Kawan-kawan

Selasa, 16 Februari 2010

Filem: Fantasi Columbus (Harian Metro)

DIARAHKAN sutradara filem Harry Potter, Chris Columbus kembali dengan fiksyen Percy Jackson And The Lightning Thief. Seperti Harry Potter juga, Columbus bijak bermain dengan pelakon muda bagi meninggalkan impak dalam karyanya.

Selain pelakon baru, beberapa nama besar Hollywood turut diselitkan sebagai watak tambahan dan ia sudah cukup untuk menjadikan filem ini sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Selain itu, penampilan pelakon ternama seperti Alexandra Daddario, Brandon T Jackson dan Uma Thurman juga membantu lakonan Logan Lerman yang memegang watak utama sebagai Percy.

Menggunakan idea berkonsepkan mitologi, filem ini bakal digilai peminat genre ini, terutama remaja. Dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang mengujakan, ditambah pula jalinan cerita menarik, Percy Jackson And The Lightning Thief tidak seharusnya dilepaskan oleh kaki wayang.

Filem ini mengisahkan Percy, anak kepada dewa bernama Poseidon dan menyedari dirinya separuh manusia dan separuh lagi memiliki kuasa dan tubuh badan tuhan. Percy juga berkawan baik dengan rakannya iaitu Grover (separuh manusia dan separuh kambing) yang turut bertindak sebagai penjaganya.

Menariknya, Percy dituduh mencuri senjata paling berkuasa di alam semesta oleh golongan dewa yang menyimpan hasad dengki kepada ayahnya dan dirinya.

Bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dan bagi menjernihkan masalah yang terjadi kalangan dunia dewa, Percy memulakan pengembaraan mencari siapa sebenarnya pencuri.


>Data
FILEM: Percy Jackson And The Lightning Thief
PENGARAH: Chris Columbus
PELAKON: Alexandra Daddario, Brandon T Jackson, Catherine Keener, Logan Lerman, Pierce Brosnan, Rosario Dawson dan Uma Thurman
GENRE: Fantasi
TAYANGAN: 11 Februari 2010
PENGULAS: Firdaus Sahat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap