Kawan-kawan

Isnin, 23 April 2012

Titanic 3D imbau kembali tragedi hiba

Wartawan Sinar Harian
6 April 2012
Titanic 3D imbau kembali tragedi hiba

Tidak banyak yang ingin diperkatakan mengenai filem ini yang suatu ketika dahulu menempa fenomena luar biasa. Apabila filem ini dilancarkan di Amerika Syarikat pada 19 Disember 1997, Titanic menerima kunjungan yang tak putus-putus dan menjelang Ahad pertama, jualan tiket mulai habis dengan pantas dengan keuntungan USD28,638,131 (RM88 juta).

Pada penghujung Mac 1998, Titanic menjadi filem pertama yang mencecah lebih USD1 bilion. Banyak penonton yang berulang kali menonton filem Titanic dan jualan lagu, runut bunyi dan buku yang berkaitan dengannya menjadi tumpuan dan rebutan.

Titanic mengaut keuntungan sebanyak USD1,845,034,188 (RM6 billion) seluruh dunia dan filem yang paling untung sepanjang masa.

Kini, Titanic kembali mengusik jiwa penonton yang menceritakan semula peristiwa pedih terbenamnya kapal Titanic sewaktu pelayaran pertama dan terakhir bertarikh 15 April 1912, seratus tahun lalu.

Bezanya, penonton dapat melihat filem ini menerusi teknologi 3 Demensi, di mana gambarnya kelihatan lebih cantik dan jelas. Namun, sebenarnya, tidak banyak perubahan ketara yang dapat dilihat.

Selepas 84 tahun tenggelamnya kapal mewah Titanic, Rose DeWitt Bukater, menceritakan kembali kisah dan pengalamannya mengikuti pelayaran pertama dan terakhir kapal itu kepada cucunya, Lizzy Calvert, Brock Lovett, Lewis Bodine, Bobby Buell dan Anatoly Mikailavich.

Rose yang mengikuti pelayaran itu bersama ibunya, Ruth DeWitt Bukater dan tunangnya, Caledon Cal Hockley bertemu seorang jejaka kelas pertengahan bernama Jack Dawson yang memenangi tiket menaiki kapal itu melalui perjudian.

Namun pelayaran mewah yang disangka akan sampai dengan gahnya di New York bertukar kepada insiden yang menghibakan.

--- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap