“Ada baik, ada kelemahannya. Memang saya tahu cerita peribadi lebih menarik minat orang media berbanding penampilan sebagai pelakon.

“Kebaikannya, saya sudah ada publisiti. Tak kiralah ia dilihat publisiti baik atau sebaliknya. Tapi sekurang-kurangnya boleh membantu mempromosikan diri saya apabila filem lakonan saya ditayangkan nanti,” katanya.

Seorang yang dilihat periang, Zarina memang sangat peramah tatkala berada di lokasi penggambaran filem Amukan Buas Frankenstein Tempatan (ABFT) arahan Mamat Khalid di sekitar Taiping, Perak.

Walaupun agak tekun dan tidak boleh berenggang melayan pesanan Blackberry (BBM), dia masih ada masa bergurau senda dengan barisan kru produksi filem ini. Dalam filem ABFT, dia memegang watak Azura, seorang jururawat yang bertugas di sebuah kampung.
Dia kemudian diminta untuk merawat penduduk kampung yang sudah bertukar menjadi makhluk aneh akibat menjadi bahan uji kaji sebuah makmal sains.

ABFT adalah filem kedua daripada Mamat selepas Amir Dan Lukman Ke Laut. Sebelum itu, Zarina menjalani penggambaran filem Ular terbitan KRU Studio dan membuat persiapan untuk memenuhi undangan bagi rakaman program bertaraf antarabangsa Fear Factor yang dijangka dilakukan di Afrika Selatan.

“Tiga filem berturut-turut sepanjang tahun ini, saya rasa sudah memadai. Selepas ini, nak berehat.

Saya nak belajar dalam kursus English Legal System di sebuah kolej di ibu negara. “Selepas ini, saya nak memperlahankan lakonan sementara waktu. Lagipun, tahun depan sudah ada tiga filem lakonan saya menunggu masa untuk ditayangkan.

“Ketika banyak pihak berminat bercerita mengenai hal berkaitan peribadi, saya bersyukur sebab ada pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon seperti Mamat Khalid. Tidak disangka pula, saya mendapat undangan untuk terbabit dalam program TV, Fear Factor. Semua itu di luar jangkaan saya kerana tidak menyangka ada pihak yang tahu untuk mempergunakan bakat saya,” jelasnya.

Daripada nada perbualan ini, Zarina seolah-olah sudah tidak mahu ambil pusing dengan minat orang memperkatakan mengenai kehidupan peribadinya.

“Memang tidak ada apa yang hendak saya cerita. Tapi ada beberapa pihak yang desak dengan macam-macam pertanyaan. Bukan pasal lakonan tapi mencari cerita kontroversi. Kalau sudah itu yang dicari oleh mereka, apa boleh saya buat,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Berdarah campuran Melayu, Iran dan Scotland, Zarina mula dikenali di pentas lakonan menerusi drama bersiri Anak Pontianak terbitan Pesona Pictures arahan oleh Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Mengulas berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, dia mengaku kali ini ada perasaan gelisah kerana berasakan tidak memberikan mutu lakonan terbaik sedangkan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Walaupun pengarah tak cakap apa-apa, tapi saya tetap berasa tidak senang hati.

Macam tak puas, ada sesuatu yang tidak kesampaian dalam menghidupkan watak yang diberikan.

“Tapi saya memang sangat berbesar hati, puas dan bangga kerana dapat berlakon dengan nama besar dalam filem seperti Awie, Adi Putra, Sofi Jikan dan Jehan Miskin. Saya masih dianggap baru dalam bidang lakonan.

“Peluang berlakon bersama mereka satu pencapaian yang besar dalam kerjaya saya,” jelasnya lagi.

--- BERITA HARIAN

Ahad, 17 Jun 2012

Kasih di puncak Kinabalu


Foto - edtv-zahidizakariya.blogspot.com

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

KISAH Nadira yang menjalani pemindahan jantung dan mewarisi sifat penderma terbabit iaitu Innara yang sudah meninggal dunia adalah tarikan dalam drama bersiri 28 episod untuk Slot Akasia TV3, Dejavu Di Kinabalu karya Erma Fatima dan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang menjadi konflik, Nadira yang sudah memiliki teman lelaki, Bazli turut mewarisi perasaan sayang pada teman lelaki penderma jantungnya itu iaitu Ammar.

Lebih menarik, cerita ini menggandingkan pelakon popular Tiz Zaqyah dan Aqasha selaku teraju utama dalam kisah cinta yang menyentuh perasaan ini.

Selaku Penerbit Eksekutifnya, Zetty Alia Datuk Ramly berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama bersiri itu kerana cerita itu ada kelainan dari yang pernah dihasilkan sebelum ini.


“Sebenarnya, cerita Dejavu di Kinabalu adalah idea asal daripada produser drama sendiri iaitu Datin Zaiton. Manakala, Erma pula bertindak sebagai penulis skripnya. Jalan cerita drama ini juga memaparkan mengenai proses pemindahan jantung juga agak berlainan daripada drama yang pernah ditonton di kaca televisyen sebelum ini.


Ditanya kekuatan utama drama itu, kata Alia, ia terletak pada kombinasi pengarah, penulis skrip dan barisan pelakonnya yang hebat.

“Penonton akan menyaksikan bagaimana seseorang penderma akan berasa terikut-ikut dengan cara pemilik asal jantung itu tanpa dia sedar dan berkongsi rasa yang sama. Karakternya juga akan berubah sedikit mengikut karakter penderma jantung berkenaan,” katanya.

“Selain itu, penonton pasti terpikat dengan latar belakang pemandangan drama ini yang cantik sekali gus jalan cerita serta plot-plot yang ada dalam Dejavu akan menjadikan ia satu naskhah yang harus ditonton peminat drama bersiri di luar sana.

“Saya percaya drama ini tidak akan mengecewakan penonton bila bersiaran nanti.
Pada masa sama, hati siapalah yang tidak akan tersentuh melihat pengorbanan Bazli pada Nadira, cinta Ammar pada Innara yang tak berpenghujung itu,” katanya.

Berkongsi cabaran terbesar menerbitkan drama itu, akui Alia, pastilah ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjayakan penggambaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu itu.

“Bagi memberi gambaran sebenar di puncak gunung dan menghidupkan lagi cerita ini, kru penerbitan, barisan pelakon utama dan pengarah juga terpaksa turun padang dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Bayangkan, mereka mendaki gunung tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan.

“Saya bersyukur, selepas melalui pelbagai rintangan, mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sehinggalah penggambaran babak selesai seperti direncanakan.

“Penggambaran drama ini bermula Mac lalu dan akan berakhir Ahad ini (17 Jun) membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Cherating, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah,” katanya.

Mengenai kos untuk menerbitkan drama itu pula, Alia mengakui ia memang membabitkan kos yang agak tinggi kerana lokasi juga membabitkan luar Kuala Lumpur.

“Maaflah, saya tidak boleh komen lanjut mengenai kos menerbitkan drama ini.
Apapun, saya berpuas hati dengan hasil karya Erma ini.

“Sebagai penerbit eksekutif drama ini, saya dan produser serta seluruh produksi berharap semoga drama ini mendapat sambutan hangat daripada penonton. Semoga pihak stesen TV dan penggemar drama bersiri berpuas hati dengan naskhah ini nanti,” katanya.

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.

Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.



INFO:

JUDUL: Dejavu Di Kinabalu
PENGARAH DAN PENULIS SKRIP: Erma Fatima
PENGARAH BERSAMA: Fazli Yahya (Pali)
PENOLONG PENGARAH: Noorsyahida Mohd Radzali
PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Alia Datuk Ramly
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PROPMASTER: Mohd Sharbani Yusuff (Atoi)
PROPMAN: Wan ( Mat deris)
TATARIAS: Siti Rohani (Mak Iti)
WARDROBE: Amy & Supian
KESINAMBUNGAN : Azura ‘zozo’ Norman
PEMBANTU AM: Aziz, Boy
GRIP : Fareez Basri
PENATA BUNYI: Ahmad Muhaimin Ahmad Bokhari
JURU LAMPU: Mohd Firdaus Abdul Razak
PEMBANTU JURUKAMERA: Shamiel Equan (Albab)
SINEMATOGRAFI: Asrar Lukmanal Hakim

PERALATAN PENGGAMBARAN/PENGANGKUTAN/PASCA PENERBITAN: Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd

SUNTINGAN AWAL: Global Post Sdn Bhd
SUNTINGAN AKHIR: Global Post Sdn Bhd, Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENGURUS KEWANGAN: Fadhilah Mohd Shariff
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Nira Rash
PENGURUS PRODUKSI: Aish Malek (Faizah Malek)

BARISAN PELAKON: Aqasha (Ammar), Nadira (Tiz Zakyah), Bazli (Nazim Othman), Mior Afif (Zahir), Sharifah Nadia (Yuzra), Mustafa Kamal, Kathy Azean

TARIKH SIARAN: 18 Jun 2012

--- HARIAN METRO

Sabtu, 9 Jun 2012

Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
8 Jun 2012
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2
Antara babak dalam Jalan Kembali: Bohsia 2

Bakat Syamsul Datuk Yusof Haslam dalam bidang pengarahan sememangnya tidak dinafi kan lagi. Pada pandangan penulis, Syamsul merupakan pengarah muda yang tahu menyediakan hidangan yang kena dengan selera penontonnya.

Justeru tidak keterlaluan penulis katakan, fi lem Jalan Kembali:Bohsia 2 (JKB2) merupakan fi lem terbaik 2012. Filem lakonan Syamsul sendiri bersama Salina Saibi, Sofi Jikan, Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, dan Harun Salim Bachik cukup rencahnya.

Filem ini merupakan fi lem ketujuh arahan Syamsul dan pengalamannya menghasilkan fi lem box-offi ce sebelum ini menjadikan Bohsia 2 digarap dengan cukup baik. Tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini, Syamsul turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfi kir.

Pada pandangan penulis, jangan terlalu melihat syot-syot negatif dipaparkan termasuk syot Sofi Jikan (Keting) menolak seorang imam di depan masjid, sebaliknya lihat segala mesej tersirat yang cuba dipaparkan.

JKB2 mengisahkan dua bohsia - Amy (Salina Saibi) yang sedang cuba kembali ke jalan yang benar ditempatkan di Rumah Pengasih selepas kejadian di pengakhir fi lem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam. Berbeza dengan nasib Tasya, yang semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang bohsia yang dikawal ketat oleh Keting.

Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya daripada lembah yang hina. Seperti Amy, Muz juga bertaubat dan tidak mahu bergelumang lagi dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan hidupnya.

Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu saudara Tasya lalu berjanji untuk mengembalikan Tasya ke pangkuannya. Walaupun Muz tahu bahawa Tasya enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha membawa Tasya ke jalan kembali. ‘Raja’ kumpulan Mat Rempit, Keting kian rakus dengan aktiviti songsangnya dengan Tasya di sisinya.

Dalam masa sama, dia meneruskan niat jahat menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah hina. Bagaimanapun, pengakhiran cerita ini yang sedikit longgar menyebabkan penulis tertanya-tanya mengenai nasib Ejan dan kurang berpuas hati dengan cara kematian Keting. Namun, kelemahan itu boleh dimaafkan dengan jalan cerita yang begitu mantap sepanjang satu jam 35 minit fi lem ini dimainkan.

--- SINAR HARIAN

Madagascar 3: Europe’s Most Wanted mencuit hati

Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted

JIKA anda peminat setia francais Madagascar, maka anda tidak seharusnya melepaskan sekuel ketiga fi lem itu, Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted. Selepas Madagascar dan Madagascar : Escape 2 Africa, penonton akan dihiburkan dengan usaha empat sekawan-Alex si singa, Marty si kuda belang, Gloria si badak sumbu dan Melman si zirafah yang berusaha untuk pulang ke New York.

Kerinduan terhadap tempat tinggal mereka di Theme Park Zoo membuatkan empat sekawan ini, sekali lagi meminta bantuan empat penguin yang bijaksana itu untuk kembali ke New York.

Namun dalam usaha mereka untuk pulang, pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi termasuk mereka diburu oleh kumpulan pemburu haiwan yang sama hebatnya dengan kumpulan penguin tersebut.

Dalam usaha untuk pulang ditambah dengan cabaran mereka lari dari kumpulan pemburu, pelbagai cara dilakukan geng penguin termasuk menukar kereta kebal menjadi kapal terbang-walaupun mustahil, namun ia tetap mencuit hati. Pertemuan Alex, Marty, Gloria dan Melman dengan kumpulan Circus Zaragoza memberi harapan buat mereka untuk pulang ke New York.

Secara tidak langsung mereka berkenalan dengan ahli sarkas yang terdiri daripada harimau belang yang hebat menyusutkan badan ketika mengharungi gelung kecil, si harimau bintang betina yang mempunyai sepasang mata yang comel, dan beruang yang pandai bawa superbike.

Sekali lagi pelbagai aksi lucu berlaku dalam usaha Alex dan kawankawan yang berusaha melarikan diri dari pihak polis dan cubaan mereka menyertai kumpulan sarkas itu. Berjayakah mereka meloloskan diri dari pihak berkuasa?

Berjayakah empat sekawan ini pulang ke tempat asal mereka? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.

--- SINAR HARIAN

Shah Rukh mahu beli kelab bola sepak




AKTOR Shah Rukh Khan sebelum ini membeli kelab kriket Kolkata Knight Riders kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan itu.

Namun kini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dia menyuarakan keinginannya untuk memiliki kelab bola sepak tertua di India, Dempo SC.

Menurut sumber yang disiarkan dalam NDTV, Shah Rukh berkira-kira untuk membelanjakan kira-kira Rs30 crore (RM17.4 juta) untuk membeli 50 peratus daripada saham pasukan itu.

"Jika pembelian itu terlaksana, kami berharap agar Salman Khan membeli pasukan United Sikkim pula. Jika ia benar-banar berlaku, pasti masa depan pasukan bola sepak di India akan bertambah cerah." ujar sumber itu.

Pemilik Dempo SC, Shrivinas Dempo menjelaskan bahawa pihaknya belum mencapai kata sepakat dengan aktor filem Kuch-Kuch Hota Hai itu bagaimanapun beliau mengesahkan perbincangan sudah bermula.

--- KOSMO

Ketiadaan Villa dirasai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipz6cBCGWmyVmbjPqxqaTBVJ7Tf8oh7MS5e0hhdTPqvIqOkL_dU55Mn9q5iCecZi2aEfGtARI2LpoKN3XlLurzP3BFb_VC7XR1YWP5tq9nt-280kpF4gU3Ydv0XvrcSRCFVrEfwDxQVrE/s1600/david_villa_photo_05.jpg

GDANSK (Poland): Tidak kira Itali ataupun Sepanyol, kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu percaya ketiadaan penyerang sensasi David Villa akan memberi kesan dalam pertembungan mereka bagi aksi pertama Kumpulan C pada Euro 2012, awal pagi esok.

Sepanyol kehilangan pemegang rekod penjaring terbanyak namun dianggap tidak seteruk Itali yang berdepan masalah dalam dan luar padang berikutan skandal rasuah dalam liga domestik dan kekalahan 0-3 di tangan Russia pada aksi persahabatan Jumaat lalu.


Villa, pemegang rekod penjaring terbanyak Sepanyol adalah wira skuad negaranya dua tahun lalu ketika menjulang trofi Piala Dunia namun terpaksa disisihkan dalam kejohanan ini kerana masih belum sembuh akibat kecederaan patah kaki.

Namun biarpun tanpa penyerang bintang itu, pemain sayap Pedro Rodriguez percaya mereka tidak akan ketandusan jaringan.


“David Villa pemain sangat penting jika mengambil kira gol yang disumbangkannya, dia penyerang yang sangat bahaya.


“Namun dalam skuad ini masih ada pemain yang mampu menghasilkan gol seperti (David) Silva, (Andres) Iniesta, (Juan) Mata atau (Jesus) Navas.

“Kami akan mencari gol tanpa kehadiran Villa bagi membolehkan kami mara ke peringkat sejauh mungkin dalam Euro.” Sepanyol bukan saja kehilangan Villa malah tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan tengah, Carles Puyol akibat kecederaan.


Namun pemain tengah Itali, Thiago Motta menyatakan pemain gantian yang mengambil tempat pemain itu juga mampu beraksi hebat.

“Pasukan mereka tidak akan menjadi lemah, mereka dalam prestasi baik dan dalam tempoh empat tahun lalu, mereka memenangi semua kejohanan utama,” kata pemain kelahiran Brazil itu. - AFP

--- HARIAN METRO

Bisa Russia


MANTAP...Pavlyuchenko berjaya mencatat nama selaku penjaring.
MANTAP...Pavlyuchenko berjaya mencatat nama selaku penjaring.

WROCLAW (Poland): Russia membuktikan mereka adalah pasukan yang wajar diberikan perhatian apabila mendahului Kumpulan A selepas mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Republik Czech pada hari pertama Euro 2012, awal pagi semalam.

Alan Dzagoev meledak dua gol manakala Roman Shirokov dan Roman Pavlyuchenko masing-masing menyumbat satu gol buat Russia mendahului tangga teratas kumpulan dengan kelebihan dua mata berikutan pasukan tuan rumah bersama, Poland dan Greece terikat seri 1-1.


Czech yang mempamerkan aksi hambar hanya memperoleh gol sagu hati menerusi rembatan Vaclav Pilar.

Russia yang dibimbing Dick Advocaat tampak bergelut di awal permainan dan membolehkan Czech lebih banyak menguasai bola.


Namun selepas berjaya mendapat rentak, mereka terus memberi asakan bertali arus kepada anak buah Michal Bilek.


Tolakan bijak ke belakang oleh Arshavin membolehkan Yuri Zhirkov meloloskan diri lalu membuat hantaran lintang kepada Aleksandr Kerzhakov, namun dia gagal membuat percubaan tepat ke sasaran.

Namun dalam tempoh 60 saat selepas itu, Russia berjaya membuka tirai jaringan.


Dzagoev mengambil kesempatan dalam situasi dua pemain Czech bertembung sesama sendiri di bahagian tengah untuk melancarkan serangan bersama Konstantin Zyryanov di sebelah kanan.

Zyryanov mengumpan bola kepada Kerzhakov yang menanduk bola menemui Dzagoev yang bersedia melepaskan rembatan menerjah ke gawang Czech.


Dzagoev kemudian mensia-siakan peluang terbaik apabila merembat liar hantaran Kerzhakov di sebelah kanan.


Namun pada minit ke-23 kedudukan menjadi 2-0 apabila Arshavin melorongkan bola ke dalam kotak penalti yang berjaya disambar Shirokov untuk menewaskan penjaga gol, Petr Cech.


Pemain Czech kurang memberikan ancaman melainkan tandukan Jan Rezek yang diselamatkan Vyacheslav Malafeev sebelum melepaskan rembatan lemah tepat ke dakapan penjaga gol.


Satu lagi gerakan menarik Russia membabitkan Shirokov diakhiri dengan sepakan melambung tinggi melepasi palang oleh Kerzhakov.


Babak kedua bermula dengan keadaan suasana yang kurang bermaya namun tujuh minit selepas itu permainan kembali menarik apabila hantaran Jaroslav Plasil mengelirukan pertahanan Russia dan Pilar berjaya melepasi kawalan Malafeev sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang.


Arshavin yang memperagakan aksi terbaik bijak mencipta peluang untuk Kerzhakov namun rembatan penyerang Zenit St Petersburg itu jauh daripada sasaran.


Bagaimanapun 11 minit sebelum perlawanan tamat, Dzagoev meletakkan Russia dalam kedudukan selesa apabila menghasilkan gol ketiga menerusi hantaran Pavlyuchenko.


Selepas itu giliran Pavlyuchenko untuk mencipta nama selaku penjaring menerusi gerakan solo di luar kotak penalti. - AFP

--- HARIAN METRO

Jumaat, 8 Jun 2012

Bola sepak persahabatan: Keputusan seri dalam suasana kontroversi

KUALA LUMPUR 8 Jun - Hasrat Harimau Malaya untuk malukan Singapura di Stadium Jalan Besar, tidak kesampaian apabila terpaksa menerima hakikat keputusan seri 2-2 walaupun pada satu ketika mendahului 2-0 hasil jaringan Azammuddin Akil dan ketua pasukan, Safiq Rahim.

Singapura bangkit pada lima minit terakhir termasuk memperoleh jaringan hasil sepakan percuma kontroversi di dalam petak penalti melalui Shadan Sulaiman pada minit ke-86 sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap