Kawan-kawan

Sabtu, 23 Januari 2010

Case 39 (Harian Metro)

SEORANG pekerja sosial, Emily Jenkins merasakan dirinya sudah menempuhi pelbagai masalah membabitkan penderaan kanak-kanak. Namun, untuk kes terbarunya, Emily berjumpa dengan seorang budak perempuan, Lilith Sullivan.

Selepas diselidiki, Emily terkejut ibu dan bapa Lilith cuba membunuh anak kecil itu. Bagaimanapun, Emily berjaya menyelamatkannya dan membuat keputusan untuk menjaga Lilith sehingga bertemu dengan keluarga angkat yang sesuai.

Namun, igauan ngeri mula menghantui hidupnya apabila Lilith lebih merbahaya daripada ibu bapanya itu. Akhirnya, Emily terperangkap bersama Lilith dan hanya satu cara untuk menyelamatkan dirinya adalah dengan membunuh budak perempuan berkenaan.

Melihat sedutan sinopsis di atas, penonton barangkali sudah dapat mengagak perjalanan cerita arahan Christian Alvart. Namun, apa yang bakal anda perolehi ketika menontonnya lebih dari memeranjatkan.

Jalan ceritanya juga menjanjikan elemen suspens yang menarik. Malah, penulis sendiri bagai tidak senang duduk ketika menonton filem ini. Barangkali juga, penonton juga akan turut diheret mengikuti filem berkenaan.

Jika anda sudah jemu dengan pelbagai filem aksi yang dipaparkan di layar perak, kosongkan fikiran dan nikmati persembahan Alvart ini. Anda bakal disajikan dengan filem yang sederhana tetapi menarik.


Data

FILEM: Case 39
ARAHAN: Christian Alvart
PELAKON: Ian McShane, Jodelle Ferland dan Renee Zellweger
GENRE: Thriller / Horror
TAYANGAN: 14 Januari 2010
ULASAN: Firdaus Sahat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap