Kawan-kawan

Sabtu, 9 Jun 2012

Madagascar 3: Europe’s Most Wanted mencuit hati

Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted
Antara babak dalam Madagascar 3: Europe’s Most Wanted

JIKA anda peminat setia francais Madagascar, maka anda tidak seharusnya melepaskan sekuel ketiga fi lem itu, Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted. Selepas Madagascar dan Madagascar : Escape 2 Africa, penonton akan dihiburkan dengan usaha empat sekawan-Alex si singa, Marty si kuda belang, Gloria si badak sumbu dan Melman si zirafah yang berusaha untuk pulang ke New York.

Kerinduan terhadap tempat tinggal mereka di Theme Park Zoo membuatkan empat sekawan ini, sekali lagi meminta bantuan empat penguin yang bijaksana itu untuk kembali ke New York.

Namun dalam usaha mereka untuk pulang, pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi termasuk mereka diburu oleh kumpulan pemburu haiwan yang sama hebatnya dengan kumpulan penguin tersebut.

Dalam usaha untuk pulang ditambah dengan cabaran mereka lari dari kumpulan pemburu, pelbagai cara dilakukan geng penguin termasuk menukar kereta kebal menjadi kapal terbang-walaupun mustahil, namun ia tetap mencuit hati. Pertemuan Alex, Marty, Gloria dan Melman dengan kumpulan Circus Zaragoza memberi harapan buat mereka untuk pulang ke New York.

Secara tidak langsung mereka berkenalan dengan ahli sarkas yang terdiri daripada harimau belang yang hebat menyusutkan badan ketika mengharungi gelung kecil, si harimau bintang betina yang mempunyai sepasang mata yang comel, dan beruang yang pandai bawa superbike.

Sekali lagi pelbagai aksi lucu berlaku dalam usaha Alex dan kawankawan yang berusaha melarikan diri dari pihak polis dan cubaan mereka menyertai kumpulan sarkas itu. Berjayakah mereka meloloskan diri dari pihak berkuasa?

Berjayakah empat sekawan ini pulang ke tempat asal mereka? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.

--- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap