Kawan-kawan

Sabtu, 6 Februari 2010

AC Mizal lega, sedih tinggalkan AF (Utusan Malaysia)


AC MIZAL ketika mengendalikan Akademi Fantasia musim ketujuh.


ENJADI pengacara program realiti televisyen (TV) nombor satu tanah air, Akademi Fantasia (AF) tentunya merupakan impian setiap pengacara yang ada di negara ini termasuklah AC Mizal yang sempat mengacarakan AF6 dan AF7.

Bagaimanapun, tahun ini pengacara berusia 39 tahun itu menarik diri daripada mengendalikan AF8 yang dijangka bersiaran mulai Mac ini kerana tidak mampu memberi sepenuh komitmen terhadap program terbitan Astro Ria tersebut.Menurut AC, dia berasa lega tetapi pada masa sama sedih kerana terpaksa meninggalkan tugas pengacaraan dalam program realiti TV itu bagi memberi lebih tumpuan terhadap syarikat AC Consortium yang ditubuhkannya baru-baru ini.

"Terus- terang saya katakan bahawa saya berasa sedih meninggalkan AF kerana menjadi pengacara program realiti TV ini merupakan cita-cita saya sejak dari dulu lagi. Tidak kira apa orang hendak kata tentang program ini sama ada ia berbentuk positif atau negatif."Ini kerana, berjuta penonton yang menyaksikan AF dan komen-komen yang dikeluarkan juga berbeza-beza. Saya sedih kerana terpaksa tinggalkan sesuatu yang telah saya lalui selama ini. Nama saya sudah ada dalam sejarah AF selama dua kali (AF6 dan AF7)."Saya bangga kerana telah buat (lakukan sebagai pengacara AF). Pada masa sama saya lega kerana telah menjelaskan perkara ini dengan baik kepada pihak AESB (Astro Entertainment Sdn. Bhd.). Mereka faham dengan keadaan saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin.Pada sidang akhbar yang diaturkan oleh AESB itu, AC mengumumkan bahawa dia tidak lagi menjadi pengacara AF bagi memberi tumpuan kepada bidang perniagaan seakan-akan jualan langsung yang sedang diusahakannya itu.Pengacara rancangan AC Di sini dan AC! itu menjelaskan sudah sampailah masanya beliau menggunakan populariti dan kemampuannya bagi membantu pihak-pihak lain menerusi syarikat konsortiumnya yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu."Saya tidak mahu tipu orang bahawa saya boleh buat semua perkara dalam satu masa. Apatah lagi, buat masa ini saya ada komitmen besar. Saya harap komitmen baru saya ini dapat membantu lebih ramai orang. Saya sudah 20 tahun berada dalam industri ini (hiburan)."Saya juga sudah dua musim bersama AF. Selama tiga bulan dengan komitmen dan syarikat konsortium saya itu, saya telah menjana pendapatan ramai orang. Tidak perlulah saya beritahu jumlahnya tetapi ia mencecah jutaan ringgit," ujarnya.Menceritakan mengenai AC Consortium yang diasaskannya itu, kata bekas anggota kumpulan rap 4U2C ini, dana bagi menjalankan perniagaan yang berteraskan barangan atas namanya AC itu mendapat suntikan daripada sebuah syarikat dikenali sebagai Arastu Sdn. Bhd.Beliau yang masih mempunyai kontrak selama tiga tahun sebagai Artis Eksklusif di Astro mahu menggunakan peluang itu bukan sahaja menjual produk-produk atas jenamanya tetapi pada masa sama mampu melebarkan lagi jualannya sehingga ke luar negara."Antara produk yang saya keluarkan atas jenama AC ini ialah TV, radio dan rantai tangan. Arastu Sdn. Bhd. telah menyuntik dana kepada syarikat saya sebanyak RM200 juta. Saya harap melalui cara jualan yang separuh seperti jualan langsung ini akan dapat membantu ramai orang."Namun, pada masa sama saya tidak akan bersara daripada dunia hiburan kerana ia tidak boleh dipisahkan dalam diri saya. Karier saya sebagai artis tetap akan diteruskan. Saya sudah lama mahu membuat keputusan ini tetapi baru sekarang tiba masa yang sesuai," katanya lagi.Sementara itu Pengurus Astro Ria, Azlin Reza Azmi turut menyifatkan penarikan diri AC daripada AF8 merupakan suatu keputusan yang diambil bersama AESB demi menjaga kepentingan masa depan pengacara dan program realiti TV tersebut.Katanya, Astro akan terus berbincang dengan AC bagi meneruskan atau mengadakan rancangan-rancangan lain di saluran itu berbanding AF yang memerlukan komitmen jitu daripada pengacara yang menyandang posisi itu."Ini kerana dalam AF kita akan sentiasa mengadakan pelbagai perubahan dari semasa ke semasa sama ada daripada segi format atau segmen. Semua itu memerlukan komitmen yang bukan kepalang. Kita faham dengan komitmen yang ada pada AC sekarang ini. Sebab itu keputusan ini diambil bagi kebaikan kedua belah pihak," komennya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap