Kawan-kawan

Sabtu, 9 Jun 2012

Ketiadaan Villa dirasai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipz6cBCGWmyVmbjPqxqaTBVJ7Tf8oh7MS5e0hhdTPqvIqOkL_dU55Mn9q5iCecZi2aEfGtARI2LpoKN3XlLurzP3BFb_VC7XR1YWP5tq9nt-280kpF4gU3Ydv0XvrcSRCFVrEfwDxQVrE/s1600/david_villa_photo_05.jpg

GDANSK (Poland): Tidak kira Itali ataupun Sepanyol, kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu percaya ketiadaan penyerang sensasi David Villa akan memberi kesan dalam pertembungan mereka bagi aksi pertama Kumpulan C pada Euro 2012, awal pagi esok.

Sepanyol kehilangan pemegang rekod penjaring terbanyak namun dianggap tidak seteruk Itali yang berdepan masalah dalam dan luar padang berikutan skandal rasuah dalam liga domestik dan kekalahan 0-3 di tangan Russia pada aksi persahabatan Jumaat lalu.


Villa, pemegang rekod penjaring terbanyak Sepanyol adalah wira skuad negaranya dua tahun lalu ketika menjulang trofi Piala Dunia namun terpaksa disisihkan dalam kejohanan ini kerana masih belum sembuh akibat kecederaan patah kaki.

Namun biarpun tanpa penyerang bintang itu, pemain sayap Pedro Rodriguez percaya mereka tidak akan ketandusan jaringan.


“David Villa pemain sangat penting jika mengambil kira gol yang disumbangkannya, dia penyerang yang sangat bahaya.


“Namun dalam skuad ini masih ada pemain yang mampu menghasilkan gol seperti (David) Silva, (Andres) Iniesta, (Juan) Mata atau (Jesus) Navas.

“Kami akan mencari gol tanpa kehadiran Villa bagi membolehkan kami mara ke peringkat sejauh mungkin dalam Euro.” Sepanyol bukan saja kehilangan Villa malah tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan tengah, Carles Puyol akibat kecederaan.


Namun pemain tengah Itali, Thiago Motta menyatakan pemain gantian yang mengambil tempat pemain itu juga mampu beraksi hebat.

“Pasukan mereka tidak akan menjadi lemah, mereka dalam prestasi baik dan dalam tempoh empat tahun lalu, mereka memenangi semua kejohanan utama,” kata pemain kelahiran Brazil itu. - AFP

--- HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap