Kawan-kawan

Selasa, 16 Februari 2010

Filem: 7 cerita cinta, konflik (Harian Metro)

SELEPAS melonjak naik menerusi Pretty Woman pada 1990 dan Runaway Bride (1999), sutradara Garry Marshall kembali dengan Valentine’s Day yang memikat.

Membariskan ramai bintang ternama, penonton disajikan dengan tujuh cerita dan insiden yang berkait antara satu sama lain pada Hari Kekasih serta konflik cinta masing-masing.


Marshall memaparkan cinta bukan sekadar lafaz kasih sayang atau kiriman sejambak bunga, tetapi menyakitkan apabila dikhianati. Bermula dengan lamaran di pagi Hari Kekasih, diikuti harapan anak kecil yang mula mengenal erti cinta, parti anjuran mereka yang bencikan sambutan Valentine, cinta abadi sepasang warga emas serta pengumuman bintang sukan terkenal, semuanya mampu menjentik jiwa penonton.


Biarpun mengetengahkan ramai pelakon terkenal, Marshall bijak mengembangkan semua watak dengan saksama sehingga nampak sempurna dan tiada istilah ada yang lebih menonjol berbanding yang lain. Pendek kata, setiap cerita dan watak punya impak tersendiri.


Penonton pasti jatuh cinta dengan lakonan Ashton Kutcher yang cukup bersahaja, begitu juga aksi anak kecil yang beriya-iya mahu kad dan bunga pilihannya dihantar kepada gurunya pasti buat anda tersenyum.


Bagi mereka yang mengharapkan penyampaian romantik, lupakan saja kerana filem ini banyak menyelitkan elemen komedi, menjadikannya berbeza daripada filem bertemakan Hari Kekasih sebelum ini.


Ia juga barangkali membuka minda pasangan kekasih atau suami isteri untuk lebih terbuka dan menilai kembali hubungan mereka.


>Data
FILEM: Valentine’s Day
PENGARAH: Garry Marshall
PELAKON: Ashton Kutcher, Jennifer Garner, Jessica Alba, Anne Hathaway, Julia Roberts, Jamie Foxx dan Shirley Maclaine
GENRE: Komedi/Romantik
TAYANGAN: 11 Feb 2010
PENGULAS: Shakilawati Abd Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap