Kawan-kawan

Isnin, 15 Februari 2010

Isteri Shah Rukh Khan nafi kontroversi punca laris (Utusan Malaysia)

MUMBAI 14 Feb. - Isteri Shah Rukh Khan, yang juga merupakan penolong penerbit filem My Name Is Khan, menafikan spekulasi kononnya, sambutan baik yang diterima filem itu berpunca daripada kontroversi yang melanda pada malam pertama filem itu ditayangkan.

Hadir tanpa ditemani suami, Gauri Khan secara peribadi berterima kasih kepada semua penonton di atas sokongan yang diberikan terhadap filem tersebut.

Gauri dan anak perempuannya, Suhana melawat panggung wayang Inox dan Metro Cinema pada tengah hari semalam.

Bercakap kepada media, beliau berkata, "Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Kami benar-benar gembira. Hari ini (semalam), filem itu ditayangkan di semua tempat. Saya fikir perkara terbaik adalah dengan mengatakan Jai Maharashtra dan kami sayangkan Mumbai," katanya.

Beliau berkata, Shah Rukh, yang akan tiba pada hari ini juga 'sangat seronok'.

"Saya rasa beliau akan mengunjungi semua panggung wayang hari ini bersama Karan Johar untuk bertemu dengan para peminatnya.

"Hari ini (semalam) beliau sangat gembira dan akan menemui semua orang esok (hari ini)," katanya.

Selain itu, sebagai maklum balas kepada reaksi penonton, Gauri berkata, "Karan telah berusaha selama tiga tahun untuk mencapai kejayaan itu.

"Atas kerana usaha keras inilah yang membawa kepada kejayaan ini. Sebuah filem tidak akan menjadi yang terbaik disebabkan kontroversi," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap