Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Lagi-lagi Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagi-lagi Facebook. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

Remaja dirogol kenalan Facebook

MANGSA rogol (kiri) ditemubual oleh wartawan selepas mengaku dirogol kenalan di Facebook di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak di Ipoh, semalam.

IPOH 5 Jun - Gara-gara keasyikan cinta Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun bukan sahaja sanggup ponteng sekolah untuk bertemu teman lelakinya malah, beberapa kali menjadi mangsa rogol suspek yang dikenalinya melalui laman sosial itu pertengahan tahun lalu.

Remaja perempuan itu pertama kali dirogol oleh remaja berusia 16 tahun pada November tahun lalu ketika dia masih berusia 12 tahun.

Mangsa memberitahu, dia mula mengenali lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Kuala Lumpur melalui Facebook pada pertengahan tahun lalu.

"Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini hari ini.

--- UTUSAN MALAYSIA

Kes jenayah banyak di Facebook

http://www.net-security.org/images/articles/secworld-cybercrime5.jpg

LONDON 5 Jun - Maklumat yang dikumpul akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.

Tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu.

Bukan setakat itu, Facebook juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.

Maklumat tersebut menyatakan, kira-kira separuh anggota polis di England dan Wales menyediakan maklumat berkaitan dengan Facebook dalam laporan jenayah mereka.

Dalam sesetengah kes, pertelagahan yang bermula dalam laman sosial itu terbawa-bawa hingga ke alam realiti dan laman tersebut juga didapati memudahkan golongan fidofilia mencari mangsa.

Dalam satu kes, seorang wanita yang menjadi saksi kes rogol di Cleveland diserang suspek selepas dia dihubungi melalui Facebook oleh lelaki itu kerana menyampaikan bukti kepada pihak polis.

Di Manchester, seorang kanak-kanak lelaki diganggu fidofilia yang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya, menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis.

Seorang aktivis dari kumpulan Families Fighting for Justice, Jean Taylor menyifatkan Facebook mempunyai banyak jawapan kepada pelbagai persoalan.

"Orang menggelarkannya laman rangkaian sosial, namun ia menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sangat mudah bagi seorang fidofilia untuk memuat naik gambar mereka dan mencari mangsa. Facebook patut ditutup," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Facebook berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis bagi membawa pesalah serius ke muka pengadilan.

"Seperti juga telefon bimbit dan televisyen, Facebook adalah sebahagian daripada kehidupan kita," katanya. - AGENSI

--- UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap