Kawan-kawan

Isnin, 15 Februari 2010

Filem kedua Avatar? (Utusan Malaysia)


IMEJ yang dikeluarkan oleh 20th Century Fox, menunjukkan Cameron (dua dari kanan) menonton satu babak Avatar sambil ditemani pelakon filem itu, Sigourney Weaver (kiri), Joel David Moore and Sam Worthington semasa penggambaran dilakukan. - AP


LOS ANGELES 4 Feb. - Pengarah Kanada, James Cameron semalam memberitahu, dia boleh 'dipujuk' untuk menghasilkan sekuel kepada filem sains fiksyen Avatar yang berjaya memecahkan rekod blockbuster.

Filem berbentuk tiga dimensi (3D) tentang masa depan itu, mencatat satu lagi pencapaian baru kelmarin apabila ia berjaya mengetepikan rekod box office Amerika Utara yang sebelum ini dipegang sebuah lagi filem arahannya, Titanic yang ditayangkan pada 1997.

"Kami mungkin boleh dipengaruhi. Kita perlu lihat berapakah keuntungan yang boleh diperoleh daripada filem pertama," katanya ketika ditanya CNN tentang kemungkinan menerbitkan sebuah filem sekuel kepada Avatar.

Wang bukanlah isu utama, kerana Avatar dilaporkan telah mengaut lebih AS$2.1 bilion (RM7.2 bilion) di seluruh dunia, termasuk lebih AS$601.1 juta (RM2.103 juta) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, sekali gus menewaskan kutipan Titanic sebanyak AS$600.8 juta (RM2.1 juta).

Filem sains fiksyen itu turut menerima sembilan pencalonan anugerah Oscar termasuk kategori filem terbaik, kategori pengarah terbaik selain beberapa kategori pencapaian teknikal.

Dalam temu ramah pertama sejak filem arahannya mencatat kejayaan besar, Cameron berkata, dia 'sangat-sangat' terkejut dengan rekod yang telah berjaya diatasi.

"Ini bukan satu kenyataan merendah diri yang palsu. Kami ingat ia hanya akan muncul sebagai filem komersial, tapi kami tidak terfikir yang ia akan mencatat kutipan yang sangat tinggi.

"Saya boleh lihat corak yang sama dari satu segi antara Titanic dan Avatar. Bukan kerana persamaan filem kerana ia jelas menampilkan subjek berbeza, namun bagi kedua-dua filem tersebut, orang ramai tidak jemu-jemu untuk menontonnya berulang kali," katanya.

Dalam kedua-dua filemnya itu, Cameron berjaya memaparkan 'hubungan emosi' tanpa mengira latar belakang budaya penontonnya di seluruh dunia.

Walaupun tidak bercakap tentang pencalonan Oscar, Cameron mengakui, pembikinan Avatar yang dipercayai filem termahal setakat ini, bukanlah satu tugas mudah. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap