Kawan-kawan

Isnin, 15 Februari 2010

Filem ‘Valentine’s Day’ catat kutipan box office (Utusan Malaysia)

15/02/2010 3:07pm

LOS ANGELES 15 Feb. - Filem `Valentine’s Day’, kisah mengenai hubungan yang terputus dan terjalin kembali yang dibuka tayangannya di Los Angeles berjaya mencatat kutipan rekod box office pada minggu sambutan Hari Memperingati Kekasih di Amerika Utara, dengan kutipan berjumlah AS$52.4 juta (RM183.4 juta).

Filem percintaan romantis lakonan Jessica Alba, Patrick Dempsey dan Ashton Kutcher berjaya mengenepikan catatan rekod box office filem ‘Ghost Rider’ pada tahun 2007 dengan jumlah kutipan AS$52 juta (RM182 juta).

Filem mitos pengembaraan fantasi `Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief’ berdasarkan buku tulisan Rick Riordan, lakonan Pierce Brosnan dan Uma Thurman, menduduki tempat kedua dengan kutipan sebanyak AS$31.1 juta (RM108.85 juta).

Filem legenda serigala jadian yang dibikin semula, `The Wolfman’ yang membariskan barisan pelakon Benisio del Toro, Anthony Hopkins dan Geraldine Chaplin meraih catatan box office sebanyak AS$30.6 juta (RM107.1 juta) untuk menempatkan filem tersebut di tempat ketiga.

‘Avatar’, filem epik sains fiksyen yang dikatakan sebagai sebuah filem paling banyak mencatat keuntungan dengan kutipan AS$2 bilion (RM7 bilion) di seluruh dunia hanya menduduki tangga ke empat catatan sepanjang minggu Hari Memperingati Kekasih. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap