Kawan-kawan

Khamis, 21 Julai 2011

Chelsea beats M'sia 1-0 in friendly


Chelsea's Daniel Strurridge and Malaysia's Mohd Zubir Mohd Azmi battle for the ball during their friendly match at the National Stadium in Bukit Jalil on Thursday night. Chelsea won 1-0. - GLENN GUAN/The Star.

--- The Star

______________________________

21 Julai, 2011 23:32 PM

Bola Sepak: Chelsea Tewaskan Malaysia 1-0

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Chelsea menewaskan Malaysia 1-0 dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Khamis:

Separuh masa: Malaysia 0 Chelsea 0

Separuh masa kedua: Malaysia 0 Chelsea 1

Penjaring: Chelsea FC: Didier Drogbar (min-78)

MALAYSIA:

Mohd Farizal Marlias (Mohd Izham Tramizi), Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Fandi Othman), Norhafiz Zamani Misbah (Mohamad Amer Saidin), S, Subramaniam, Mohd Zubir Mohd Azmi (Mohd Affize Faisal Mamat), Shahrulnizam Mustapa (Abdul Shukor Jusoh), Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gary Steven Robbat), Joseph Kalang Tie (Syahrul Azwari Ibrahim), Hairuddin Omar, Amri Yahyah (A. Thamil Arasu).

CHELSEA FC:

Separuh masa pertama: Henrique Hilario, Branislav Ivanovic, Ryan Bertrand (Patrick Van Aanholt), Jose Bosingwa, Joshua Mc Eachran, Slobodan Rajkovic, Yossi Benayoun, Frank Lampard, Florent Malouda, Salomon Kalou, Fernando Torres.

Separuh masa kedua: Petr Cech, Paulo Ferreira, Alex, Yury Zhirkov, John Obi Mikel, Nathaniel Chalobah, Billy Clifford, Daniel Sturridge, John Terry, Nicolas Anelka, Didier Drogbar.

Pengadil: Subkhiddin Mohd Salleh

-- BERNAMA


Ahad, 17 Julai 2011

Beckham dedah gambar anak perempuan


GAMBAR David Bekham mendukung anak perempuannya yang disiarkan di laman Twitter.


LOS ANGELES - Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Isteri, Beckham, Victoria yang merupakan bekas anggota kumpulan Spice Girls mendedahkan satu gambar tersebut di laman Twitter.

Beckham kemudian menghantar gambar Victoria bersama anak perempuannya itu di laman Facebook.

Anak perempuan Beckham yang bernama Harper Seven itu dilahirkan Victoria di sebuah hospital baru-baru ini.

Dalam gambar itu, Victoria mendukung anak perempuannya itu dengan keterangan gambar: "Anak perempuan daddy."

Salah satu gambar itu juga menunjukkan Beckham mendukung anak perempuannya.

Anak perempuannya itu sudah lama dinantikan Beckham kerana dia sebelum ini mempunyai tiga anak lelaki.

Tiga anak lelakinya itu bernama Brooklyn, Romeo dan Cruz.

Anak perempuan Beckham itu dilahirkan pada 10 Julai lalu melalui pembedahan.

Selepas pembedahan itu, Victoria menghantar mesej di Twitter dengan menyatakan: "Bayi Harper merupakan bayi yang paling comel pernah saya lihat." - Agensi

----- Kosmo Online

Sabtu, 16 Julai 2011

Liverpool Atasi Malaysia 6-3


16 Julai, 2011 20:32 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu.

-- BERNAMA

Rabu, 13 Julai 2011

Iqram alergi hipokrit


SEBAGAI pelakon, Iqram merasakan perjuangannya kini adalah untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta dalam bidang seni.


AKTOR ini sedang mencipta jalannya sendiri. Daripada hanya muncul sebagai pelakon sampingan dan pembantu, kini dia sudah mendapat kepercayaan sutradara untuk tampil sebagai pelakon utama.

Iqram Dinzly sedang menentukan jalan sebagai anak seni di bawah lembayung lakonan. Kini wajahnya dapat dilihat dalam siri Dewa Cinta yang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

“Saya harap siri Dewa Cinta dapat mencipta fenomena tersendiri. Berdasarkan respons, saya lihat ia adalah sebuah fenomena selepas drama bersiri lakonan saya iaitu Ayoub,” ujar Iqram.

“Terus terang saya rasa skil lakonan saya masih perlu diperbaiki. Nasib saya baik kerana dipertemukan dengan pasangan yang bagus dalam drama dan filem. Begitu juga dengan sutradara yang ada ikatan kimia dengan saya. Saya tidak boleh berlakon dengan orang yang ‘kosong’. Saya tidak bagus, jadi perlu dipasangkan dengan orang yang bagus untuk keseimbangan lakonan,” ujarnya yang mengaku mendapat banyak respons positif impak daripada lakonannya dalam drama Dewa Cinta bersama Fasha Sandha.

FESYEN

Saya berfesyen mengikut naluri hati. Saya pentingkan keselesaan dan pastikan apa yang saya pakai adalah lain daripada yang lain. Apa yang penting adalah selesa dan apa sahaja yang berkenan di hati saya.

RASUK

Saya sangat teringin watak dirasuk kerana tidak pernah ditawarkan dengan watak sebegitu. Saya rasa karakter dirasuk sangat mencabar untuk bermain-main dengan dua personaliti. Saya pernah ‘terkena’ pada usia 18 tahun dan akan meracau-racau antara sedar dan tidak. Dalam filem Rasuk, watak Melati dilakonkan dengan jayanya oleh Fauziah Ghous. Bukan mudah untuk membawa watak yang memerlukan tenaga ekstra apabila ‘dirasuk’.

MISI

Makin lama saya rasa perjuangan saya adalah untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta dalam bidang seni. Inilah yang ingin saya capai sebagai anak seni. Saya juga berjuang untuk memberi tauladan kepada masyarakat dengan watak-watak yang saya bawa. Memberi kebaikan kepada diri sendiri dan khalayak dalam melakonkan watak-watak kehidupan.

ALERGI

Waktu saya kecil hingga tingkatan tiga, saya mempunyai alergi yang membuatkan badan saya membengkak dan gatal-gatal seperti digigit nyamuk. Alergi ini berlaku selepas waktu senja. Kini saya hanya alergi kepada aerosol dan orang hipokrit.

DISIPLIN MASA

Individu perlu bekerja dengan cekap dan bijak. Perlu ada toleransi tentang keadaan dan masa. Banyak faktor lain yang perlu difikirkan dalam soal disiplin. Perlu ada keseimbangan. Fikir tentang baik dan buruk dalam membuat sesuatu tindakan. Jangan terlalu mengikut ‘disiplin’ hingga hilang keseimbangan.

----- Kosmo Online

Kasih puntainak jelita


TOLONG AWEK AKU PONTIANAK menyampaikan perpepsi baharu kepada peminat filem seram tempatan.


KISAH cinta antara manusia biasa dengan makhluk ghaib sudah menjadi cerita rakyat sejak berzaman lamanya. Bezanya, bagaimana cinta itu bermula dan apa pula penghujungnya.

Filem Tolong Awek Aku Pontianak (TAAP) yang merupakan karya seratus peratus sutradara James Lee berkisar tentang seorang pemuda bijak, baik hati tetapi lurus bendul bernama Bob.

Bob lakonan Zahiril Adzim mahu memulakan hidup baharu setelah putus cinta dengan seorang gadis materialistik. Keputusan Bob untuk berpindah ke flat usang menemukannya dengan puntianak jelita, Maya (Sazzy Falak).

Budi pekerti Bob menarik minat Maya untuk berkawan dan menganggap Bob sebagai teman lelakinya.

Malangnya, rahsia Maya sebagai puntianak tidak bertahan lama apabila majikan Bob, Faizal (Rashidi Ishak) mengesyaki Maya adalah puntianak. Dari situ, penonton mula tertanya-tanya mengenai kesudahan cinta Bob dan Maya.

Memilih genre komedi romantik tetapi diisi dengan kisah hantu, filem ini berdiri sebagai sebuah komedi, serta sangat jujur dan segar sehinggakan tiada kesan seram dirasai.

Kemunculan muka-muka baharu, Ameerul dan Sufian sebagai rakan baik Bob adalah satu pilihan tepat yang dilakukan oleh James Lee.

Karakter ‘poyo’ Bell, Harun Salim Bachik, Yus Waisar, Jehan serta Rashidi Ishak memberi kesan humor yang menggeletek walaupun ia sengaja dipotretkan begitu.

Selain lakonan menikus Zahiril yang sangat tidak mengecewakan, Sazzy juga memberi imej baharu kepada puntianak jelita yang selama ini milik Maya Karin.

Mahalnya filem TAAP bergantung kepada pemilihan pelakonnya serta rekaan karakter yang berjaya divisualkan dengan baik.

Namun, sedikit persoalan mungkin terdetik berhubung pertentangan antara langsuir bernama Nadia (Nurul Huda) dengan adik-adiknya, puntianak Maya dan puntianak Liyana (Liyana Jasmay).

Pada akhir cerita juga, Maya membongkar rahsia bahawa dia menjadi puntianak kerana terkena sumpahan dan bertukar menjadi manusia kerana cinta sejati Bob.

Mungkin kerana filem ini mahu dihabiskan dengan pengakhiran yang menggembirakan, maka James Lee membayarnya dengan Sini Ada Ada Hantu.

Komen Suzana: Hantu juga boleh mengenal siapa yang baik dalam kalangan manusia.

----- Kosmo Online

Angelina paling mahal




ANAK-ANAK itu pembawa rezeki, mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa wanita cantik, Angelina Jolie menjadi aktres Hollywood dengan bayaran termahal.

Biarpun tidak kerap muncul di layar lebar akibat kesibukan menjaga keenam-enam orang anaknya, namun bayaran untuk Angelina masih di tangga teratas. Wanita dampingan Brad Pitt ini dikatakan memiliki pendapatan tidak kurang AS$30 juta (RM90 juta) bagi tempoh Mei 2010 hingga Mei 2011.

Salah sebuah filem yang mempamerkan versatiliti Angelina ialah filem Salt yang ditayangkan di saluran HBO malam ini.

Dalam filem arahan Phillip Noyce tersebut, Angelina membawakan watak pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) bernama Evelyn Salt yang amat cantik serta dipercayai. Namun dia menjadi buruan agensi Amerika Syarikat (AS) itu kerana dituduh pembelot. Salt difitnah sebagai pengintip Rusia yang ditugaskan untuk membunuh Presiden AS.

Ketika dalam pelarian, Salt menggunakan semua kemahiran dan pengalaman sebagai seorang ejen rahsia untuk melindungi keluarga dan mencari pengkhianat sebenar sebelum dia dibunuh dan bukti kewujudannya dimusnahkan.

Ujar Angelina, filem tersebut memberinya cabaran dalam menggambarkan bahawa karakter Evelyn Salt tidak bergantung kepada seksualiti.

“Ia sangat penting buat saya kerana saya memikirkan Salt jauh lebih baik daripada itu (seksualiti) dan dia tidak perlu mempamerkan sisi itu.

“Terdapat perbincangan tentang penambahan adegan yang mahu mempamerkan sisi glamor Salt dan kami sependapat untuk tidak melakukannya. Saya menjadi Salt yang lebih mentah dan kuat,” ujar Angelina yang bersetuju untuk memegang watak Salt kerana anak-anak perempuannya.

Walaupun tidak menang besar dalam mengaut keuntungan namun pihak Relativity Media dan Di Bonaventura Pictures yang menerbitkan filem itu akan keluar dengan sekuel Salt. Bagaimanapun Angelina dikatakan belum menandatangani kontrak untuk menjiwai semula kegigihan Salt.

Ibu kepada Maddox, 9, Pax, 7, Zahara 6, Shiloh 4, dan si kembar Knox dan Vivienne 2, ini baru sahaja muncul dengan filem Kung Fu Panda 2 yang dianggap sebagai filem paling santai yang dikerjakannya.

“Ini adalah pekerjaan paling santai di dunia. Saya dapat membawa anak-anak dan pergi kerja dengan hanya mengenakan baju tidur,” katanya yang menganggap filem animasi memang mempunyai tingkat kesulitan sendiri buat para pengisi suaranya.

Sibuk dengan jadual filem, mengulit anak-anak ke serata lokasi, wanita berusia 36 tahun ini sempat mengarahkan filem In The Land Of Blood and Honey yang secara khususnya bercerita perihal Perang Bosnia.

“Secara spesifik, filem ini tentang Perang Bosnia, tetapi juga boleh menjadi universal. Saya ingin menceritakan hubungan manusia dan tindak-tanduk mereka sangat dipengaruhi oleh peperangan,” ujar Angelina.

– SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

----- Kosmo Online

Arsenal kalahkan Malaysia 4-0


13/07/2011 10:53pm

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Malaysia tewas 0-4 kepada Arsenal dalam perlawanan persahabatan pra-musim kelab Liga Perdana England itu selepas memperolehi gol melalui sepakan penalti Aaron Ramsey, sebelum Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky melengkapkan kemenangan bergaya kelab London itu di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Utusan

Malaysia Vs Arsenal

13 Julai, 2011 15:12 PM

Polis Nasihat Peminat Bola Sepak Guna Pengangkutan Awam Ke Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Polis trafik akan mengerahkan anggotanya untuk bertugas bagi menjamin kelancaran lalu lintas di Bukit Jalil sempena perlawanan persahabatan antara pasukan Arsenal menentang pasukan pilihan Malaysia malam Rabu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata kira-kira 70 anggota trafik Kuala Lumpur akan mengawal lalu lintas mulai petang ini.



Semua jalan di sekitar Kompleks Bukit Jalil akan dikawal sehingga selesai perlawanan dan keadaan lalu lintas berjalan lancar, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai meletakkan kereta di kawasan ditetapkan dan jangan menghalang lalu lintas.

Sebaiknya peminat bola sepak menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, katanya.



Lebih 50,000 tiket perlawanan itu telah dijual setakat ini.



-- BERNAMA

Selasa, 12 Julai 2011

Mat Yo yakin bolos Arsenal


PENYERANG negara Norshahrul Idlan Talaha tidak akan mensia-siakan peluang bertemu Arsenal, esok dan tekad menggegar gawang lawannya meskipun sedia maklum kekuatan lawannya itu.

:Walaupun ketua jurulatih Datuk K Rajagobal masih belum mengumumkan senarai kesebelasan utama, namun janji Mat Yo adalah memastikan sekurang-kurangnya satu gol me-nembusi pertahanan kental The Gunners.

“Ini janji saya. Saya akan lakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang jurulatih pada saingan malam esok.

“Sekarang kami bersedia sepenuhnya berhadapan dengan pasukan Big Four EPL itu,” katanya.

Rabu ini, pasukan Harimau Malaya bakal memulakan pertarungan pertama dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum memberi tumpuan kepada aksi menentang Singapura pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir pada 1999, pasukan negara pernah meratah Arsenal 2-0, selepas pasukan sama membelasah Malaysia 2-0 pada 1975.

----- Sinar Harian Online

Isnin, 11 Julai 2011

Bolasepak: Khairul Fahmi Dalam Kesebelasan Utama Menentang Arsenal Rabu Ini


11 Julai, 2011 21:43 PM

PETALING JAYA, 11 Julai (Bernama) -- Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menentang skuad Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Sebelum ini, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali sebagai 'Apek', mengalami kecederaan setelah dirempuh pemain Lubnan ketika beraksi mewakili skuad Olimpik dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik yang mengakibatkan kecederaan bahu kanan.

"Dia kini telah sembuh dan berkemungkinan akan diturunkan Rabu ini. Ini akan menjadi medan ujian perlawanan persahabatan pertama selepas sembuh buat (Khairul) Fahmi menjelang pertemuan dengan Singapura dalam kelayakan kedua Piala Dunia nanti.

"Kesemua pemain lain juga dilihat mempamerkan aksi yang cergas. Namun, Safee Sali tidak akan beraksi menentang Arsenal nanti kerana masih dibelenggu kecederaan," kata Rajagobal kepada pemberita di sebuah hotel di sini Isnin.

Selepas menentang 'The Gunners', skuad Harimau Malaya akan menggalas cabaran menentang Liverpool pada 16 Julai sebelum bertandang ke Singapura pada 23 Julai dalam perlawanan kelayakan kedua Piala Dunia 2014 Zon Asia.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai.

Rajagobal berkata perlawanan menentang Arsenal akan digunakan sebaik-baiknya untuk memantapkan persiapan skuad Harimau Malaya sebelum bertemu pasukan negara republik itu.

"Ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukan negara. Saya percaya dengan kemampuan barisan muda negara, kita mampu memberikan aksi terbaik dan begitu juga ketika menentang Liverpool nanti.

"Apa yang penting, saya mahu anak didik saya sentiasa menumpukan fokus utama kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia dan mendapatkan pengalaman sebaik mungkin," katanya.

Rajagobal berkata skuad kebangsaan tidak akan menggunakan corak permainan defensif semata-mata sebaliknya akan menampilkan strategi baru dalam misi mencari ramuan terbaik untuk pasukannya.

"Mereka satu pasukan yang dikenali bagus. Saya lihat bermain secara defensif akan merugikan kita. Saya akan melihat apa kaedah yang terbaik sebelum menentang Arsenal," katanya.

-- BERNAMA

kredit untuk : http://e-bolasepak.blogspot.com

Ahad, 10 Julai 2011

Star bola boleh jual muka

Aidil & Zaquan (Kembar Negeri Sembilan)

Khairul Fahmi (Kelantan)

Syed Adney (Sabah)

Ramzul Zahini (Kelantan)

Helmi Eliza (Kedah)

Kalau kita tengok ramai juga star bola yang boleh jual muka. mana la tahu ada agensi iklan yang berminat untuk ambil mereka sebagai duta produk. Kalau di Luar negara memang ramai pemain bola yang berjaya di padang, juga berjaya menjual muka sebagai duta produk.

Kat atas tu beberapa muka yang boleh dikatakan boleh tahan juga la.

Wajah getah Jim Carrey




KALAU hendak memperkatakan tentang aktor yang seorang ini, memang tiada lain yang menjadi perhatian selain kepakarannya menghasilkan pelbagai ekspresi.

Maka itu, tidak hairanlah apabila Jim Carrey dilabelkan sebagai rubber face atau wajah getah oleh pihak media dan peminat di Hollywood sejak sekian lama.

Jim yang cukup popular dengan filem-filem komedi baru sahaja muncul dengan filem terbarunya, Mr. Popper’s Penguins yang kini ditayangkan di pawagam.

Lihatlah sahaja gelagat Jim seperti mana yang dirakamkan oleh jurufoto AP, MATT SAYLES sewaktu aktor komedi itu menerima anugerah Pelakon Lelaki Paling Lucu pada Anugerah Spike TV Guys Choice di California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

----- Utusan Malaysia Online

Indra Putra cerai guna SMS


Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my

IPOH: “Saya sedih kerana kelibatnya langsung tidak kelihatan ketika anak bongsu kami dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini baru-baru ini kerana paru-parunya dijangkiti kuman,” kata Norliaton Murni Zainal Abidin, 31, janda kepada bekas penyerang skuad kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin.

Norliaton berkata demikian selepas memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Selain tuntutan nafkah mutaah dan edah, Norliaton turut memfailkan hak penjagaan tiga anak berusia antara lapan tahun dan dua bulan kerana mendakwa Indra Putra, 30, yang kini menjadi penyerang utama pasukan T Team, gagal memberikan nafkah serta mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Norliaton memfailkan sendiri permohonan itu tanpa diwakili peguam dan hadir ke mahkamah, semalam ditemani bapanya. Sebelum ini, mahkamah sama turut mengesahkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2003, sudah bercerai talak satu pada 18 Mei lalu.

Indra Putra didakwa melafazkan cerai menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ketika Norliaton dalam tempoh berpantang anak ketiga, Alya Nur Zalia yang baru berusia dua bulan pada 27 April lalu.

Norliaton yang juga seorang suri rumah berkata, kali terakhir Indra Putra pulang menjenguk mereka Aidilfitri.

“Sejak itu dia sukar dihubungi sehinggalah saya menerima SMS dia ‘melepaskan’ saya pada penghujung bulan lalu.

“Saya berharap kami dapat menyelesaikan perkara ini secara baik. Jadi saya minta dia jangan abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hormatilah kami yang menjadi sebahagian daripada hidupnya,” katanya.

Bagaimanapun Indra Putra yang muncul wira T Team dengan menjaringkan gol kemenangan untuk menewaskan Kelantan 2-1 sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super malam kelmarin, tidak kelihatan sepanjang prosiding terbabit.

Norliaton berkata biarpun sedih terutama dengan tindakan Indra Putra tidak menjenguk anak-anaknya, dia reda menerima perpisahan itu.

Selain Alya Nur Zalia, Indra Putra turut mempunyai dua anak lelaki, Airul Putra, 8, dan Ady Ilhan Putra, 5, hasil perkongsian hidup mereka selama lapan tahun

----- Harian Metro Online

Bersatu selepas 17 tahun


BAHAGIA Eman Manan di samping empat 'isteri'yang turut sama membintangi drama bersiri Tahajjud Cinta iaitu (dari kiri) Melissa Saila, Erma Fatima, Ziela Jalil dan Dira Abu Zahar.


BUKAN mudah sebenarnya sutradara wanita handalan ini untuk memujuk seniman yang seorang ini membintangi karya terbarunya, Tahajjud Cinta.

Sebagai seorang yang cukup senior dalam bidang seni, Erma Fatima sudah masak dengan sikap Eman Manan yang terkenal sebagai seorang yang begitu selektif dalam memilih watak dan jalan cerita.

Dalam erti kata lain, jangan mimpi untuk mendapatkan Eman membintangi sesuatu filem mahupun drama seandainya ia tidak menepati piawaian Eman sendiri.

Berpegang kepada prinsip berpantang mati sebelum ajal, Erma mengatur pertemuan demi pertemuan bersama Eman untuk berbincang tentang Tahajjud Cinta.

Jauh di benak Erma, tiada pelakon yang lebih layak daripada Eman untuk membawakan watak Ustaz Shauki walaupun aktor itu mencadangkan beberapa nama kepadanya.

Ini kerana Erma mahukan seorang aktor yang pandai mengaji al-Quran dan demi menjaga kualiti Tahajjud Cinta, Erma mahu mengelakkan daripada menggunakan suara orang lain untuk adegan mengaji.

"Bukan sehari dua untuk mendapatkan jawapan positif Eman. Saya perlu menerangkan secara terperinci tentang kisah Tahajjud Cinta dan watak Ustaz Shauki itu sendiri.

"Setiap apa yang dibentangkan kepadanya itu harus ada jawapan yang kukuh agar dia berasa yakin untuk menerima tawaran itu.

"Akhirnya, doa saya dimakbulkan apabila Eman bersetuju untuk membintangi Tahajjud Cinta," cerita Erma penuh bersungguh sewaktu ditemui di lokasi penggambaran drama tersebut di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Selain Eman, drama terbitan Rumah Karya Cipta itu turut dibintangi pelakon popular lain seperti Fouziah Gous, Remy Ishak, Nur Fazura, Neelofa, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta kemunculan istimewa Tan Sri Jins Shamsudin.

Menariknya tentang Tahajjud Cinta apabila ia menggabungkan empat pelakon wanita yang memegang watak isteri-isteri Ustaz Shauki iaitu Erma sebagai Hamani, Ziela Jalil (Qadirah), Melissa Saila (Sharifah) dan Dira Abu Zahar (Umairah).

Bagi pemilik nama penuh Fatimah Rahmad ini lagi, dia benar-benar bersyukur apabila berjaya mendapatkan aktor hebat itu untuk Tahajjud Cinta.

Mana tidaknya. Sebelum ini, Eman dan Erma hanya pernah berlakon bersama menerusi filem Syahadat dan Bintang Malam (1992) serta Puteri (1987).

Namun, kali terakhir mereka digandingkan adalah menerusi filem Femina arahan Aziz M. Osman pada tahun 1994. Kalau dihitung, selepas 17 tahun lamanya, barulah Erma dan Eman disatukan kembali di dalam seluloid.

Tetapi, untuk Tahajjud Cinta, senario itu telah bertukar apabila Erma pula yang mengarahkan Eman dalam drama yang menggabungkan ramai bintang popular itu.

"Memang sudah lama saya mengimpikan Eman untuk berlakon dalam drama arahan saya tetapi ia tidak kesampaian. Lalu, apabila dia berlakon dalam Tahajjud Cinta, ia ibarat mimpi bertukar realiti.

"Apa yang membuatkan saya kagum dengan Eman ialah disiplinnya itu masih kekal sehingga ke hari ini. Tidak pernah sedikit pun berubah selama mana saya mengenalinya.

"Seharusnya pelakon baru mengambil contoh daripada sikap positif Eman itu jika mahu terus kekal lama dalam industri dan berjaya sepertinya. Jujur saya katakan, tidak semua pelakon baru memiliki sikap seperti Eman itu," kata Erma yang memulakan karier sebagai pengarah menerusi filem Jimi Asmara pada tahun 1995.

----- Utusan Malaysia Online

Taruhan terbaru James Lee


SALAH satu adegan lucu dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak.


SELEPAS kejayaan dua filem arahannya iaitu Histeria (2008) dan Sini Ada Hantu yang ditayangkan pada Februari lalu, James Lee kini bersedia untuk menggegarkan pawagam dengan sebuah lagi karya terbarunya.

Masih lagi bekerjasama dengan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) untuk kali ketiga, filem yang diberi judul Tolong! Awek Aku Pontianak (TAAP) menyaksikan James masih lagi selesa bermain dengan genre seram seperti mana dua filem terdahulunya.

Jika Histeria dikategorikan sebagai filem seram hard core dan Sini Ada Hantu pula berada dalam kelompok genre seram komedi, namun TAAP berada dalam landasan yang berbeza.

Kali ini, James menampilkan pembaharuan dengan menyuntik elemen komedi romantik yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Walaupun sudah dikategorikan sebagai salah seorang pengarah handalan negara tetapi bagi James, cabarannya tetap ada apabila dia mengarahkan TAAP.

"Ada sebab mengapa saya menghasilkan dan mengarahkan TAAP. Pertamanya, saya mahu mencuba genre baru yang belum pernah saya terokai sebelum ini.

"Jika diperhatikan kepada filem-filem arahan saya sebelum ini, semuanya bercorak drama dan bermula dengan Histeria, barulah saya berani meneroka genre seram.

"Untuk TAAP, ia bukanlah sebuah filem seram seperti Histeria dan Sini Ada Hantu. Tetapi ia lebih kepada romantik komedi yang bagi saya bukan mudah untuk dihasilkan.

"Tidak mahu berada di takuk yang sama, saya memberanikan diri dengan menghasilkan filem romantik komedi pertama saya ini," kata James sewaktu ditanya tentang rasionalnya menghasilkan TAAP.

James atau nama sebenarnya Lee Thim Heng ditemui pada sidang akhbar usai majlis prebiu filem TAAP yang diadakan di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir barisan pelakon filem tersebut termasuklah Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Syanie dan Harun Salim Bachik.

Berbicara lanjut, James yang mula mengarahkan filem pertamanya, Ah Beng Returns pada tahun 2001 memberitahu, selain mahu mencuba genre baru, dia juga begitu teringin untuk berkerjasama dengan Zahiril.

Malah, dia sendiri mahu mencabar aktor muda yang semakin mendapat perhatian ramai itu dengan memberikannya watak komedi yang jarang sekali dipertontonkan kepada khalayak.

"Kalau diperhatikan sebelum ini, kebanyakan watak yang diberikan kepada Zahiril adalah yang bercorak berat dan serius.

"Jadi, menerusi TAAP ini, saya mahu mempamerkan sisi berbeza Zahiril dengan watak komedi ini. Saya puas hati dan bangga kerana dia berjaya memberikan lakonan seperti mana yang saya harapkan.

"Malah, sewaktu saya menghasilkan skrip TAAP, saya sudah membayangkan Zahiril membawakan watak Bob," katanya sambil memandang ke arah Zahiril yang berada di sebelahnya.

Menyentuh tentang idea filem TAAP pula, James menjelaskan dia mahu memberikan penghormatan kepada filem-filem seram klasik Melayu.

Lalu, apabila menonton filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid, dia begitu kagum dengan penghasilan filem itu terutama pada pengakhiran ceritanya yang mencetuskan idea tersebut.

"Bukan itu sahaja, pengaruh filem ini juga datangnya daripada filem Shaun of the Dead apabila membabitkan watak antara Bob dan sahabatnya, Pian lakonan Sufian Mohamed.

"Dengan pengaruh daripada dua buah filem ini, saya menghasilkan TAAP dengan acuan dan rentak saya sendiri.

"Sebagai pembikin filem, saya mengharapkan filem ini akan dapat meneruskan kesinambungan kejayaan Histeria dan Sini Ada Hantu.

"Walaupun terpaksa bersaing dengan filem blockbuster dari Hollywood, saya yakin dengan kemampuan filem ini dalam menarik perhatian audiens tempatan yang mahu mencari santapan baru," jelas James yang pernah diiktiraf dengan trofi Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-22 menerusi filem Histeria pada tahun 2009.

Mengulas sedikit tentang TAAP, James berjaya menggeletek audiens dengan cara yang cukup 'mahal' dan eksklusif. Tidak keterlaluan dikatakan, filem terbarunya ini merupakan salah sebuah filem romantik komedi yang pernah dihasilkan sepanjang tahun ini.

Bukan seperti filem romantik komedi yang klise dan murahan seperti mana yang sudah dilambakkan sebelum ini, TAAP berada dalam liga tersendiri tanpa perlu memaksa penonton ketawa.

Walaupun permulaan ceritanya sedikit perlahan, tetapi momentum TAAP mula meningkat dan seterusnya ditamatkan dengan sempurna sekali.

Begitu juga dengan barisan pelakonnya yang memberikan lakonan cemerlang waima sekecil mana pun watak yang dijayakan.

Kali pertama digandingkan, Zahiril dan Sazzy membuktikan mereka mempunyai keserasian untuk terus disatukan di layar perak selepas ini.

Malah, watak Harun Salim Bachik yang memegang watak sebagai penghalau hantu bernama Aaron Slam Bach begitu berkesan walaupun kehadirannya hanya seketika.

Rashidi Ishak juga tidak terkecuali. Dengan gaya lakonan dan imejnya sebagai lelaki buaya darat bernama Faizal berjaya ditangani dengan baik.

Buat pencinta filem tempatan, pastikan anda tidak ketinggalan menonton TAAP yang mula ditayangkan sejak semalam (7 Julai).

----- Utusan Malaysia Online

Peminat Harry Potter berkampung


Peminat Harry Potter berkumpul untuk menyaksikan tayangan perdana sekuel terakhir filem Harry Potter and The Deathly Hallows - Part 2 di tengah London, kelmarin. - AFP


LONDON 7 Julai - Peminat filem Harry Potter di negara ini akan berkampung di Dataran Trafalgar, sebelum tayangan perdana terakhir filem epik luar biasa itu.

Peminat setia dari Amerika Syarikat, Sweden dan Mexico akan bermalam bersama ulat buku dari Britain sebelum tayangan perdana filem penuh aksi Harry Potter and the Deathly Hallows Bahagian 2, yang merupakan sekuel terakhir.

Kebanyakan peminat telah berkhemah di sana selama enam hari kerana tidak mahu terlepas melihat pelakon kesayangan mereka berjalan di atas permaidani merah.

Daniel Radcliffe yang memegang watak sebagai Harry Potter, Emma Watson sebagai Hermione Granger dan Rupert Grint sebagai Ron Weasley hadir pada tayangan perdana tersebut.

Ketiga-tiga pelakon itu memperolehi kekayaan melalui penglibatan mereka dalam kesemua sekuel filem tersebut, namun terpaksa melupakan tongkat sakti dan sekolah magis Hogwarts selepas ini.

Grint berkata, semasa hari terakhir penggambaran filem tersebut, kesemua pelakon terlalu beremosi.

"Kami semua menangis kerana menyedari ini adalah babak terakhir setelah 10 tahun berlakon bersama dalam filem ini dan selepas ini kami tidak akan kembali (berlakon dalam filem Harry Potter) lagi", katanya kepada pemberita.

Filem tersebut akan ditayangkan di Britain dan Amerika Syarikat pada 15 Julai ini dan merupakan filem Harry Potter pertama ditayangkan dalam versi 3D.

Filem Potter pertama ditayangkan pada 2001 dan hasil kutipan ketujuh-tujuh sekuel filem tersebut berjumlah AS$6.4 bilion (RM19.3 bilion). - AFP

----- Utusan Malaysia Online

Sabtu, 9 Julai 2011

KAFA Janji Imbuhan Lumayan Buat Pemain Kelantan

09 Julai, 2011 11:23 AM

KOTA BAHARU, 9 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjanji akan memberi imbuhan menarik buat pemain Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala Liga Super buat pertama kalinya.

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun persatuan itu belum dapat memutuskan jumlah keseluruhan imbuhan itu namun akan tetap mengagihkan wang tunai berjumlah RM500,000 hasil juara Liga Super kepada semua pemainnya.

"Kafa akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan bentuk imbuhan yang bakal diberikan kepada pemain," katanya selepas menghadiri sambutan perarakan membawa pulang Piala Liga Super di sini, malam tadi.

Lebih 10,000 penyokong The Red Warriors menyambut ketibaan pemain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan berarak sehingga ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Annuar yakin kemenangan menjadi juara liga itu akan membangkitkan lagi semangat pemain Kelantan yang akan beraksi pada saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

"The Red Warriors telah berjaya mengangkat mutu bola sepak Kelantan ke tahap terbaiknya dan saya bangga dengan apa yang dilakukan pemain," katanya.

-- BERNAMA

Lawak Jenaka Pak Pandir : Kelambu Pak Pandir


Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.

Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk.

Rabu, 6 Julai 2011

Liga Super 2011 Milik Kelantan

Kelantan Juara Liga Malaysia 2011

Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Sabah dengan jaringan dia gol berbalas satu sekaligus melayakkan gergasi pantai timur tersebut dinobatkan sebagai Juara Liga Malaysia 2011.

Kedua-dua jaringan Kelantan dijaringkan oleh pemain paling bernilai 2010, Norshahrul Idlan Talaha.

Sabah 1 - 2 Kelantan




Sumber : Blog Bola Sepak
URL : http://e-bolasepak.blogspot.com/

Selasa, 5 Julai 2011

Fasha jadi penyanyi dalam Dewa Cinta


PROFESIONAL. Walaupun dikatakan mempunyai sedikit konflik antara satu sama lain, namun Fasha Sandha dan Iqram Dinzly tetap dapat menjayakan karakter sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri Dewa Cinta dengan baik.


AKTRES Fasha Sandha yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila bersengketa dengan pasangannya dalam drama Dewa Cinta, aktor Iqram Dinzly, apabila aktor itu dikatakan lewat datang ke lokasi penggambaran telah berusaha keras belajar bermain gitar demi wataknya dalam drama terkini tersebut. Drama sebanyak 24 episod yang menghiasi slot Akasia di TV3 itu memerlukan Fasha belajar asas bermain gitar kerana wataknya sebagai June seorang pemuzik dan penyanyi di pub.

“Watak dalam drama ini sangat berbeza dengan watak yang pernah saya bawakan sebelum ini dan juga diri saya sendiri. “Ini kerana hakikat sebenarnya saya tidak pandai bermain gitar, tetapi demi memberikan lakonan yang berkesan selama sebulan lebih saya belajar main gitar. “Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh memetik gitar secara asas. Kiranya, kalau saya main gitar, bolehlah dengar muziknya tetapi saya masih dalam peringkat belajar. Saya seronok kerana dapat mempelajari perkara yang baharu sepanjang menjalani penggambaran drama Dewa Cinta,” kata Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Restoren Bora Ombak, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun dirinya tidak pernah surut dihambat kontroversi dan kemunculan pelakon baharu yang ramai, Fasha tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk drama terbitan mereka. Kini, wajah Fasha antara wajah aktres yang paling kerap ditonton di kaca televisyen. Bersyukur dengan rezeki yang diterimanya, Fasha meluahkan rasa terharunya kerana dirinya masih menjadi pilihan. “Memang saya penat kerana sibuk bekerja tetapi saya tidak sampai hati untuk menolak tawaran drama yang bagus kerana kalau ikutkan ramai pelakon baharu yang muncul setiap hari. “Saingan bertambah sengit, tetapi penerbit dan pengarah masih memilih saya. Saya berterima kasih atas sokongan semua, sebab itu saya selesa berlakon drama, tambahan drama bersiri memberi pulangan lumayan,” ujarnya tidak berselindung.

Iqram yang menjadi pasangan Fasha dalam drama ini mengakui dia mempunyai masa yang seronok sepanjang berlakon drama ini walaupun pernah berperang sebentar dengan Fasha. Katanya, selepas kontroversi itu, hubungannya dengan Fasha kembali pulih seperti biasa. Malah, ketika majlis pelancaran, Fasha dan Iqram masing-masing dilihat profesional dan menjiwai watak mereka sewaktu diminta untuk bergambar bersama.

Sambung Iqram mengenai wataknya dalam Dewa Cinta: “Watak Iqbal lebih kurang sama dengan diri saya. Masih tak kahwin-kahwin dan sedang mencari. Pada usia 29 tahun, Iqbal masih tidak fikir pasal kahwin tetapi bila berjumpa dengan June, Iqbal mula menagih cinta wanita tersebut.”

Drama Dewa Cinta yang diarahkan oleh pengarah, Haris Fadzillah itu telah mula disiarkan pada 20 Jun lalu di Slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam. Dewa Cinta mengisahkan tentang Iqbal (Iqram Dinzly) yang dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh keluarga angkatnya, Norhan (Hafizuddin) dan Rohaya (Aida Khalida). Memori hitam pada zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandung yang sangat garang dan tegas terhadapnya selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal mula memberontak dan selesa menyembunyikan sikap panas barannya sebalik penampilannya yang elite. Selain Iqram dan Fasha, drama ini turut dibintangi oleh pelakon, Aida Khalida, Nabila Huda, Lana Nordin, Bkay Nair, Hafizuddin dan penampilan istimewa, penyanyi, Black.

----- Kosmo Online

Popular di layar kaca

Mia Sara Nasuha

KAMAL, Intan dan Fizo berjaya melakar nama dalam dunia seni tanah air dengan cara masing-masing.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tidak semua pelakon mampu mencipta nama seterusnya mempunyai peminat yang ramai dalam industri hiburan.

Ada sesetengahnya berjaya mencipta nama dengan sekali berlakon sahaja manakala ada sesetengahnya pula terpaksa bekerja keras untuk dikenali dan diterima peminat.

Bagi Kamal Adli, Intan Ladyana, Mia Sara Nasuha dan Fizo Omar, kehadiran mereka boleh dikatakan melalui tuah. Sebabnya, mereka tidak perlu mengambil masa yang lama menapak dalam industri hiburan untuk dikenali.

Mereka muda, kacak, cantik dan comel. Bakat yang ada masih lagi boleh digilap untuk memberikan lakonan yang lebih berkesan.

Mungkin tuah yang mereka kecapi adalah melalui pakej yang diperoleh atau mungkin tuah yang mereka peroleh melalui tawaran-tawaran drama atau filem yang dijayakan mereka.

Biarpun nama mereka tidak sehebat Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan sebagainya, kehadiran mereka mampu memberi impak kepada sebilangan besar peminat industri hiburan.

Mia misalnya terkenal selepas berlakon dalam drama Adamaya manakala Kamal terkenal melalui drama Bionik.

Intan pula terkenal melalui filem dan drama Adnan Sempit, sementara Fizo pula terkenal selepas berlakon dalam drama Siti Kelembai.

Mia seronok berlakon

Bagi Mia Sara Nasuha, 5, wajah yang comel dan kepetahannya bertutur menjadi platform buat dirinya diterima sekali gus diminati semua peringkat.

Drama Adamaya di TV3 sememangnya meledakkan nama Mia di persada seni tempatan. Telatah Mia ketika berlakon di samping Lisa Surihani dan Syed Hussein Syed Mustafa dalam drama itu menjadikan dirinya rebutan penerbit-penerbit.

Biarpun dikatakan kaku ketika berlakon, Mia tetap mendapat tawaran demi tawaran berlakon iklan, drama dan terkini filem.

Malah, filem lakonan yang dijayakannya bukan calang-calang apabila pengarah naskhah Nur Kasih, Kabir Bhatia menawarkan Mia watak Maryam iaitu anak kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz dan Aliya lakonan Ayu Raudhah.

Bukan itu sahaja, Mia juga dikatakan sekali lagi bergandingan dengan Lisa dan Shaheizy Sam untuk filem terbaru terbitan MIG Productions.

“Saya sendiri tidak sangka kemasukan Mia ke dalam industri seni diterima seperti hari ini. Memang pada mulanya saya hanya mengalakkan Mia berlakon iklan sahaja. Kebetulan, anak saudara jiran terlibat dengan produksi drama menyarankan saya untuk bawa Mia pergi uji bakat drama Adamaya.

“Pada mulanya saya tolak sebab faham penggambaran drama selalunya memakan masa yang lama dan bimbang Mia kepenatan. Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya dan Mia pergi ke uji bakat itu dan tidak sangka Mia berjaya,” kata bapa Mia yang juga merangkap pengurusnya, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh.

Begitupun, Ridhuan nekad tidak mahu Mia meneruskan lakonan selepas tamat menjalani penggambaran Adamaya. Naluri kebapaannya berasa kasihan melihat anak nya itu yang kepenatan.

Sebaliknya, Mia pula tidak kisah dan cukup seronok dengan apa yang dilakukannya (berlakon drama). Ridhuan juga melihat kehadiran Mia dalam industri lakonan memberikan impak di hati masyarakat.

“Memang selepas penggambaran Adamaya saya nekad untuk tidak membenarkan Mia terlibat dalam lakonan. Tetapi, selepas tengok Mia seronok dan penerimaan orang ramai terhadapnya juga begitu ramai saya terfikir semula.

“Peminatnya juga sanggup membuka akaun Facebook untuk Mia dan dia mempunyai hampir ratusan ribu peminat. Bayaran yang diterima untuk lakonan Mia juga mampu menyara kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Saat ditanya sendiri kepada Mia mengenai penglibatannya dalam bidang lakonan, dia mengaku cukup seronok.

Walaupun sibuk berlakon, Ridhuan sentiasa memastikan Mia mendapat pendidikan sewajarnya.

“Setiap malam seorang tutor akan datang ajar Mia di rumah manakala di sebelah siangnya pula, Mia akan dihantar ke sekolah Islamic Montessori di Kota Damansara,” katanya yang begitu selektif dalam membuat pemilihan watak untuk Mia.

Kamal suka karakter berbeza

Selepas menjadi juara pertandingan Hero Remaja 2008, Kamal Adli terus mengorak langkah menerima tawaran berlakon drama futuristik Bionik.

Membawakan watak sebagai Nik, seorang pemuda yang terjebak dalam kemalangan dan akhirnya dibangkitkan semula dengan ciri-ciri robotik, keberkesanan lakonan dan juga ketampanan wajah Kamal menjadikannya dikenali dan disukai peminat.

Selepas itu, wajah Kamal sering menghiasi slot-slot drama di stesen-stesen televisyen.

Antara drama dan filem lakonan Kamal ialah Impian Illyana Sunsilk, Renjis 2 dan Kembar Siang.

Bagi diri Kamal, kehadirannya sebagai pelakon tidak dirancang. Bekas pelajar Akademi TV3 itu pada mulanya ingin menceburi bidang pengacaraan.

“Sasaran sebenar saya sebenarnya untuk melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Tetapi tidak sangka terjebak di dalam bidang lakonan.

“Bila sudah berlakon barulah sedar yang saya mempunyai bakat,” katanya yang akan menjayakan sesebuah drama atau filem sahaja sebelum menerima projek yang seterusnya.

Pelakon dari Pekan, Pahang itu juga memberitahu, suka menjayakan watak yang berbeza agar penonton tidak mudah bosan dengan lakonannya.

Katanya, dia berharap sangat jika dirinya diberi kepercayaan membawakan watak gangster kerana watak tersebut masih belum dicubanya.

“Saya suka melakonkan watak yang pelbagai dan berbeza. Saya tidak mahu dilabelkan stereotaip. Kalau mempunyai peluang saya teringin melakonkan watak gangster,” katanya yang baharu sahaja selesai menjalani pengambaran filem PE3 di samping pelakon Farid Kamil dan filem muzikal Aku Ada Kau Ada di samping Shaheizy Sam.


KAMAL dan Intan masih tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa ini.

Selain itu, Kamal yang juga merupakan kekasih pelakon cantik Intan Ladyana itu juga baru sahaja selesai menjayakan penggambaran drama Ana Lul’lu di samping Nora Danish dan Cat Farish.

Intan belum ingin kahwin

Umum sudah mengetahui hubungan Intan dengan Kamal yang sudah terjalin lebih dua tahun. Keluarga keduanya juga tahu dan merestui hubungan kedua-dua selebriti tersebut.

Namun, menjadi persoalan kenapa Intan dan Kamal masih lagi tiada perancangan untuk berkahwin. Saat diajukan soalan buat pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahya, dia memberitahu, tidak mahu ada paksaan dalam hubungan.

Pelakon utama Adnan Sempit itu juga tidak mahu mememikirkan dan tidak meletakkan sasaran bila dia akan berkahwin.

“Saya tidak mahu fikir lagi tentang kahwin. Lagipun saya tidak meletakkan sasaran tertentu bila saya akan berkahwin. Jadi, saya tidak tertekan.

“Kamal pun sama juga. Fokus utama saya buat masa ini hanyalah lakonan. Insya-Allah, bila sudah kumpul aset dan sudah sampai seru saya akan berkahwin,” katanya popular melalui drama Bionik di samping Kamal dan Sutera Maya di TV3 di samping Fasha Sandha.

Saat ditanya mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan, Intan bersyukur kerana tawaran lakonan sentiasa ada.

“Intan masih lagi terikat selama dua tahun di bawah MIG dan akan turun ke lokasi pengambaran filem Adnan Sempit 2 awal Jun ini,” katanya yang juga merupakan pengacara program Chopp! di TV9

Mengulas mengenai filem Adnan Sempit 2, kata Intan, cerita itu masih mengekalkan pelakon yang sama dan ia merupakan kesinambungan filem Adnan Sempit.

Bezanya, cuma jalan cerita lebih menarik di mana Sam akan menguruskan urusan pejabat manakala Intan pula menguruskan urusan rumah tangga.

Fizo lima filem setahun

Fizo kini meletakkan sasaran untuk berlakon lima buah filem dalam masa setahun. Bukan cakap kosong tetapi niat yang akan dicapai melalui kesungguhan.

Buat masa ini, pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar itu sudah menjayakan tiga buah filem iaitu filem Kongsi, Halimunan dan Hello.

Fizo juga sanggup menolak tawaran drama bagi menjayakan misinya itu.

“Kalau boleh saya mahu berlakon sebanyak lima buah filem sebelum hujung tahun ini. Saya terpaksa tolak tawaran drama disebabkan kekangan masa.

“Buat masa ini saya bukan sahaja fokus berlakon filem tetapi juga sedang sibuk dalam bidang pengacaraan dan juga sedang sibuk menghasilkan sebuah buku masakan ala Thai,” katanya yang mencipta nama dalam bidang lakonan menerusi drama Puteri Salju dan Siti Kelembai di TV3.

Mengulas mengenai buku masakan yang dijangka terbit dua bulan lagi itu, kesemua resipi yang terdapat di dalamnya merupakan resepi masakan Thailand.

Katanya, resipi-resipi tersebut semuanya daripada ibunya, Hasnah Jidin, 51, yang sememangnya berasal dari Thailand.

Saat ditebak dengan soalan mengenai teman istimewa, Fizo yang juga merancang membuka sebuah restoran pada tahun depan itu mengaku masih tidak punya teman istimewa.

Menyentuh mengenai kriteria wanita idamannya, katanya, wanita itu seharusnya mempunyai pendidikan, ada pegangan agama dan bekerjaya.

----- Kosmo Online

Konflik Aishwarya Rai


PENGGAMBARAN filem arahan Madhur Bhandarkar, Heroine telah ditangguhkan kerana heroin filem itu, Aishwarya Rai dilaporkan hamil.

Justeru apabila aktres berusia 37 tahun itu tidak dapat meneruskan penggambaran seperti biasa, nama Priyanka Chopra telah disebut-sebut sebagai pengganti Aishwarya.

Priyanka bagaimanapun dengan tegas menafikan dakwaan tersebut.

Aktres tersebut menulis di Twitter miliknya: "Telah membaca artikel bodoh mengenai saya mahu berlakon dalam filem Heroine. Madhur adalah pengarah hebat dan memang hebat sekiranya dapat bekerja dengannya tetapi bukan untuk filem ini! Selamat berjaya kepadanya dan Aishwarya untuk filem tersebut,

"Saya juga berharap wartawan melakukan kerja kewartawanan yang sebenar, bukannya menulis skrip saya dan menentukan filem saya yang seterusnya!!!"

Malah penafian tersebut disokong oleh penerbit filem tersebut, UTV.

"Tiada yang lebih penting melainkan kandungan Aishwarya serta kesihatannya," kata produser UTV.

Kami semua telah bersetuju untuk menangguhkan penggambaran daripada meneruskannya memandangkan ia melibatkan jadual yang padat untuk bulan-bulan yang akan datang," katanya.

Bagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan Ash tidak gembira dengan cara pengarah, Madhur Bhandarkar menerima berita kehamilannya. Menurut sumber, Aishwarya sangat terkejut dengan sikap Madhur.

"Dia mengandung, bukannya sakit atau terlantar di katil, dan dia mampu meneruskan rakaman. Hanya ada satu babak dalam filem tersebut yang memerlukan dia berlari dan dia telah melakukan babak berkenaan.

"Madhur hanya mementingkan filem tersebut berbanding mengucapkan tahniah kepada Ash. Ash memberitahu dia akan selesai menjalani penggambaran pada hujung Julai tetapi mereka merasakan dia akan kelihatan gemuk dan tidak cantik," kata sumber itu.

----- Kosmo Online

Shah Rukh Khan tak suka sibuk

DIA merupakan seorang daripada bintang yang sibuk di Bollywood, jadi tidak hairanlah jika Shahrukh Khan suka apabila dia tidak melakukan apa-apa!

"Sedang dalam mood untuk tidak berbuat apa-apa. Kadang kala resah....tiada tujuan... tiada kerja menjadikan ia pengalaman yang benar-benar memuaskan," katanya di laman Twitter miliknya.

"Ada satu peribahasa Urdu...jo kuch nahi karte woh kamaal karte hain (mereka yang tidak berbuat apa-apa akan melakukan keajaiban)... saya kini berada di London tidak berbuat apa-apa," tambahnya lagi di dalam satu status Twitternya yang lain pula.

Baru-baru ini, aktor tersebut sibuk merakamkan babak-babak terakhir filem bajet besarnya RA.One, dan pada minggu lepas, dia telah mengujakan peminatnya dengan menghadiri Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) yang diadakan dengan gilang-gemilang di Toronto, Kanada.

Namun kini, aktor tersebut begitu gembira kerana mempunyai masa rehat selepas sibuk dengan pelbagai agenda.

----- Kosmo Online

Cinta lokasi Shia, Megan




BIARPUN sudah tidak lagi bersama dalam siri filem Transformers, namun pelakon Shia LaBeouf telah membuat pendedahan mengejut apabila secara jujur mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Megan Fox. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi majalah terkenal Details, Shia menyatakan hubungan cinta tersebut terjalin ketika hubungan Megan dan kekasihnya Austin Green yang kini suaminya mengalami masalah.

"Memang ia adalah sebuah cinta lokasi kerana kami sentiasa bersama selama enam bulan ketika menjalani penggambaran filem Transformers. Namun, ianya berakhir setelah tamat penggambaran.

"Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya boleh jatuh cinta dengannya ketika itu. Namun, disebabkan itu juga penonton dapat melihat keserasian kami berdua menerusi filem tersebut," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui Megan masih lagi kekasih Austin atau sebaliknya ketika mereka menjalinkan hubungan percintaan, Shia mengatakan dia tidak ambil tahu mengenainya.

----- Kosmo Online

Fouziah Gous bukan ratu air mata

Kehadiran pelakon baru di dalam industri sejak akhir-akhir ini tidak sedikit pun menjejaskan aktres Fouziah Gous di dalam industri.

Malah Fouziah juga semakin mendapat tempat di mata pengarah serta penerbit drama mahupun filem tanah air.

Bagi Fouziah, dia bersyukur kerana masih mendapat tempat dan tawaran silih berganti biarpun dengan kehadiran pelakon baru. Namun sedikit bimbang kerana kebanyakan tawaran diterima tidak banyak beza dengan watak pernah di bawa sebelum ini.

“Buat masa ini tawaran diterima bagi saya agak berat kerana saya perlu bermain dengan emosi kuat. Malah dari drama Trilogi Cinta sehinggalah ke Tahajjud Cinta watak saya sentiasa memerlukan saya menangis.

“Malah ada tawaran dihulurkan pada saya juga memerlukan saya bersiap sedia untuk bermain dengan emosi. Jika dulu saya memang idam-idamkan watak sebegini tapi kini saya mula bimbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun bimbang, Fouziah menjelaskan pengarah dan penonton lebih gemar dia membawakan watak yang sebegitu.

“Dulu ketika saya banyak membawakan watak komedi, peminat meminta saya membawa watak lebih serius, tapi kini peminat mahu saya membawakan watak lain pula,” katanya.

Namun meskipun kebanyakan drama memerlukan dia menangis, pembawaan dari segi watak dan perwatakan jauh berbeza.

“Bagi drama Trilogi Cinta watak saya adalah gadis kampung, sedikit kebudak-budakan dan hanya belajar setakat sekolah menengah. Tetapi di dalam Tahajjud Cinta saya adalah seorang wanita berpendidikan di luar negara namun terperangkap dalam perkahwinan yang bukan kehendaknya.

“Malah dalam Tahajjud Cinta saya banyak bermain dengan emosi melalui mata kerana saya berpurdah dan ia memberi cabaran besar buat saya,” katanya.



Cabaran

Tahajjud Cinta



Bercerita mengenai drama terbarunya ini Fouziah berkata pelbagai cabaran harus dilalui kerana dia perlu bermain dengan emosi dan berpurdah.

“Saya akui agak penat dan tertekan sepanjang membawa watak Seri yang tertekan kerana perjuangan tidak kesampaian dan dipaksa berkahwin dengan ayah kekasihnya.

“Selain itu saya perlu banyak menghafaz surah-surah dan bercakap bahasa Arab yang tidak pernah saya lalui sebelum ini.

“Malah ada kala masanya saya agak tertekan kerana berganding dengan pelakon berbakat besar seperti Eman Manan dan pengarah Erma Fatima membuatkan saya sentiasa memastikan saya akan berlakon sebaik mungkin agar tidak menyusahkan pasangan saya iaitu abang Eman,” katanya.

Tahajjud Cinta berkisar pada isu pengorbanan dan perjuangan wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak sebagai seorang wanita.

Drama sebanyak 13 episod ini turut membariskan Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa.

Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila.

Drama terbitan syarikat produksi Rumah Karya Citra ini mula ditayangkan pada 8 Julai ini, pada setiap Jumaat pukul 9 malam dalam slot Zehra di TV3.



Idamkan watak mencabar



Di sebalik kelembutan wajahnya, Fouziah mengakui kini berharap dapat membawa watak aksi dan memerlukan beliau banyak berlawan.

“Impian saya untuk membawa watak beremosi dan fizikal telah tertunai dalam filem Rasuk.

“Tetapi saya tidak mahu membawakan watak seperti adiwira semata-mata, saya mahu watak lasak dan perlu berlawan. Kalau dapat peluang seperti itu, saya akan pastikan memasuki kelas pertahanan diri sebagai persediaan,” katanya.

Dia berkata, dalam dunia hiburan mencabar ini, pengarah lebih memilih pelakon versatil untuk mendukung watak dan bukannya memilih kecantikan semata-mata.

----- Sinar Harian Online

Ahad, 3 Julai 2011

Kelayakan Piala Dunia : Malaysia Mara ke Pusingan Kedua

Kelayakan Piala Dunia: Malaysia tewas tapi mara
03/07/2011 9:13pm

KUALA LUMPUR 3 Julai - Harimau Malaya melakar sejarah bola sepak tanah air apabila layak buat kali pertama ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.

Sekalipun tumpas 2-3 kepada Taiwan, namun, berdasarkan kiraan gol di tempat lawan skuad kebangsaan yang terikat agregat 4-4 dalam aksi di Stadium Perbandaran Taipei di sini, semalam membolehkan mereka layak ke saingan seterusnya.

- Utusan

________________________________________________


Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia

2011/07/03

TAIPEH: Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Zon Asia walaupun tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua di Stadium Perbandaran Taipeh di sini sebentar tadi.

Malaysia yang menewaskan Taiwan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu lalu, mara dengan peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 4-4.

-- Berita Harian

Transformers: Dark Of The Moon

FILEM: Cetusan hebat

FILEM yang menjadi bualan ini sepatutnya meninggalkan impak sebaik layar mula dibuka. Namun selepas setengah jam tayangan bermula, bagai ada yang tidak kena dengan peletakan plot, perkembangan watak dan babak pada filem yang dikategorikan ‘A’ dalam kelasnya tersendiri.

Bagi penulis, mungkin berpunca daripada hidangan unsur drama yang boleh dikatakan berlebihan. Sama ada ia membosankan, terpulang kepada anda untuk menilainya.

Selebihnya watak sampingan yang dilihat menjurus kepada filem aksi komedi berbanding genre berat yang boleh meruntun jiwa. Gabungan drama dan komedi berlebihan ini menyebabkan plot berkembang pada takat tertentu yang kurang menjadi.

Penampilan sulung Rosie Huntington-Whiteley sebagai Carly menggantikan aktres asal, Megan Fox turut dilihat ‘lebih sudu daripada kuah’. Masakan tidak, kehadirannya lebih kepada penyeri simbol seksi jelita yang perlu ada dalam filem aksi — sangat klise.

Bersandarkan slanga Inggeris seksi, susuk tubuh menggiurkan dan bibir munggil; Rosie gagal menyempurnakan watak Carly melalui cetusan rasa yang ‘kosong’ dan wajah ‘kering’. Bukan niat untuk membezakan Megan dan Rosie, tapi ia begitu terserlah.

Shia LaBeouf sebagai Sam Witwicky masih seperti dulu. Anak emak, cemerkap dan dipandang remeh sesetengah pihak. Seolah-olah watak Sam sejak tiga siri Transformers lalu tidak berkembang. Satu-satunya pembaharuan yang dilihat ialah memiliki ‘awek’ baru dan mendapat kerja sebagai budak pejabat selepas tamat kolej.

Sebaik melepasi 45 minit tayangan, baru penulis tidak senang duduk. Elemen aksi dan drama lebih sadis mula keluar daripada kepompong simpanan. Apatah lagi apabila babak perang mengambil tempat di tengah bandar raya Chicago.

Cuma tatkala beberapa babak perang dan skor muzik mula ke udara, penulis dibayangi filem Skyline dan War of The Worlds. Penonton yang pernah menonton dua filem itu pasti bersetuju, terutama pada fizikal kapal angkasa Cybertrons dan modus operandi pihak Decepticons menyerang bumi.

Biarpun wujud beberapa lopong tertentu, penulis tetap kagum pada sinematografi, teknik imej janaan komputer (CGI), pemilihan lokasi penggambaran dan hubung kaitan senario sejarah dunia.

Pengarah fotografi bijak memilih sudut untuk memenuhi rangka visual paparan. Seolah-olah penonton turut dibawa kepada situasi genting yang berlaku saat itu.

Ditambah pula dengan teknik CGI yang lebih bersih dan segar, puak robot Autobots dan Decepticons berjaya dinaikkan taraf kepada imej janaan sebenar.

Penulis turut kagum pada pemilihan lokasi bandar raya sebagai medan peperangan. Dengan kehadiran ratusan pelakon pembantu yang berjaya mencetuskan emosi sedih dan takut, babak itu boleh dikatakan terbaik berbanding dua siri Transformers lalu.

Malah, pengarah dan penulis lakon layar memulihkan keadaan bosan ‘seketika’ dengan menyelitkan paparan sejarah perlumbaan angkasa antara Amerika Syarikat (AS) dan Russia satu ketika dulu, selain peristiwa besar lain dalam sejarah seperti tragedi Chernobyl angkara teknologi angkasa lepas yang tidak diketahui.

Bunyi mungkin pelik, tapi unsur kagum melalui tambahan unsur karut dalam sebuah sejarah sudah lama dilakukan pihak Barat. Pun begitu, penulis yakin penonton bijak menilai yang mana betul dan salah.

Transformers: Dark of The Moon mengambil senario selepas Cybertrons musnah diserang Decepticons yang mahu memusnahkan Autobots.

Biarpun beberapa puak Autobots diketuai Optimus Prime berjaya berlindung di bumi, mereka kini berdepan pakatan sulit pihak Decepticons yang mahu menghidupkan Cybertrons dengan bantuan pahlawan ulung Autobots yang berpaling tadah, Sentinel Prime.


DATA

FILEM: Transformers: Dark Of The Moon
ARAHAN: Michael Bay
PELAKON: Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley dan Patrick Dempsey
GENRE: Sains Fiksyen
TAYANGAN: 29 Jun 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

----- Harian Metro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap