Kawan-kawan

Sabtu, 6 Februari 2010

Cinta Laura menang saman (Kosmo)


CINTA LAURA


AKTRES dan penyanyi, Cinta Laura kini boleh menghembus nafas lega. Khabarnya, pembelaan yang diajukan oleh pihak Cinta terhadap saman daripada sebuah produksi bernilai RM620,877 telah dikabulkan oleh Pengadilan Tinggi Jakarta. Ini bermakna, Cinta tidak harus membayar wang tersebut.

Meskipun keputusan Pengadilan Tinggi itu belum sampai ke Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, namun khabar tersebut tetap disambut gembira oleh pihak Cinta.

"Senang selepas dengar berita itu. Nanti, kami mahu buat kenduri kesyukuran," ujar Herdiana, ibu Cinta Laura.

Cinta yang berdarah Jerman itu bertegas bahawa tuduhan yang ditujukan kepadanya adalah tidak benar. Apa lagi keputusan Pengadilan Negeri Jakarta Pusat mengarahkan Cinta membayar ganti rugi sebanyak RM620,877.

"Harus bayar hampir sebanyak itu, bagaimana mahu fikir. Jumlah itu boleh bina satu sekolah," ucap ibu Cinta lagi yang telah membangunkan sebuah sekolah di kawasan Bogor.

Sebelum itu, Cinta telah disaman kerana dikatakan melanggar kontrak pada produksi MD Entertainment saat menjalani penggambaran sinetron Cinderella.

Dia kemudiannya diminta membayar ganti rugi sebanyak RM620,877 kepada PN Jakarta Pusat. Keputusan Pengadilan Negeri telah memberi kemenangan kes saman tersebut kepada MD Entertainment dan mengarahkan siswi Jakarta International School itu membayar wang tersebut. Namun, pihak Cinta telah mengajukan pembelaan ke Pengadilan Tinggi.

Menurut Herdiana, Cinta berasa tidak puas hati kerana kerja kerasnya selama ini tidak dihargai. Pelantun lagu Cinta atau Uang itu mengaku selalu bekerja tepat waktu.

"Cinta agak marah, sudah berbuat yang terbaik dan profesional, sinetron Cinderella juga sukses tetapi kenapa masih mahu disaman?," tambahnya

Saat ini Cinta berharap keputusan Pengadilan Tinggi segera keluar supaya dia dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kemunculan album terbarunya yang dijangka akan keluar pada 12 Februari depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap