Kawan-kawan

Selasa, 2 Februari 2010

Keluang Man muncul di RTM selepas 10 tahun hilang

Oleh Rosdalilah Zahari

GELAGAT lucu 'super hero' Keluang Man II bakal menemui semula peminat di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pertengahan tahun ini selepas hampir 10 tahun tidak muncul di kaca televisyen.

Walaupun pada peringkat awal siri animasi Keluang Man memperlihatkan kekurangan dari segi perkembangan watak, jalan cerita, aksi dan rekaan animasi yang ketika itu hanya menggunakan teknologi 2D, siri itu tetap berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati penonton sehingga diulang tayang di TV9 pada 2008.


Namun, kali ini Keluang Man II menampilkan pembaharuan dari segi kualiti animasi apabila pembikinannya dibuat melalui kerjasama antara KPerak Implementation and Coordination Corporation (Kperak) dan syarikat Aspati (M) Sdn Bhd (Aspati).
Melalui program Inisiatif Pembangunan Kandungan Multimedia Kreatif (CMC) kedua-dua pihak berkenaan berjaya menghidupkan kembali watak Keluang Man, watak hero pembela manusia sejagat.

Di bawah studio animasi KPerak-Aspati, sebanyak 52 episod siri animasi Keluang Man II sedang dan akan disiapkan menggunakan teknologi terbuka 3D (open source 3D) sepenuhnya bagi memberi pembaharuan menarik dalam penghasilan karakter animasi terbabit.

Pengarah Projek Animasi Projek Animasi Keluang Man II, Faharul Radzi Lon, berkata anggaran kos bagi setiap episod selama 30 minit berjumlah RM20,000 dan ia amat rendah kerana menggunakan aplikasi sistem teknologi terbuka 3D.
"Projek animasi itu membabitkan 16 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), KPerak Academy dan Kolej Komuniti Teluk Intan yang berpotensi dan diberi latihan secara intensif.

"Selain itu, beberapa watak baru seperti Abang Ben turut diwujudkan bagi menarik perhatian penonton untuk menyaksikan siri animasi 3D yang dijangka penuh kejutan berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC), Bandar Meru Raya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Terdahulu, Faharul menghadiri pelancaran produk animasi Keluang Man II dan majlis pertukaran dokumen antara KPerak dan Aspati di aras enam bangunan yang sama.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Datuk Yaacob Nordin; Pengarah Urusan Aspati, Hishamudin Mohd Amin; Pengarah Eksekutif Aspati, Kamaruzaman Jahidin dan Penyelaras Praktikal Pelajar Pusat Jaringan Universiti Industri (UIL) UUM, Dr Masudi Mahmuddin. 

--- BERITA HARIAN

1 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap