Kawan-kawan

Selasa, 2 Februari 2010

Kisah Mandela dan kejohanan ragbi dalam filem Invictus (Utusan Malaysia)

LONDON 1 Feb. - Bintang Hollywood, Matt Damon dan Morgan Freeman menghadiri majlis karpet merah di London semalam sempena tayangan perdana filem Invictus yang mengisahkan tentang Nelson Mandela dan Piala Dunia Ragbi 1995.

Filem yang diarahkan oleh Clint Eastwood ini menceritakan usaha Presiden Afrika Selatan ketika itu untuk menyatukan negara bekas aparteid menjelang kejohanan ragbi di negara itu.

Eastwood yang turut menghadiri tayangan perdana tersebut memberitahu BBC TV: "Ini adalah satu pendekatan yang sangat menarik oleh ahli politik dengan menggunakan sukan untuk menyatukan semula negara".

"Ini menunjukkan Mandela sangat kreatif dalam mempertimbangkan sesuatu perkara," katanya.

Freeman memainkan watak Mandela, yang mempunyai hubungan rapat dengan kapten kulit putih dari kumpulan Afrika Selatan, Francois Pienaar yang dilakonkan oleh Damon.

"Dia sedar jika pasukan ragbi itu menang, ia adalah sumbangan besar kepada negara dan jelas ia berjaya," kata pelakon veteran Amerika Syarikat yang menyuarakan harapan agar filem ini menerima pencalonan Oscar.

Eastwood mengaku bahawa 'aspek rumit' dalam pembikinan filem tersebut adalah sukan ragbi itu sendiri - bukan sukan popular di Amerika Syarikat (AS).

"Ia adalah satu sukan yang sukar untuk dilakonkan, anda perlu benar-benar bermain dan merakamkannya," kata Eastwood. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap