Kawan-kawan

Selasa, 2 Februari 2010

30 filem, drama diharam ditayangkan di Malaysia tahun lalu (Utusan Malaysia)

28/01/2010 7:35pm

PUTRAJAYA 28 Jan. – Sebanyak 30 filem dan drama dari luar negara telah diharam untuk ditayangkan di negara ini sepanjang tahun lepas, kerana mempunyai unsur lucah dan adegan yang terlampau ganas, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz.

Beliau berkata, filem dan drama itu, yang termasuk drama bersiri, ialah dari Amerika (Hollywood), Jepun, Korea Selatan, China dan India.

"Tiada filem atau drama tempatan yang diharam untuk ditayangkan di panggung wayang atau stesen-stesen televisyen di negara ini sepanjang tahun lepas.

“Seboleh-bolehnya, kami (Lembaga Penapis Filem) akan membantu supaya filem atau drama terbabit dapat ditayangkan.

"Tetapi ada filem atau drama yang tidak dapat dipotong (diedit) kerana mempunyai unsur lucah dan terlalu ganas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat lantikan, sijil penghargaan dan sijil kualiti Bahagian Kawalan Filem di sini hari ini. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap