Kawan-kawan

Rabu, 12 September 2012

Putri Yang Ditukar musim kedua

Wartawan Sinar Harian
26 Julai 2012
Sinetron Puteri Yang Ditukar
Sinetron Puteri Yang Ditukar

Bagi anda yang mengikuti sinetron Puteri Yang Ditukar di TV3, kini anda boleh menyaksikan musim kedua sinetron itu yang ditayangkan di saluran Pelangi (ASTRO 142).

Sinetron ini masih mengekalkan pelakon siri pertama, Nikita Willy, Glenn Alinskie, Rezky Aditya, Lucky Perdana, Yasmine Wildblood, Citra Kirana, Marini Zumarnis, Sultan Djorghi, Atalarik Syah dan Tsania Marwa.

Mula bersiaran 30 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 2 petang, musim kedua ini menyaksikan perjalanan hidup Amira dan Zahira yang penuh konflik dan masalah yang datang silih berganti.

Putri Yang Ditukar mengisahkan Amira, dibesarkan dalam kehidupan serba sederhana bersama kedua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Bagaimanapun, dunia ternyata berbeza buat Zahira yang mempunyai kehidupan cukup mewah bersama kedua orang tuanya, Prabu dan Aini, di samping ibu tirinya, Malena dan kakak tirinya, Meisya.

Kemewahan bukan segala-segalanya, Zahira tidak pernah mendapat layanan setimpal sebagai seorang anak perempuan daripada ibu bapanya dan sering menjadi bahan mainan Malena dan Meisya.

Berbekalkan perhatian dan bantuan yang sering diberikan oleh pemandu dan pembantu peribadi keluarganya, Arman, Zahira bertahan menanggung derita.

Namun, tiada seorang pun mengetahui rahsia tersembunyi di sebalik dua keluarga itu, di mana Zahira sebenarnya anak kepada Ihsan dan Utari, manakala pasangan Prabu dan Aini pula merupakan ibu bapa kandung kepada Amira.

--- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap