Kawan-kawan

Selasa, 16 Februari 2010

Filem: Gelagat askar veteran (Harian Metro)

PADA mulanya penulis difahamkan Jackie Chan akan melakonkan watak askar muda. Dek kerana tertangguh hampir 20 tahun, Jackie akhirnya beralih kepada watak askar yang lebih berusia.

Begitupun, filem yang menelan belanja AS$25 juta (RM85 juta) dan dilahirkan daripada idea Jackie ini akhirnya menemui penonton.

Filem berkonsepkan aksi dan komedi ini menceritakan mengenai peperangan di China di mana seorang askar veteran menjaga seorang jeneral daripada ditangkap penjahat. Dalam masa sama, askar berkenaan mengharapkan imbuhan seperti wang tunai dan juga tidak lagi dipaksa kembali berperang.

Pada asasnya, filem ini menceritakan dua tentera yang melarikan diri untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Malah, kedua-duanya ada masalah sendiri. Bagi askar veteran berkenaan, dia tidak mahu lagi berperang tetapi bagi si jeneral, dia perlu mengelak ditemui adiknya yang ingin merampas kuasa dan kerajaan daripada tangannya.

Menyentuh lakonan, Jackie sentiasa memberi yang terbaik. Walaupun aksinya tidak sehebat dulu kerana usia, ia tetap membuatkan penonton terhibur.

Bagi Lee Hom Wang yang memegang watak jeneral, ini adalah filem Kantonis keduanya selepas Lust Coution. Begitupun, lakonannya juga memberangsangkan, malah mereka juga seakan serasi berlakon bersama.


>Data

FILEM: Little Big Soldier
PENGARAH: Ding Sheng
PELAKON: Jackie Chan, Lee Hom Wang dan Yoo Seung-jun
GENRE: Aksi/ Komedi
TAYANGAN: 14 Februari 2010
PENGULAS: Firdaus Sahat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap