Kawan-kawan

Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adi Putra. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Jun 2012

Dongen Cinderell Versi Melayu

Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2012
Dongen g Cinderell a Vers i Melay u
Dongen g Cinderell a Vers i Melay u

LAKONAN hebat, si cilik, Erynne Erynna, dapat disaksikan dalam telemovie terbaru, Fantasi Si Laila, di slot tontonan ramai, Citra, jam 10 malam, di TV2.

Drama arahan Adam Hamid ini turut dibintangi Adi Putra dan Elly Mazlein, Ruminah Sidek, Fazdrin Danial, Zarynn dan Sweet.

Mengangkat kisah yang berlaku di kalangan kanak-kanak, drama ini punya mesej tersendiri untuk dikongsi bersama. Kisah bermula dengan Laila, yang memiliki badan gemuk dan sangat nakal. Hobinya suka membuli kawan-kawan di sekolahnya hingga merisaukan ibu dan ayahnya.

Dalam diam, Laila, menyimpan impian mahu menjadi secantik puteri dongeng Cinderella. Siapa sangka, impiannya termakbul apabila bertemu dengan seorang nenek. Keesokan harinya, Laila, terkejut melihat perubahan dirinya. Dia kini tidak lagi gemuk seperti dulu malah lebih kelihatan cantik. Ibu bapanya juga terkejut sehingga tidak percaya anaknya itu berubah begitu drastik. Di sekolah, semua rakan-rakannya terpegun melihat kecantikan Laila yang tidak ubah seperti seorang puteri kecil.

Bagaimanapun, Laila semakin sombong dengan perubahan dirinya dan semakin suka membuli. Apakah yang berlaku di penghujung cerita? Saksikannya kesudahan drama ini di TV2!

--- SINAR HARIAN

Rabu, 29 Jun 2011

Persediaan Adi Putra




KATA aktor dengan nama Adi Putra, elemen gila penting dalam pembawaan seorang pelakon. Gila yang dimaksudkan itu adalah terhadap karakter yang dijiwai dan dibawakan.

“Sejak mula berlakon dengan produksi Erma Fatima saya sudah meletakkan elemen ‘gila’ dalam lakonan saya. Elemen itu menyebabkan lakonan saya lebih efektif,” ujarnya serius agar khalayak mengerti maksud gila yang dikatakan.

Persedian lakonan Adi juga gila. Sekelip mata dia mampu mengecilkan dan membesarkan susuk tubuh untuk sebuah karakter dan kesesuaian watak lakonannya.

“Sewaktu berlakon filem Haq saya sudah membina badan saya, menjadi agak besar. Selepas itu saya berlakon filem Hanyut saya kecilkan pula untuk menepati karakter. Untuk filem terbaru saya yang berada di pawagam pada 9 Jun ini, KL Gangster, saya tukar bentuk badan dan imej, semua untuk karakter juga,” ujarnya yang mengagumi kesanggupan pelakon Bollywood menukar bentuk badan.

Dia melakukan kerja ‘gila’ menukar bentuk badan untuk meyakinkan penonton akan karakternya. Malah katanya dengan badan yang meyakinkan, dia lebih selesa dan berlenggang tanpa baju dalam filem. Tuntutan watak Jai dalam filem KL Gangster juga tidak membuahkan canggung dengan susuk tubuh Adi yang pejal.

“Tidak dinafikan itu salah satu strategi pemasaran juga apabila aktor menanggalkan baju. Tetapi ia perlu mengikut kesesuaian watak saya sebagai gangster. Malah dengan tidak berbaju, ia tidak menganggu saya untuk melakonkan aksi-aksi dalam filem tersebut,” akuinya yang memilih ikan untuk mengecilkan badan manakala ayam pula untuk membina balik tubuhnya.

“Jai itu jiwanya jahat. Saya tidak pernah bawa watak antagonis yang sebegitu. Jai menuntut stamina yang banyak kepada saya kerana melibatkan 70- 80% aksi,” ujar Adi yang senang bekerjasama dengan sutradara muda, Syamsul Yusuf yang dianggap memberi ruang besar untuk dia tampil kreatif dengan wataknya.

Berdebar menunggu respons khalayak terhadap filem terbaru lakonan bersama Zizan Raja Lawak, Aaron Aziz dan Sofii Jikan, Adi juga berkongsi pengalaman berlakon di negara orang.

Berpeluang ke Sepanyol untuk produk drama Suria Di Cordoba, Adi menyatakan keseronokannya melangkah ke negara luar atas tugasan sebagai seorang aktor. Manakan tidak, 60 peratus daripada adegan drama itu menjalani penggambaran di bandar raya Cordoba dan Madrid, Sepanyol, sementara selebihnya di tanah air.

“Saya membawakan watak Indra Putra dan berpeluang berlakon bersama Fahrin yang membawakan watak Tengku Huzir dan Sari Yanti sebagai Suria Khadijah Parker. Di sana selain berlakon, saya juga dapat menyaksikan keindahan alam dan reka bentuk bangunan yang mengagumkan,” ujar Adi tentang drama bersiri 26 episod tersebut yang telah pun menemui penonton Astro Prima (saluran 105) setiap hari Selasa pukul 9 malam mulai 7 Jun lalu.

Drama bersiri Suria Di Cordoba berkisar kisah seorang gadis moden campuran Melayu-Sepanyol lakonan Sari Yanti yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan. Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia diuji Allah dengan cinta yang luar biasa.

----- Kosmo Online

KL Gangster 'luar biasa'

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bharian.com.my
2011/06/29

ADI Putra (duduk kanan), Aaron Aziz dan Syamsul antara teraju utama filem KL Gangster.
ADI Putra (duduk kanan), Aaron Aziz dan Syamsul antara teraju utama filem KL Gangster.

Catat kutipan kasar RM11.4 juta selepas 14 hari tayangan

FILEM KL Gangster memecahkan rekod dan mencatatkan sejarah industri filem tempatan kerana sehingga Ahad lalu, membuat pungutan kasar ‘luar biasa’ iaitu RM11.4 juta.
Ini menunjukkan selepas 18 hari ditayangkan iaitu sejak 9 Jun lalu, purata kutipan kasar filem ialah kira-kira RM630,000 sehari. Angka itu menunjukkan filem tempatan sudah mendapat tempatnya sendiri, tidak kiralah sama ada penonton berulang kali menonton atau dari kalangan penonton baru.
Malahan penayangan satu filem seminggu tidak perlu menjadi isu diperbesarkan. Kalau cerita bagus, sambutan penonton cukup membanggakan. Malahan kutipan tinggi daripada beberapa filem tempatan sebelum ini juga membuktikan kehadiran filem blockbuster daripada Hollywood tidak menggentarkan produser lagi.

Kebanyakan penonton, walaupun mereka menonton filem luar negara, tetapi pada masa tidak melepaskan peluang melihat filem keluaran tempatan. Apa yang penting ceritanya menarik.

Filem KL Gangster adalah yang kelima arahan Syamsul Yusof yang menampilkan pelakon, Aaron Aziz, Adi Putra, Ridzuan Hashim, Zizan, Sheera, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Syamsul sendiri, mampu melepasi angka kutipan kasar yang luar biasa meskipun terpaksa bersaing dengan filem hebat Hollywood, X-Men dan Kung Fu Panda.

Namun, angka terbabit dijangka mampu melonjak ke RM12 juta jika dicampurkan dengan kutipan di pawagam bebas yang kini semakin rancak ditayangkan dan mencecah kira-kira RM300,000.
Walaupun kekerapan waktu tayangan sudah dikurangkan kerana kemasukan filem baru serta kekurangan dewan tayangan, KL Gangster masih lagi mendapat sambutan sehingga ke hari ini.

Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan dikecapi anaknya itu satu pencapaian yang tidak diduga selain menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap keupayaan pengarah muda itu.

“Syukur alhamdulilah apa yang kita capai ini di luar dugaan dan satu kejutan. Saya bangga kerana menjadi filem Melayu pertama yang dapat mencapai jumlah kutipan kasar yang tinggi menyaingi filem Hollywood.

“Saya rasa akan ada filem Melayu lain yang mencapai kutipan lebih baik daripada ini, tetapi kita tidak tahu bila masanya kerana filem saya dulu pernah capai RM6 juta dan saya jangka akan ada filem lain yang akan melepasi angka itu,” katanya ketika dihubungi HIP.

Melihat kepada perkembangan positif terbabit dan sambutan masyarakat terhadap filem Melayu kini yang semakin memberangsangkan, Yusof membayangkan akan menghasilkan lebih banyak filem yang dapat diterima semua lapisan masyarakat.

Meskipun filem hebat Hollywood, Transformers akan menjengah ke panggung, namun masih terdapat permintaan daripada pihak panggung untuk meneruskan tayangan KL Gangster untuk beberapa hari lagi.

“Kita masih ada beberapa hari lagi tayangan dan Insya-Allah kita mampu capai RM12 juta walaupun waktu dan dewan tayangan sudah dikurangkan.

“Memang ada ada antara panggung yang sudah tarik balik tayangan kerana banyak filem yang akan masuk, namun kita cukup berpuas hati dengan hasil yang diperoleh sekarang,” jelasnya.
Melihat kepada peningkatan bagi setiap filem arahan anaknya, KL Drift, Bohsia, Evolusi KL Drift dan Khurafat, Yusof menjangkakan akan ada peningkatan serta sambutan yang serupa terhadap filem keenam Syamsul nanti.

KL Gangster 2 bermula Oktober

SAMBUNGAN KL Gangster ini yang masih mengekalkan Syamsul sebagai pengarahnya akan menjalani penggambaran Oktober depan dengan kos penerbitannya sekitar RM3 juta.

Kos yang tinggi kerana membabitkan ramai pelakon terkenal tanah air termasuk Rosyam Nor.

“Filem ini akan menyingkap kembali kisah Aaron Aziz macam mana dia boleh terjebak dengan kumpulan gangster selain beberapa pelakon hebat lain. Jalan ceritanya lebih mencabar dengan pelbagai aksi dramatik. Penggambaran masih di sekitar KL tetapi akan ada beberapa lokasi di luar KL,” katanya.

Walaupun filem terbabit akan menjalani penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, namun Syamsul kini sedang sibuk membuat persiapan awal sebelum menjalani penggambaran sepenuhnya nanti.

Melihat kepada kejayaan itu, Syamsul dikatakan mahu melihat karya keenamnya itu digarap dengan lebih baik lagi berbanding filem kelimanya agar terus mendapat sambutan hangat daripada peminat.

“Saya nak melihat dia berjaya dalam kariernya dan saya sering menasihatinya supaya jangan cepat berasa selesa dan bangga diri sehingga lupa tanggungjawab dalam berkarya.

“Saya nak dia kekalkan pencapaian yang dia kecapi kini dan terus hasilkan karya yang lebih bermutu lagi kerana nak naik memang susah tetapi nak jatuh senang,” katanya.

Keupayaan jejaka berusia 27 tahun ini dilihat kian menyerlah dalam setiap filem arahannya, malah mampu membawa industri perfileman negara ke tahap yang membanggakan dengan karya yang bermutu dan berkualiti.


INFO

Lima filem tempatan yang mencapai kutipan tertinggi dari Januari 2011 hingga Jun 2011

1. KL Gangster - 11.40 juta
2. Kongsi - 8.09 juta
3. Khurafat - 8.08 juta
4. Hikayat Merong Mahawangsa - 6.50 juta
5. Nur Kasih The Movie - 4.92 juta

----- Berita Harian Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap