Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neelofa. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

Antara cinta dan persahabatan

Wartawan Sinar Harian
6 Jun 2012
Antara cinta dan persahabatan
Antara cinta dan persahabatan

SEBUAH lagi telefi lem menyayat hati, Janji Jujur Sepi, akan menemui penonton di slot Skrin di 9, pada 13 Jun, jam 8.30 malam, di TV9. Menampilkan selebriti popular Neelofa dan Beto Kusyairy sebagai peneraju utama, kisah cinta Janji Jujur Sepi mengisahkan hubungan Andy (Beto Kusyairy) dan Dhea (Neelofa).

Sejak jatuh cinta, Andy berusaha mendapatkan Dhea walaupun dia agak menjengkelkan di mata Dhea. Namun, setelah tujuh bulan mengenalinya, Dhea rasa semakin serasi bersama Andy.

Di saat cinta mereka semakin mekar, Andy terpaksa ke Perth, Australia, untuk menemui rakannya, Johan (Shah Iskandar). Dia berjanji akan pulang segera.

Namun setibanya di sana, Andy tersepit di antara cinta dan sahabat. Johan menghidap penyakit kritikal dan tiada penawar.

Lebih mengejutkan apabila Johan memintanya menjaga teman wanitanya, Vee (Izreen Azmindar). Andy serba salah kerana dia mencintai Dhea. Namun, dia terpaksa menurut kata Johan kerana pernah termakan budi. Dia kemudiannya terpaksa mengotakan janjinya untuk membahagiakan Vee.

Maka, bermulalah drama demi drama. Andy terpaksa memikat Vee, walaupun terpaksa. Pada masa sama, Andy tetap menagih cinta Dhea. Apakah Andy akan mengotakan janjinya terhadap Johan untuk membahagiakan Vee atau adakah dia akan mengikut kata hatinya untuk bersama Dhea? Pastikan anda menonton kesudahan telefilem Janji Jujur Sepi menerusi Skrin Di 9!

--- SINAR HARIAN

Rabu, 25 April 2012

Beralih arah

2012/04/26

pix_gal0
BUKAN kerana kecewa atau kecil hati, tetapi bintang baru dalam dunia lakonan, Neelofa memutuskan untuk kurang menerima tawaran berlakon kerana mahu memberi tumpuan terhadap bidang pengacaraan TV.

Dia menganggap peluang menjadi pengacara program TV memang bidang yang diimpikan selama ini dan menyifatkan ia sebagai kerjaya lebih terjamin berbanding lakonan.
“Sekarang saya lebih yakin dengan kerjaya sebagai pengacara. Dibandingkan dengan lakonan, saya lebih meminati dunia pengacaraan dan dari dulu lagi sebenarnya suka menjadi hos.
Menjadi pengacara adalah salah satu impian apabila menjejakkan kaki ke dunia seni tempatan.

“Apatah lagi apabila saya ditawarkan menjadi pengacara sebuah program TV yang sudah mantap dan dikenali, memang saya terima dengan gembira. Bukan setakat itu, saya juga bersyukur sebab baru saja menerima satu lagi tawaran sebagai hos, namun belum boleh diperkatakan mengenai perkara tersebut.

Saya akui sasaran saya adalah untuk berjaya dalam bidang pengacaraan.

“Melihat kepada bidang lakonan pula, saya tidak mengambil banyak tawaran berlakon drama. Lihat saja tahun ini, tidak banyak drama saya disiarkan di televisyen. Saya juga menyasarkan hanya satu atau dua drama dalam setahun,” katanya kepada Hip.
Namun, Neelofa menjelaskan ia bukanlah bermaksud dia memilih watak, tetapi memang diakui agak memilih dari segi jalan cerita yang bagus.

“Saya tidak kisah dengan watak apa sekalipun yang diberikan, tetapi jalan cerita sesuatu drama itu perlulah bagus untuk menarik minat saya berlakon.

“Tahun ini saya hanya menjayakan dua drama saja, yang mana satunya adalah arahan Erma Fatima berjudul Kau Yang Terindah dan aktiviti penggambaran akan dimulakan pada bulan depan.

“Satu lagi drama saya akan ditayangkan pada September nanti, tapi tawaran itu masih dalam pertimbangan,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Nyanyian Sakaratul Maut,” katanya.

Bukan saja bergelar pelakon merangkap pengacara, anak jati Kelantan ini juga berminat dalam dunia perniagaan.

Sebelum ini kisah kreativitinya menghasilkan kasut tumit tinggi ligat diperkatakan, malah pernah menghasilkan sepatu untuk perkahwinan Ezlynn.

Bukan sekadar meletakkan ideanya itu di bawah satu jenama, Neelofa Heels, Lofa juga bakal keluar dengan produk kesihatan dan kecantikan di bawah syarikatnya sendiri pada bulan hadapan. Ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi portfolionya sebagai usahawan wanita.

Adakah beralih minat ini disebabkan rasa kecewa kerana harapannya untuk meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) pada 8 April lalu?

Neelofa menegaskan dia tidak mahu mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat oleh peminat tetapi memang terkejut dengan kemenangan Tasha Shila kerana jangkaannya ialah penyanyi muda berbakat besar, Najwa Latif.

“Memang agak mengejutkan.

Kerana saya sangka yang menang Najwa Latif. Tapi memang kita akui Tasha, pelakon yang banyak membintangi drama dan sering muncul di kaca TV.

“Lagi pun, ini memang sudah rezeki Tasha, bukan saja atau Najwa, Izara Aishah atau Nur Fathia yang sama-sama dicalonkan dalam satu kategori,” kata Neelofa.

--- BERITA HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap