Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label My Name Is Khan (Hindustan). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Name Is Khan (Hindustan). Papar semua catatan

Sabtu, 6 Mac 2010

Kajol marah suami tak tonton 'MNIK' (Berita Harian)


Ajay Devgan (kiri) dan Kajol

Aktres taja tayangan khas My Name is Khan

MUMBAI: Bintang Bollywood, Kajol mengejutkan peminatnya apabila beliau dilaporkan kecewa dan amat marah dengan suaminya, aktor Ajay Devgn kerana tidak menonton filem terbarunya bersama Shahrukh Khan, My Name is Khan (MNIK).

Ajay yang mendedahkan perkara itu berkata, beliau terlalu sibuk dengan penggambaran di Tamil Nadu ketika tayangan filem My Name is Khan berlangsung.

Pelakon berkenaan memberitahu, beliau penat dan belum sempat menonton MNIK kerana baru menghabiskan tiga filem iaitu Atithi Tum Kab Jaaoge?, Once Upon a Time in Mumbai dan Garam Hawa.

Bagaimanapun, Kajol cuba membantu suaminya itu dengan menganjurkan satu tayangan khas My Name is Khan. Pengarah filem terbabit, Karan Johar dilaporkan akan turut menyertai mereka.

Sementara itu, Karan Johar menafikan bahawa beliau banyak melakukan usaha untuk mempromosikan MNIK sebaliknya mendakwa, pembabitan Shah Rukh Khan dan Kajol sendiri sudah mencukupi untuk menarik penonton.

"Apabila anda mempunyai pelakon seperti Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem anda, secara automatik anda mendapat banyak tarikan kerana penonton tahu mutu pelakon terbabit.

"Juga berdasarkan rekod lalu dan populariti mereka sejak beberapa tahun lalu, anda tidak perlu tunjukkan sifat bersungguh-sungguh sebagai pengeluar filem untuk mendapat sebarang tarikan tambahan.

"Selepas semua penonton tahu mengenai orang yang dikaitkan dengan filem dan bagaimana pasukan sebelum ini. Ini adalah faktor tarikan yang memudahkan saya mengenai penerimaan box office kepada MNIK," kata Karan.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Shah Rukh Khan-Kajol iaitu Dilwale Dulhaniya Le Jayenge mencipta sejarah apabila ia bertahan selama 750 minggu di pawagam Central Maratha Mandir di Mumbai.

Filem yang disiarkan pada 1995 itu masih mendapat sambutan hangat dan tidak pernah menyaksikan kurangnya permintaan sejak 15 tahun lalu. Ia adalah filem paling lama disiarkan di panggung wayang India. � Agensi

Sabtu, 20 Februari 2010

'My Name Is Khan' Berjaya Mengangkat Islam Di Mata Barat (mStar Online)

Shah Rukh Khan dan Kajol merupakan pelakon utama dalam filem itu.

PENANTIAN untuk menonton filem My Name Is Khan (MNIK) adalah sesuatu yang sukar difahami jika anda bukan peminat 'King Khan' atau Datuk Shah Rukh Khan.

Menonton dan menghayati setiap dialog yang diucapkan oleh Shah Rukh dalam filem MNIK, yang mengangkat martabat orang Islam di seluruh dunia ini, ibarat satu 'tanggung jawab' .

Atas beberapa sebab, filem ini tidak boleh dilihat dari perspektif filem Bollywood kerana penghasilan dan cara garapan filem ini jauh berbeza dari semua filem Hindustan yang pernah ditonton.

Tidak ada lagu merdu yang berjela-jela atau persalinan pakaian hingga durasi lima minit, tidak ada kesedihan yang klise seperti yang selalu ada dalam filem Bollywood dan tiada tarian. Anda mungkin kecewa tapi bagi peminat Shah Rukh, apa saja yang dihidangkan oleh bintang ternama ini adalah satu cenderahati.

Bagi mereka yang berharap menyaksikan sebuah lagi filem Hindustan pasti akan sedikit kecewa kerana pengarah Karan Johar berjaya lari dari expectation peminat filem Hindi.

Tapi durasi filem MNIK sama seperti semua filem Hindustan yang pernah anda tonton iaitu hampir 3 jam. Filem ini hidup dari awal hingga akhir kerana babak-babak realistik yang cuba dipaparkan dari kaca mata seorang pengarah bukan beragama Islam, Karan Johar.

Karan sejujurnya cuba bercerita tentang dilema seorang Islam bernama Rizvan Khan, yang mempunyai penyakit Aspergers sindrom (sejenis penyakit Autistik) yang dicurigai oleh bangsa Amerika. Rizvan dicop sebagai pengganas hanya kerana dia orang Islam dan peristiwa ini berlaku selepas kejadian hitam 9/11.

Disebabkan penyakitnya, Rizvan mempunyai masalah sosial dan tidak mampu berinteraksi secara normal.

Ibu Rizvan selalu menekankan bahawa tidak ada orang Islam baik dan orang Islam jahat, tidak ada orang Kristian baik dan orang Kristian jahat dan tidak ada orang Hindu baik dan orang Hindu jahat.

Kebaikan dan kejahatan ada pada manusia, tetapi itu tidak ada kaitannya dengan agama yang dianuti. Didikan ibu terpahat erat dalam benak Khan hingga Rizvan merasa didikan ibunya benar tetapi realiti yang dihadapinya sangat jauh berbeza.

Setelah ibunya meninggal, Rizvan terpaksa tinggal dengan adik lelakinya (lakonan Shergill) di Amerika. Di sinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan pedandan rambut bernama Mandira (Kajol), seorang ibu tunggal yang baik hati, bebas laku dan tinggal bersama anaknya, Sam, 6.

Cerita cinta Rizvan-Mandira agak luar biasa kerana latar belakang kedua mereka yang berlainan agama dan gaya hidup.Perkahwinan mereka yang mulanya mendapat tentangan adiknya, berakhir dengan baik. Namun kisah cinta mereka yang baru bermula 'terputus' apabila peristiwa September 11 di New York City menjadi penyebab beberapa insiden.

Sam dibelasah teruk hingga mati di sekolahnya kerana namanya ditukar ke 'Khan' sempena nama ayah tirinya, Rizvan Khan. Disebabkan insiden tragis ini, Mandira menolak Rizvan dan menghalaunya.

Segalanya berubah, kedua-duanya terpisah dan cerita cinta mereka bergilir mengharu birukan emosi penonton.

Hanya satu saja syarat diberikan untuk Rizvan kembali ke pangkuan Mandira. Dia harus berjumpa dengan Presiden Amerika dan memberitahunya, My Name Is Khan...And I Am Not A Terrorist.

Bagi Mandira, selagi namanya Khan, dia akan tetap dianggap sebagai pengganas. Dan di sinilah babak pertama filem ini bermula, di mana Rizvan 'Shah Rukh' Khan mengenggam tiga biji batu hitam sambil mulutnya berzikir 'Qul Huwallahu Ahad' sehingga menimbulkan curiga mata-mata yang memandang.....

Perlakuan 'rasial' yang dialami Rizvan ada kalanya menyentuh perasaan, ada ketika membuat kita terfikir bagaimana buruk sangka dapat membuat manusia berubah dari baik ke sifat haiwan.

My name is Khan mendapat bantahan parti Hindu, Shiv Sena, di tanah airnya sendiri hanya kerana satu kenyataan Shah Rukh yang membela pemain kriket Pakistan agar diserapkan ke India Premier League (IPL).

Kemarahan Shiv Sena tercetus kerana hubungan India-Pakistan yang hingga sekarang masih dilanda perang dingin. Akibat kenyataan Shah Rukh, Shiv Sena berusaha melarang filem My Name is Khan ditayang di India.

Kini, filem ini semakin dingin sambutannya di Mumbai, berbeza sekali dengan respon di Amerika dan Eropah.

Sejauh mana, bangsa Amerika menerima filem ini masih terlalu awal untuk dibuat rumusan.

Sembilan tahun setelah tragedi peristiwa 9/11, paranoia atau sikap perkauman terhadap umat Islam yang ditindas akhirnya berjaya digambarkan secara menarik sekali melalui sebuah layar filem Bollwyood.

MNIK berjaya menyingkap sikap rasis Amerika terhadap Islam. Lebih tepat, buruk sangka keterlaluan terhadap apa saja yang berbau Islam.

Diskriminasi barat terhadap Islam seperti yang ditunjukkan di dalam MNIK adalah satu fakta yang pernah terjadi terhadap Shah Rukh sendiri.

Filem itu berkisar tentang hubungan Rizvan dan Mandira, antara seorang individu bernama Rizvan dan pengaruhnya di sebuah negara barat hingga menimbulkan kebangkitan semangat solidariti sesama orang Islam lantas menutup terus mulut bangsa barat tentang Islam.

Terdapat tiga isu penting yang dikupas dalam filem ini: Islam, Cinta Seorang Autistik dan Pengorbanan.

MNIK berbicara tentang Islam dan bagaiman pandangan dunia terhadap Islam.

Agama bukanlah kriteria untuk menentukan orang itu baik atau jahat - itu adalah satu kenyataan yang diulang-ulang tanpa disedari sepanjang filem ini.

Selesai menonton filem ini, ada satu perkara yang anda akan ingat sampai bila-bila. Mungkin Shakespeare pernah berkata...What's In A Name? (Apa Ada Pada Nama?). Bagi mereka yang beragama Islam, jawapannya terdapat dalam filem ini. Akhir kata, 'Nama saya BUKAN Khan, dan saya bukan pengganas!'

Selasa, 16 Februari 2010

Suami Kajol tak cemburu?

JIKA ditakdirkan di luar lokasi mereka adalah suami isteri, pasti Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol Mukherjee pasangan sehidup semati paling serasi.
CINTA...MNIK mengisahkan cinta terhadap seorang lelaki yang menghidap penyakit kronik.
CINTA...MNIK mengisahkan cinta terhadap seorang lelaki yang menghidap penyakit kronik.
sebelum - selepas
GANDINGAN...Shah Rukh dan Kajol bersama Karan Johar. BABAK...Kajol tertarik dengan skrip MNIK. MESRA...Shah Rukh dan Kajol memang serasi sebagai pasangan kekasih.


Bagaimanapun, mereka berdua sudahpun berpunya dan bahagia bersama keluarga masing-masing.

Namun perkara itu tidak pernah menghalang mereka untuk mengekalkan keserasian sebagai kekasih atau suami isteri dalam filem lakonan mereka.

Sejak dulu hingga kini, filem yang menggandingkan mereka berdua jarang mengecewakan, malah pasti mencetuskan fenomena baru.

Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham (K3G) antara filem lakonan mereka yang terus menjadi sebutan sehingga sekarang. Pun begitu selepas Kajol bertemu jodoh dengan hero handalan Bollywood, Ajay Devgan dan melahirkan seorang anak, Nysa, Kajol lebih selesa menjadi isteri dan ibu.

Kemunculannya di layar perak begitu dirindui namun dia hanya bersedia berlakon jika mendapat skrip dan jalan cerita mantap.

Justeru, selepas dua tahun tanpa filem baru, Karan Johar melamarnya untuk sekali lagi bergandingan dengan Shah Rukh menerusi buah tangan terbarunya, My Name Is Khan (MNIK) yang mula menjengah pawagam semalam.


Belum pun ditayangkan filem itu menjadi sebutan ramai dan sangat dinantikan.


MNIK sarat dengan mainan perasaan dan emosi. Sejarah juga tercatat apabila filem itu terpilih menyertai Festival Filem Berlin yang berlangsung dari 11 hingga 21 Februari ini. Tidak banyak filem India yang berjaya ke festival filem itu melainkan filem blokbuster arahan Farah Khan, Om Shanti Om.

Bercerita mengenai kemunculannya dalam filem itu, jelas Kajol, yang masih langsing dan senyuman manis sentiasa terukir di bibir, jarang atau mungkin tidak pernah terjadi seorang yang normal jatuh cinta dengan lelaki menghidap penyakit kronik.

"Tetapi itulah jalan cerita yang diutarakan Karan dalam MNIK. Saya perlu membuktikan yang saya sangat mencintainya.

"Itulah keunikan filem cinta ini. Sebelum melakonkannya saya terfikir apakah dalam keadaan nyata seorang wanita akan jatuh cinta dengan lelaki yang berpenyakit austisme seperti Rizwan.

"Perkara itu mustahil berlaku, tetapi apabila difikirkan semula cinta itu tidak mengenal siapa.

"Malah, sukar meramalkan bila cinta itu akan hadir dan kriteria lelaki macam mana yang kita mahukan.

"Cinta itu buta dan ia muncul secara tiba-tiba. Apabila sudah bertemu dengan orang yang kita cintai, segala kriteria yang kita senaraikan selama ini hilang begitu saja.

"Yang hadir waktu itu hanya rasa cinta yang wujud secara semula jadi. Apabila anda menonton filem ini anda akan faham maksud saya," katanya.


Cabaran utama Kajol membawakan watak Mandira ialah dia perlu 'lari' daripada corak lakonan yang pernah dibawanya dalam kebanyakan filem lakonannya sebelum ini terutama dalam K3G.

"Saya tidak mahu membawakan watak itu seperti mana karakter yang pernah dilakonkan dalam K3G.

"Dalam filem itu semua dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya dan pelakon K3G juga sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan.

"Tetapi dalam MNIK, banyak perkara berlaku di luar dugaan. Sebagai pelakon saya tahu apa yang hendak dibuat, tetapi sukar hendak menterjemahkannya di layar perak.

"Dalam setiap babak mesti ada adegan di luar jangkaan, tetapi Shah Rukh dapat melakukannya dengan begitu baik.

"Dia berjaya menonjolkan perubahan emosi yang adakala memerlunya ketawa, menangis dan bersedih. Tetapi saya berharap apabila penonton menyaksikan filem ini jangan ada yang berkata ini satu lagi filem Kuch Kuch Hota Hai.

"Dengan gabungan pelakon terbaik, tenaga kerja kreatif dan jalan cerita yang bagus, pasti anda tidak kecewa menontonnya. Saya jamin anda tidak akan minta duit tiket balik.


"MNIK tidak sama dengan filem arahan Karan yang lain. Ia adalah cerita baru dengan sentuhan baru dan menggunakan teknik baru. Jika anda pernah menonton filem Karan yang lain, tentu anda menyangka filem ini bukan arahannya.

"Perubahan itu berlaku sejajar pengalaman yang semakin banyak dan cara pemikiran Karan sekarang.

"Sehebat manapun Karan yang saya kenali, setiap kali filemnya akan ditayangkan dia akan berdebar. Dia berhenti bercakap mengenai keburukan filem orang lain, malah selalu puji filem pengarah lain bagus dengan harapan orang akan memuji filemnya pula," katanya.


Tambah Kajol siapa yang tidak berdebar kerana selera penonton sukar diduga.


"Menjadi produser dan pengarah filem membuatkan kita tidak senang duduk kerana keputusan penonton menentukan untung rugi. Jika mereka suka filem itu bererti akan dapat untung. Jika sebaliknya, kira sajalah kerugian yang akan ditanggung.

"Tetapi saya yakin filem ini akan berjaya kerana Karan amat mementingkan cita rasa penonton, bukan buat filem syok sendiri," katanya.


Bercakap mengenai Shah Rukh, segala pujian untuk megastar itu. Tiada kata-kata dapat diluahkan kerana dia adalah yang terbaik dan terus kekal dalam kedudukan dan keistimewaannya yang tersendiri.


"Selama lapan tahun bekerja dengannya pengalaman yang sangat mahal dan luar biasa. Dia semakin bagus dan tidak pernah jemu mempamerkan lakonan terbaik. "Dia masih bertenaga dan bersemangat. Dia bukan saja hafal skrip sendiri, tetapi juga skrip pelakon lain.

"Sewaktu kami membaca skrip bersama, saya tahu dia akan buat macam mana dan dia juga tahu saya akan melakonnya macam mana.

"Kami memang serasi. Karan juga setuju dengan cara kami menghidupkan watak masing-masing. Barangkali kerana kami bersahabat baik dan selalu kerja bersama berjaya menyatukan rasa dan gerak hati apabila berlakon berdua.


"Walaupun Shah Rukh sangat terkenal, sikapnya terhadap rakan sekerja dan kawan-kawan tidak pernah berubah. "Dia tidak suka jaga tepi kain orang melainkan tumpuan diberi kepada kerjanya saja.

"Dia manusia yang sangat bertuah dan dia bijak menguruskan kehidupannya yang penuh glamor tanpa sedikitpun leka dengan apa yang dinikmatinya sekarang," katanya.

Tidakkah kemesraan yang dipaparkan Kajol terhadap Shah Rukh dalam filem itu mencetuskan rasa cemburu Ajay?

"Memang Ajay dan Shah Rukh tidak rapat, tetapi mereka saling mengenali. Ajay kenal siapa saya dan tahu sejauh mana hubungan saya dengan Shah Rukh. Apa yang orang dengar mengenai saya dan Shah Rukh hanya khabar angin.

"Saya akui akan berasa tidak selesa jika tahu mereka membenci sesama sendiri, tetapi setakat ini tidak pernah dengar komplen daripada mereka. Apapun khabar angin yang bertiup, saya tidak pernah ambil tahu," katanya.

MNIK ini bermula dengan zaman kanak kanak, Rizwan Khan lakonan Tanay Chheda beragama Islam yang menghidap sejenis penyakit sindrom yang luar biasa.

Dia membesar dengan penuh kasih sayang ibunya (Zarina Wahab) di Borivali iaitu di sekitar Mumbai.


Apabila dewasa, Rizwan (diambil alih Shah Rukh) berpindah ke San Francisco dan menetap bersama abang dan kakak iparnya.

Di sana dia mula menyulam cinta bersama Mandira (Kajol).

Dia kemudian berkahwin dan menceburi bidang perniagaan.


Selepas beberapa tahun perkahwinan Rizwan dan Mandira berdepan pelbagai cabaran diikuti perpisahan tragik yang dilalui pasangan itu. Namun dalam usaha memenangi kembali hati bekas isterinya itu, Rizwan terpaksa menempuhi perjalanan yang sukar ke seluruh Amerika Syarikat.

MNIK diterbitkan Hiroo Yash Johar dan Gauri Khan turut menampilkan sentuhan lakon layar daripada Shibani Bathija dengan kerjasama Dharma Productions dan Red Chillies Entertainment. Ia diedarkan Fox Star Entertaiment.


Filem ini menggunakan teknik sinematografi hasil kepakaran Ravi K Chandran dan Shankar Ehsaan Loy sementara koreografi oleh Farah Khan.


Skripnya ditulis Niranjan Iyengar manakala teknik kesan khas visual pula oleh Red Chilies.

>Profil
NAMA: Kajol Mukherjee
TARIKH LAHIR: 5 Ogos 1975
BINTANG: Leo
TINGGI: 5' 5
WARNA RAMBUT: Hitam
TEMPAT DILAHIRKAN: Mumbai
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Ajay Devgan
ANAK: Nysa
BAHASA PERTUTURAN: Bahasa Hindi dan Inggeris
BAPA: Shomu Mukherjee
IBU: Tanuja
ADIK: Tanisha
FILEM: Bekhudi, Kal Ho Naa Ho, , Kuch Khatti Kuch Meethi, Raju Chacha, Hote Hote Pyaar Ho Gaya, Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain, Dil Kya Kare,, Dushman, Duplicate, Pyaar Kiya To Darna Kya, Pyaar To Hona Hi Tha, Ishq, Minsaara Kanavu, Gupt: The Hidden Truth, Hamesha, Sapnay, Bambai Ka Babu,, Gundaraj, Taaqat, Hulchul, Karan Arjun, Yeh Dillagi, Udhaar Ki Zindagi, Baazigar, Bekhudi dan Kal Ho Naa Ho


----- HARIAN METRO

My Name is Khan raih RM6.3 juta (Berita Harian)

WASHINGTON: Filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan, My Name Is Khan memecah rekod kutipan tiket bagi pembukaan filem Hindi di Amerika Utara apabila mencatatkan hampir AS$1.86 juta (RM6.3 juta) pada minggu pertama tayangannya.

Firma Fox Searchlight mendedahkan, filem arahan Karan Johar itu memungut AS$15,500 (RM52,700) dari 120 panggung seluruh Amerika Syarikat dan Kanada sepanjang hujung minggu 12 hingga 14 Februari.

Rekod sebelum ini dipegang filem lakonan Shah Rukh Khan iaitu Om Shanti Om mencatat AS$1.76 juta (RM5.9 juta) daripada 114 pawagam sempena cuti Deepavali 2007.

My Name Is Khan yang ditayangkan Jumaat lalu mencatatkan kutipan AS$444,000 (RM1.5 juta), meningkat kepada AS$734,000 (RM2.49 juta) pada Sabtu dan dianggarkan meningkat sehingga tujuh peratus kepada AS$682,000 (RM2.3 juta) pada hari Ahad sempena Hari Kekasih. � Agensi

Isnin, 15 Februari 2010

My Name Is Khan Trailer

Polis tahan 1,000 aktivis Hindu merusuh bantah Shahrukh Khan (Utusan Malaysia)

ARKIB : 11/02/2010

MUMBAI 10 Feb. - Pelampau Hindu semalam merusuh dengan mengoyakkan poster dan membaling batu ke arah beberapa pawagam di sini dalam siri bantahan terhadap aktor terkenal Bollywood, Shahrukh Khan kerana menyokong pemain kriket Pakistan.

Menurut polis, lebih 1,100 nasionalis Hindu ditahan untuk menghalang sebarang gangguan sewaktu tayangan filem terbaru Shahrukh, My Name is Khan.

Pegawai kanan polis, Himanshu Roy berkata, sejumlah 21,000 anggota polis akan mengawal lebih 60 pawagam yang alam menayangkan filem tersebut.

"Lebih banyak langkah keselamatan akan diambil jika perlu,'' katanya.

Shiv Sena, parti politik nasionalis terkenal berhaluan cauvinis dan fundamentalis Hindu melabel Shahrukh sebagai pembelot.

Ia berikutan Shahrukh melahirkan kekecewaannya kerana tiada pemain kriket Pakistan - musuh ketat India - diambil beraksi dalam Liga Kriket India bulan depan.

Shahrukh, seorang penganut Islam, menolak untuk memohon maaf atas komen berkenaan.

Aktivis Shiv Sena merusuh di banyak tempat di sini untuk hari kedua hari ini sambil mengoyakkan poster filem yang kini dalam kempen promosi di seluruh negara itu.

Sebuah pawagam yang merancang untuk menayangkan filem berkenaan mulai Jumaat ini turut dibaling batu. Patung pelakon berkenaan juga dibakar.

Bimbang keganasan menular, beberapa pawagam menghentikan jualan awal tiket-tiket untuk filem berkenaan.

Shiv Sena yang bermaksud "Tentera Shiva", kehilangan sebahagian sokongan sejak kebelakangan ini tetapi kekal berpengaruh di sini di mana ia bersekongkol dengan ahli politik Hindu berpendirian keras. - AP

Mumbai bantah My Name is Khan (Utusan Malaysia)

ARKIB : 13/02/2010

RAKYAT India beragama Islam meraikan kejayaan tayangan My Name is Khan di luar sebuah panggung wayang New Delhi sebagai protes terhadap tindakan kumpulan pelampau Hindu, Shiv Sena, semalam. - REUTERS


MUMBAI, India 12 Feb. - Pelampau Hindu hari ini bertindak mengoyakkan poster dan membaling batu ke arah panggung wayang bagi menghalang tayangan perdana filem yang dibintangi oleh pelakon terkenal Shah Rukh Khan berikutan tindakannya menyokong pasukan kriket Pakistan.

Pihak polis menyatakan, lebih 21,000 anggotanya diarahkan mengawal lebih 60 buah panggung wayang di Mumbai, ibu negara hiburan di India.

Pada mulanya, hanya dua buah panggung wayang yang menayangkan filem tersebut, manakala yang selebihnya menyokong tindakan memboikot yang dicetuskan oleh Shiv Sena, sebuah parti politik di Mumbai yang terkenal dengan cauvinisme dan asas kepercayaan Hindu.

Bagaimanapun, kebanyakan panggung wayang mula menayangkan filem itu hari ini, menurut seorang Pesuruhjaya Polis, Himanshu Roy.

Roy berkata, hampir 150 ahli Shiv Sena membaling batu termasuk cuba menyerbu ke dalam panggung wayang, namun pihak polis berjaya menghalang kesemua penunjuk perasaan itu.

Di kawasan jajahan mereka di Mumbai, ahli-ahli Shiv Sena turut memaksa penutupan kebanyakan kedai dan syarikat perniagaan.

Selain itu, menurut Roy kepada The Associated Press, pihak polis turut menahan sekurang-kurangnya 49 penunjuk perasaan.

Shiv Sena yang bermaksud 'tentera Shiva' telah menggelar Khan sebagai pengkhianat kerana menyatakan kekecewaannya apabila tiada pemain-pemain kriket daripada negara musuh India, Pakistan, terpilih untuk menyertai pertandingan Liga Perdana Twenty20 di India, bulan depan. - AP

Shah Rukh Khan takut pelampau Hindu (Utusan Malaysia)

ARKIB : 14/02/2010

BERLIN 13 Feb. - Bintang Bollywood Shah Rukh Khan semalam mengakui diselubungi rasa 'takut' dan 'terluka' dengan reaksi balas pelampau Hindu daripada parti Shiv Sena berhubung kenyataannya yang menyokong pasukan kriket Pakistan.

Aktor berusia 44 tahun itu yang kini berada di Berlin bagi tayangan filem terbarunya 'My Name is Khan', turut memberitahu pemberita dia mahu kekecohan di India diselesaikan dengan segera.

"Saya mahu semua pihak gembira dan saya akan pastikan apabila saya balik ke India, semua orang berasa gembira.

"Saya tidak mahu sebarang tindakan agresif atau apa-apa masalah. Saya sangat-sangat terganggu dan takut. Hati saya juga terguris apabila perkara sebegini terjadi," katanya lagi.

Shah Rukh Khan merujuk kepada bantahan oleh aktivis parti Shiv Sena terhadap tayangan perdana filem terbarunya itu, selepas aktor tersebut mengkritik kenyataan bahawa tiada seorang pun ahli pasukan kriket Pakistan telah dipilih bagi menyertai Liga Perdana India.

Awal minggu ini, lebih seribu ahli Shiv Sena dibawa ke tahanan polis sebagai langkah pencegahan dan kawalan keselamatan turut diperketat di panggung-panggung wayang sekitar Mumbai semalam, apabila kumpulan tersebut menyasarkan pembukaan filem 'My Name is Khan'.

Segelintir panggung wayang enggan menayangkan filem tersebut ekoran kebimbangan tercetusnya keganasan, sekali gus meningkatkan kebimbangan penganalisis bahawa imej Mumbai sebagai hab perniagaan kosmopolitan mungkin terjejas dan bandar raya itu dilihat telah dilemahkan oleh politik sempit.

Semalam, lebih 21,000 anggota polis diarahkan mengawal lebih 60 buah panggung wayang di Mumbai, selepas pelampau Hindu bertindak mengoyakkan poster dan membaling batu ke arah panggung wayang bagi menghalang tayangan perdana filem tersebut.

Pesuruhjaya Polis, Himanshu Roy berkata, hampir 150 ahli Shiv Sena membaling batu termasuk cuba menyerbu ke dalam panggung wayang, namun pihak polis berjaya menghalang kesemua penunjuk perasaan itu.

Roy turut memberitahu, pihaknya telah menahan sekurang-kurangnya 49 penunjuk perasaan. - REUTERS

Sambutan ‘My Name Is Khan’ kerana kontroversi

ARKIB : 14/02/2010
14/02/2010 1:34pm

MUMBAI 14 Feb. - Isteri Shah Rukh Khan,Gauri Khan yang juga penolong penerbit filem 'My Name Is Khan' menafikan spekulasi bahawa sambutan baik yang diterima filem itu disebabkan kontroversi yang melanda pada malam filem itu ditayangkan.

Hadir tanpa ditemani suami, Gauri secara peribadi berterima kasih kepada semua penonton di atas sokongan yang diberikan terhadap filem tersebut.

Bercakap kepada media, Gauri yang ditemani anak perempuannya, Suhana berkata, Karan Johar telah berusaha selama tiga tahun untuk menghasilkan filem tersebut.

Oleh itu, jelasnya, kerana usaha keras inilah yang membawa kepada kejayaan ini dan sesebuah filem itu tidak akan menjadi yang terbaik disebabkan kontroversi.

Beliau berkata, suaminya, Shah Rukh sangat teruja dengan sambutan yang diterima dan bersama Karan akan mengunjungi semua panggung wayang untuk bertemu peminat. - Agens


--- UTUSAN MALAYSIA

Isteri Shah Rukh Khan nafi kontroversi punca laris (Utusan Malaysia)

MUMBAI 14 Feb. - Isteri Shah Rukh Khan, yang juga merupakan penolong penerbit filem My Name Is Khan, menafikan spekulasi kononnya, sambutan baik yang diterima filem itu berpunca daripada kontroversi yang melanda pada malam pertama filem itu ditayangkan.

Hadir tanpa ditemani suami, Gauri Khan secara peribadi berterima kasih kepada semua penonton di atas sokongan yang diberikan terhadap filem tersebut.

Gauri dan anak perempuannya, Suhana melawat panggung wayang Inox dan Metro Cinema pada tengah hari semalam.

Bercakap kepada media, beliau berkata, "Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Kami benar-benar gembira. Hari ini (semalam), filem itu ditayangkan di semua tempat. Saya fikir perkara terbaik adalah dengan mengatakan Jai Maharashtra dan kami sayangkan Mumbai," katanya.

Beliau berkata, Shah Rukh, yang akan tiba pada hari ini juga 'sangat seronok'.

"Saya rasa beliau akan mengunjungi semua panggung wayang hari ini bersama Karan Johar untuk bertemu dengan para peminatnya.

"Hari ini (semalam) beliau sangat gembira dan akan menemui semua orang esok (hari ini)," katanya.

Selain itu, sebagai maklum balas kepada reaksi penonton, Gauri berkata, "Karan telah berusaha selama tiga tahun untuk mencapai kejayaan itu.

"Atas kerana usaha keras inilah yang membawa kepada kejayaan ini. Sebuah filem tidak akan menjadi yang terbaik disebabkan kontroversi," katanya. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap