Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Case 39. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Case 39. Papar semua catatan

Selasa, 2 Februari 2010

Mesti Tonton: Kelainan dalam Case 39 (Berita Harian)

Filem seram yang membuatkan anda menjerit

  • Judul: Case 39
  • Pelakon: Renée Zellweger, Bradley Cooper, Ian McShane, Kerry O'Malley, Callum Keith Rennie dan Jodelle Ferland
  • Pengarah: Christian Alvart
  • Penulis skrip: Ray Wright
  • Genre: Seram Thriller
  • Durasi:1 jam 51 minit
DALAM pada orang sibuk memperkatakan mengenai kehebatan filem seram Paranormal Activity, ada sebuah lagi filem yang bergenre sama yang tidak kurang hebatnya pada pengamatan penulis. Hasil tulisan Ray Wright dan diarahkan oleh Christian Alvart, filem Case 39 mampu membuatkan bulu roma berdiri serta mengundang perasaan cemas dan takut sepanjang filem ini diputarkan.

Kisah bermula dengan memaparkan babak di sebuah rumah usang pada waktu malam. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang dalam ketakutan dan begitu juga kedua ibu bapanya. Biarpun ia sekadar babak pengenalan, namun situasi itu bakal menjawab persoalan yang timbul di pengakhiran filem itu nanti.

Berbeza dengan filem Paranormal Activity yang diambil dari situasi sebenar di lokasi kejadian, Case 39 pula membongkar misteri seorang kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa penderaan ibu dan bapanya sehingga menyebabkan pelajarannya merosot. Kes ini kemudian dikendalikan seorang pekerja sosial yang dilakonkan oleh bekas pemenang Oskar, Renee Zellwegger menerusi watak Emily Jenkins.

Percaya bahawa kanak-kanak itu mengalami trauma apatah lagi apabila dia sendiri menyaksikan Lilith hampir menjadi mangsa kekejaman kedua orang tuanya sendiri menyebabkan Emily nekad untuk mendapatkan penjaga baru kepada kanak-kanak malang itu. Namun melihat kepada kebaikan yang ditunjukkan Emily membuatkan Lilith merasa Emily adalah penjaga paling layak untuk melindungi dirinya.

Walaupun pada awalnya Emily agak keberatan namun atas dasar simpati akhirnya dia bersetuju memelihara kanak-kanak berusia 10 tahun itu tanpa menyedari tindakannya itu adalah permulaan kepada segala-galanya.

Sejak Lilith tinggal bersamanya, pelbagai kejadian aneh berlaku dan lebih menakutkan apabila berlakunya kematian yang mengerikan membabitkan mereka yang rapat dengan Emily.

Kekuatan filem ini sebenarnya terletak pada kehebatan pelakon utamanya. Watak Lilith yang dilakonkan Jodelle Ferland cukup berkesan. Sebagai kanak-kanak yang teraniaya, mimik muka dan lontaran dialognya cukup meyakinkan sehingga ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialaminya. Tak siapa yang tahu bahawa di sebalik kelembutan wajah dan tutur katanya, Lilith sebenarnya menyimpan rahsia hitam yang hanya dapat diketahui di penghujung ini.

Filem ini digarap dengan cukup kemas. Plotnya tersusun serta mudah difahami penonton. Paling menarik adalah dari segi gerak kerja kamera kerana ia menyumbang kepada ketakutan penonton ditambah dengan kesan bunyi yang menyeramkan. Walaupun ramai yang menyifatkan filem seram pada masa kini agak kelise namun Case 39 memberikan kelainan kepada penonton. Nantikan kejutan di penghujung filem ini. Selamat menjerit di pawagam.

Sabtu, 23 Januari 2010

Case 39 Trailer

Case 39 (Harian Metro)

SEORANG pekerja sosial, Emily Jenkins merasakan dirinya sudah menempuhi pelbagai masalah membabitkan penderaan kanak-kanak. Namun, untuk kes terbarunya, Emily berjumpa dengan seorang budak perempuan, Lilith Sullivan.

Selepas diselidiki, Emily terkejut ibu dan bapa Lilith cuba membunuh anak kecil itu. Bagaimanapun, Emily berjaya menyelamatkannya dan membuat keputusan untuk menjaga Lilith sehingga bertemu dengan keluarga angkat yang sesuai.

Namun, igauan ngeri mula menghantui hidupnya apabila Lilith lebih merbahaya daripada ibu bapanya itu. Akhirnya, Emily terperangkap bersama Lilith dan hanya satu cara untuk menyelamatkan dirinya adalah dengan membunuh budak perempuan berkenaan.

Melihat sedutan sinopsis di atas, penonton barangkali sudah dapat mengagak perjalanan cerita arahan Christian Alvart. Namun, apa yang bakal anda perolehi ketika menontonnya lebih dari memeranjatkan.

Jalan ceritanya juga menjanjikan elemen suspens yang menarik. Malah, penulis sendiri bagai tidak senang duduk ketika menonton filem ini. Barangkali juga, penonton juga akan turut diheret mengikuti filem berkenaan.

Jika anda sudah jemu dengan pelbagai filem aksi yang dipaparkan di layar perak, kosongkan fikiran dan nikmati persembahan Alvart ini. Anda bakal disajikan dengan filem yang sederhana tetapi menarik.


Data

FILEM: Case 39
ARAHAN: Christian Alvart
PELAKON: Ian McShane, Jodelle Ferland dan Renee Zellweger
GENRE: Thriller / Horror
TAYANGAN: 14 Januari 2010
ULASAN: Firdaus Sahat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap