Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Johnny Depp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johnny Depp. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mei 2012

Dendam cinta dalam Dark Shadow

Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2012
antara babak dalam Dark Shadows
antara babak dalam Dark Shadows

Jika anda gemarkan karya Tim Burton, seperti Charlie And The Chocolate Factory dan Alice In Wonderland, anda harus menonton filem terbaru arahannya, Dark Shadows.

Seperti dua filem sebelum ini, Johnny Depp masih menjadi pilihan Burton sebagai pelakon utamanya. Malah filem ini juga digarap menerusi sebuah filem komedi fantasi berdasarkan drama lipur lara pada tahun 1966-1971 dengan judul yang sama

Ia mengisahkan Barnabas Collins (lakonan Johnny Depp) telah mengecewakan hati seorang wanita sihir, Angelique Bouchard (Eva Green), sehingga menyebabkan dirinya bertukar menjadi puntianak dan ditanam hidup-hidup. Dua dekad selepas itu, Barnabas secara tidak sengaja dibebaskan dan kembali ke rumah agam mewah yang kini diduduki oleh keturunannya.

http://images.hollywood.com/site/eva_green.jpg
Eva Green


Bagi penulis, jika Burton tidak meletakkan Depp sebagai pelakon utama, filem ini mungkin boleh dikategorikan sebagai filem yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

Namun, Depp berjaya mengunci perhatian penonton untuk melayari kisah hidupnya dari kecil sehinggalah dia berdepan dengan kisah hidup yang pahit setelah didendami seorang wanita dan akhirnya menemui cinta sejati.

Biarpun plot kadangkala bergerak sedikit perlahan, namun naratif jalan cerita yang menarik membuatkan penonton tidak jemu untuk terus menyaksikan filem ini.

Apatah lagi dengan komedi bersahaja Depp yang telah hidup sebagai puntianak dan terperangkap di dalam kubur serta hanya bebas semula 200 tahun kemudian. Pendek kata, tidak rugi untuk menyaksikan filem ini di pawagam.

Dark Shadows

PENGARAH : Tim Burton
PELAKON : Johnny Depp, Eva Green, Michelle Pfeiffer, Helena Bonham Carter, Jonny Lee Miller, Chloe Moretz, dan Gulliver McGrath.
GENRE : Seram/Thriller
DURASI : 1jam 53minit
KLASIFIKASI : 18
TAYANGAN : 10 Mei 2012
KESELURUHAN : * * * *


--- SINAR HARIAN

Isnin, 15 Februari 2010

Cruz bakal jadi lanun (Berita Harian)

LOS ANGELES: Pelakon kelahiran Sepanyol, Penelope Cruz dijangka berpasangan dengan Johnny Depp dalam sekuel filem Pirates of Caribbean, menurut laporan web.

Pengarah Rob Marshall juga sudah memberi persetujuan untuk mengarahkan filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tide dan sedang mengadakan perbincangan dengan Cruz mengenai filem berkenaan.

Cruz sebelum ini muncul dalam filem arahan Marshall berjudul Nine. Aktres Keira Knightley yang memegang watak utama dalam tiga filem Pirates of Caribbean sebelum ini menolak untuk terus berlakon dalam filem itu pada 2008.

Pelakon gandingan Depp, Orlando Bloom dan Mackenzie Crook juga mengumumkan awal tahun ini bahawa mereka tidak akan berlakon dalam filem keempat itu.

Depp dilaporkan menerima bayaran AS$33.6 juta (RM118.9 juta) untuk meneruskan lakonannya sebagai Kapten Jack Sparrow. � Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap