Kawan-kawan

Selasa, 2 Februari 2010

Kutipan Avatar capai rekod RM6.9 bilion (Berita Harian)

LOS ANGELES: Filem Avatar mencatat rekod 'box-office' baru kutipan tiket di seluruh dunia minggu lalu dengan melepasi angka AS$2 bilion (RM6.8 bilion), sekali gus mengatasi rekod Titanic.

"Filem arahan James Cameron itu mencatat kutipan AS$2.039 bilion (RM6.9 bilion) selepas tayangan lebih dua bulan," kata pengedar filem, 20th Century Fox.

Isnin lalu, Avatar melepasi kutipan Titanic pada 1998, iaitu AS$1.843 bilion (RM6.22 bilion).

Ketika Avatar dijangka meraih banyak trofi Oscar khususnya dalam kategori teknikal, filem itu dibayangi The Hurt Locker, filem perang bajet rendah arahan bekas isteri Cameron, Kathryn Bigelow.


Bigelow menerima trofi pengarah terbaik dalam Anugerah Lembaga Pengarah Amerika, Sabtu lalu. Hanya enam kali dalam tempoh 62 tahun, pemenang trofi itu turut meraih Oscar kategori sama.

Titanic meraih 14 pencalonan menang 11 anugerah termasuk filem, pengarah dan penyunting terbaik.

Dalam perkembangan lain, filem pertama aktor Mel Gibson sejak 2002, iaitu Edge of Darkness mula ditayangkan dan mendapat tempat kedua terbaik carta seminggu.

Tayangan Warner Bros itu meraih AS$17.1 juta (RM58.14 juta) yang melepasi jangkaan kutipan. � Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap