Kawan-kawan

Selasa, 16 Februari 2010

Hayati pengorbanan, kasih ibu dalam ‘Dunia Batinku’ (Sinar Harian)


Slot Cerekarama di TV3 bakal menayangkan sebuah karya dari JS Pictures 'Dunia Batinku' yang menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey Suhaiza, Shahrolnizam, Fathia, Nina Caryn dan ramai lagi bersiaran pada 20 Februari 2010 jam 9.00malam.

'Dunia Batinku' adalah hasil nukilan gandingan mantap suami isteri, Jinggo (Azman Yahya) dan Sheila Rusly dari JS Pictures yang diilhamkan melalui telemovie yang bukan sahaja menyentuh perasaan tetapi juga sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran bersama menekankan kepentingan kasih sayang keluarga, pengorbanan mulia seorang ibu serta rasa hormat dan taat setia anak-anak kepada orang tua mereka.

Bak kata pepatah kehidupan, “Semangat bersama air mata ialah teman setia untuk kita meneruskan kehidupan yang ada. Yang pergi pasti tidak akan kembali.”

'Dunia Batinku' mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup dengan suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. Kehilangan suaminya menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mertuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tidak ada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Namun, dugaan demi dugaan, kini adik bongsunya, Siti Mariam pula dihantar ke rumah anak-anak yatim. Bagaimanakah nasib ketiga-tiga yatim piatu bersama nenek mereka yang semakin uzur?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap