Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Megan Fox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Megan Fox. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Januari 2013

Megan Fox benci jadi popular


18 Januari 2013
Megan Fox
Megan Fox
JIKA anda fikir bergelar selebriti adalah sesuatu yang menyeronokkan, berbeza pula dengan pendapat aktres seksi, Megan Fox.

Meskipun dikenali di seluruh dunia, bintang Transformers ini mengakui kurang senang dengan populariti diraihnya.

"Menjadi popular bukanlah sehebat yang dibayangkan peminat.

"Apatah lagi jika semua orang memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai saya.

"Ia seolah-olah saya dibuli semua orang di dunia ini," katanya kepada majalah Esquire.

--- SINAR HARIAN

Jumaat, 19 Oktober 2012

Megan Fox bahagia bergelar ibu

Wartawan Sinar Harian
19 Oktober 2012
Megan Fox
Megan Fox
 
Setelah dua minggu melahirkan anak pertamanya, akhirnya aktres jelita, Megan Fox mengumumkan berita itu di laman Twitter.

Bayi lelaki yang dilahirkan 27 September lalu itu diberi nama Noah Shannon Green.

Fox yang berkahwin dengan aktor Austin Green turut memberitahu anaknya berada dalam keadaan sihat.

Tunjang utama filem Transformers ini juga menyatakan betapa bahagianya dia dan suami diberi peluang bergelar ibu bapa.

Buat seketika, Fox akan berehat daripada dunia seni bagi menumpukan perhatian kepada bayinya itu.

--- SINAR HARIAN

Selasa, 5 Jun 2012

Megan Fox si ibu tiri

http://www.celebutopia.net/wp-content/uploads/2010/12/000I3.jpg

Tidak hanya hebat dalam bidang lakonan, tetapi juga sebagai seorang ibu tiri yang baik!

Itu antara pujian yang diberikan oleh pelakon Brian Austin Green kepada isterinya, aktres Megan Fox yang disifatkannya sebagai seorang yang mengagumkan.

Kata Brian, kebanyakan orang mungkin terfikir bahawa ibu tiri seringkali berperwatakan jahat. Namun Fox tidak begitu terhadap anak lelakinya Kassius, 9.

"Dia ibu tiri yang baik dan anak lelaki saya sukakan Fox. Hubungan mereka akrab kerana Kassius menganggap dia istimewa.

"Dia telah menjadi ibu tiri sejak anak saya berusia dua tahun dan sejak itu tidak pernah sekali dia membelakangkan Kassius," katanya.

Bagi Fox sendiri, dia tidak pernah hipokrit dalam hubungan itu kerana dia begitu sukakan kanak-kanak.

"Saya memang sukakan kanak-kanak, tentu sekali saya mahukan anak sendiri tapi biarlah ia berlaku sendiri tanpa paksaan," katanya.

Fox dan Brian bertemu semasa mereka terlibat dalam filem Hope and Faith pada tahun 2004.

Pada tahun 2006, kedua-dua mereka bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dan berkahwin pada tahun 2010.

--- UTUSAN MALAYSIA

Sabtu, 14 April 2012

Hitler punca Fox tak bintangi ‘Transformers’


2011/06/22

Aktres seksi samakan pengarah Michael Bay dengan pemimpin Nazi

LONDON: Pengarah terkemuka Hollywood, Steven Spielberg dilaporkan meminta aktres seksi, Megan Fox digugurkan daripada filem Transformers: Dark of the Moon kerana menghina pengarah, Michael Bay.

Spielberg yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan dilaporkan marah apabila aktres itu dalam satu temubual menyamakan Bay dengan Adolf Hitler di set penggambaran, lapor berita web.
“Pecat Fox sekarang,” kata Spielberg menyebabkan aktres berusia 25 tahun itu digantikan oleh model British yang juga aktres, Rosie Huntington-Whiteley.
Filem ‘Transformers’ terbabit bakal ditayangkan pada 4 Julai ini. Spielberg adalah pengarah eksekutif filem itu.

Fox sebelum ini berkata bahawa beliau meninggalkan siri Transformers itu kerana mahu mengejar peluang berlakon lain.

Bay mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam temubual dengan majalah GQ bagi edisi Julai.

Semuanya bermula apabila Fox dalam temubual dengan majalah Wonderland Magazine di London sebelum penggambaran filem berkenaan bermula, berkata:
“Bay mahu jadi seperti Hitler di set dan beliau sememangnya demikian. Beliau adalah satu mimpi buruk apabila bekerja tetapi apabila beliau di luar set dan tidak menjadi pengarah, saya amat suka personalitinya. Cuma, beliau langsung tidak mempunyai kemahiran bersosial,” kata Fox.

Walaupun Bay selepas itu dikatakan tidak mengambil kisah komen Hitler itu tetapi pendedahan berkenaan akhirnya menjejaskan segala-galanya mengapa Fox tidak beraksi dalam filem terbaru Transformers.

Aktor Shia LaBeouf yang turut berlakon bersama Fox memberitahu GQ: “Dia memburuk-burukkan kapten. Sepatutnya anda tidak boleh berbuat demikian.”

Itu bukanlah kali pertama Fox berperang mulut dengan pengarahnya. Malah, pada 2009 juga Fox memberitahu Entertainment Weekly bahawa ‘bekerja dengan Bay bukanlah satu pengalaman berlakon.”

Selepas itu, Bay bertindak membalas ulasan Fox. “Beliau mengatakan perkara yang mencemuhkan kerana beliau berusia 23 tahun dan masih banyak perlu belajar,” kata Bay kepada Wall Street Journal.

Bay turut menyenaraikan beberapa pelakon yang mencipta nama dengan bantuan beliau antaranya termasuk Ben Affleck, Will Smith dan Nicolas Cage.

“Tiada sesiapa di dunia mengenali Megan Fox sehingga saya menemuinya dan mengambilnya untuk Transformers. Saya rasa saya mempunyai tuah dengan membina karier pelakon menerusi filem arahan saya,” katanya. – Agensi

--- BERITA HARIAN

Selasa, 5 Julai 2011

Cinta lokasi Shia, Megan




BIARPUN sudah tidak lagi bersama dalam siri filem Transformers, namun pelakon Shia LaBeouf telah membuat pendedahan mengejut apabila secara jujur mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Megan Fox. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi majalah terkenal Details, Shia menyatakan hubungan cinta tersebut terjalin ketika hubungan Megan dan kekasihnya Austin Green yang kini suaminya mengalami masalah.

"Memang ia adalah sebuah cinta lokasi kerana kami sentiasa bersama selama enam bulan ketika menjalani penggambaran filem Transformers. Namun, ianya berakhir setelah tamat penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh jatuh cinta dengannya ketika itu. Namun, disebabkan itu juga penonton dapat melihat keserasian kami berdua menerusi filem tersebut," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui Megan masih lagi kekasih Austin atau sebaliknya ketika mereka menjalinkan hubungan percintaan, Shia mengatakan dia tidak ambil tahu mengenainya.

----- Kosmo Online

Selasa, 2 Mac 2010

Transformers padat aksi, elemen CGI (Berita Harian : B*Pop)

Oleh Suzan Ahmad

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/c/cb/TF2SteelPoster.jpg/220px-TF2SteelPoster.jpg
  • FILEM: Transformers: Revenge of the Fallen
  • PENGARAH: Michael Bay
  • PELAKON: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel dan Tyrese Gibson
  • GENRE: Aksi/Adventure
  • MULA TAYANG: 24 Jun 2009

    KALI terakhir penulis menonton filem orang putih yang durasinya melangkaui dua jam, semestinya filem cinta tragik berjudul Titanic. Penuh dengan linangan air mata dan aksi mendebarkan. Itulah filem romantis tragedi yang cukup hebat dan indah pernah dihasilkan Hollywood.

    Selama 144 minit meluangkan waktu bersama Autobots dan Decepticon, dalam siri kedua Transformers penulis akur memang kebas kaki dibuatnya. Tetapi mengenangkan sudah tertunggu-tunggu kesinambungan perjuangan Autobots bersama manusia menyelamatkan bumi daripada dihancurkan Decepticon sejak 2007 lagi, maka, penulis gagahi juga.

    Seawal filem sekuel ini bermula, sehinggalah ke babak akhirnya, filem ini sememangnya ditujukan khas buat pencinta kesan khas imej janaan komputer (CGI) dan yang sewaktu dengannya. Aksi lagak ngeri yang cukup realistik cuma bila sudah terlalu berat dengan kesan CGI potensi untuk filem ini nampak tidak masuk akal dan mengelirukan juga amat ketara.

    Aksi bergasak (Autobot dan Decepticons) yang digambarkan dalam babak pergelutan dengan kesan khas yang terperinci, kadangkala mampu buat penonton tersilap antara siapa yang ditembak dan siapa yang menembak. Kelebihan Michael Bay harus diakui dalam hal memberikan sogokan kesan khas yang melampau tetapi ada buruk dan baiknya.

    Sebenarnya, agak kecewa sedikit kerana karakter pasukan Autobots yang diketuai Optimus Prime dan musuh sepanjang zaman Decepticon yang diketuai Megatron seolah-olah tidak diperkembangkan sepenuhnya. Seolah-olah Michael lebih mementingkan babak kesan khas serta letusan dan dentuman, ledakan bom dan tembakan senjata berat di sana sini berbanding robot sebagai karakter utama. Ia menjadi teerlalu artificial dan mengarut!

    Lebih mengejutkan, Revenge of the Fallen sarat dengan aksi ganas yang kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak terutama pada babak pertembungan antara Autobots dan Decepticon. Megatron jadi kurang penting dek kemunculan The Fallen yang menjadi ibu segala kejahatan. Belas ihsan memang tiada. Mungkin kerana babak keganasan itu membabitkan entiti yang terbentuk dari logam, maka rasa gerun tidak terlalu menguasai kerana tidak membabitkan pertumpahan darah.

    Peranan Megan Fox sebagai Makaela ternyata lebih kepada memberi daya tarikan seksual kepada jalan cerita yang kurang kemas. Setiap kali dia bersama dengan Shia, babak membeku, seolah-olah Shia yang membawa karakter Samuel Witwicky sendiri tidak percaya, ada wanita secantik dan seksi seperti Makaela yang menggilainya.

    Sebaliknya, tiap kali Shia berdepan dengan robot yang tidak berjasad, dia berjaya menyempurnakan rasa empati terhadap entiti itu.

    Dalam gah dan hebatnya Bay mengolah kesan khas, jangan terkejut kalau masih ada babak siaran ulangan saling tak tumpah seperti babak Pearl Harbor arahan Michael sebelum ini.

    Apapun, ibu bapa dinasihat berjaga-jaga dengan skripnya yang berbaur seksual, bahasa kesat, unsur perkauman serta juga beberapa babak membabitkan penggunaan dadah yang kurang sesuai untuk tontonan khalayak di bawah umur.

    Transformers: Revenge of the Fallen mengisahkan kehidupan baru Samuel yang memilih untuk meneruskan pengajian di universiti manakala teman wanitanya, Makaela meneruskan minatnya dalam bidang automotif. Pada masa sama, serpihan Decepticon yang diketuai Starscream masih berusaha untuk mengesan tempat persemadian Megatron dan mengembalikan semula era The Fallen, bekas pemimpin agung Decepticons.

    Untuk itu, Decepticons perlu mengesan kod rahsia bagi menjejaki kunci kepada sumber kuasa yang bakal menghancurkan bumi iaitu ‘Matrix’ yang tertanam sejak berkurun lama. Tanpa disedari, kod rahsia berkenaan sebenarnya tertanam dalam minda Sam. Ini menyebabkan dia dan Makaela diburu Decepticon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap