Kawan-kawan

Isnin, 15 Februari 2010

Avatar, The Hurt Locker berlaga (Utusan Malaysia)

LOS ANGELES 3 Feb. - Kisah fantasi Avatar dan filem perang The Hurt Locker masing-masing menerima sembilan pencalonan semalam termasuk kategori filem terbaik yang meletakkan kedua-dua bersaing antara satu sama lain di barisan hadapan untuk anugerah filem tersohor dunia.

Ia mewujudkan beberapa elemen menarik kerana pengarah Avatar, James Cameron dan pengarah The Hurt Locker, Kathryn Bigelow, yang pernah hidup sebagai suami isteri akan bersaing satu sama lain bagi kategori pengarah terbaik.

Avatar merupakan sebuah filem fiksyen sains kembara angkasa lepas berbajet besar daripada 20th Century Fox dengan kutipan box office global berjumlah lebih AS$2 bilion (RM6.8 bilion).

Ia merupakan filem penjana pendapatan terhebat pernah dihasilkan yang berjaya mengetepikan filem hebat Cameron sebelum ini, Titanic.

"Ini sudah mengatasi jangkaan kami," kata penerbit Avatar, Jon Landau.

Sementara itu, The Hurt Locker merupakan sebuah filem bajet rendah mengisahkan askar-askar yang bertugas mematikan bom di Iraq dikeluarkan Summit Entertainment. Nilai jualan global filem berkenaan tidak sampai AS$16 juta (RM54.4 juta).

"Saya terkejut dengan jumlah pencalonan tetapi amat berbesar hati. Apabila sebuah filem dicalonkan dalam sembilan kategori berlainan, anda boleh menganggapnya satu pujian besar," kata penulis dan penerbit The Hurt Locker, Mark Boal.

Pencalonan Bigelow adalah sesuatu yang jarang berlaku. Hanya tiga wanita lain termasuk Sofia Coppola bagi filem Lost in Translation telah dicalonkan untuk pengarah terbaik sepanjang lebih 80 tahun sejak anugerah Oscar diperkenalkan oleh Motion Picture Arts and Sciences.

Hanya setakuk di belakang Avatar dan The Hurt Locker ialah filem fantasi Perang Dunia Kedua, Inglourious Basterds yang turut dicalonkan untuk filem terbaik. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap