Kawan-kawan

Khamis, 31 Januari 2013

KL Gangster ditayang sempena anugerah Seri Temasek

01/02/2013 12:27pm

KUALA LUMPUR - Filem Malaysia yang meraih kutipan box-office RM12 juta, KL Gangster, akan ditayangkan pada pameran industri filem Malaysia sempena Anugerah Seri Temasek yang berlangsung di Singapura esok.

Delegasi 19 anggota diketuai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Md. Afendi Hamdan berlepas ke republik itu hari ini bagi menyertai majlis anugerah dwitahunan mengiktiraf karyawan seni Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Md. Afendi dijadual berucap pada majlis Anugerah Seri Temasek itu serta menyampaikan Anugerah Cemerlang Seri Temasek pada majlis yang akan berlangsung di Hotel Fairmont, Singapura esok. - BERNAMA

Khamis, 24 Januari 2013

Filem lakonan Preity Zinta tertunda lagi!


24 Januari 2013
Preity Zinta
Preity Zinta
 
Pelancaran filem lakonan aktres jelita, Preity Zinta berjudul Ishkq In Paris tertunda lagi sehingga menjadi tanda tanya banyak pihak.

Filem yang sepatutnya ditayangkan pada Oktober tahun lalu ini masih belum mempunyai tarikh tayangan baru.

Tidak mudah melatah, Preity tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Untuk pengetahuan semua, pelancaran filem tersebut dijalankan pada tahun ini. Kami terpaksa menundakan tarikh pelancaran atas sebab pengarah filem telah jatuh sakit," katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

--- SINAR HARIAN

Jumaat, 18 Januari 2013

Si manis Rani Mukherjee


18 Januari 2013
Rani Mukherjee
Rani Mukherjee
 
- Lahir pada tanggal 21 Mac 1978

- Anak kepada pengarah terkenal Ram Mukherjee

- Saudara dekat kepada pelakon popular, Kajol

- Memiliki sepasang mata dan senyuman yang sangat manis.

- Mula berlakon memegang watak cameo dalam filem Biyer Phool pada 1996

- Mula menyerlah sejak membintangi filem Kuch Kuch Hota Hai. Penampilannya sebagai Tina sangat 'hot' dan memukau sesiapa saja yang memandang.

- Turut dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem itu pada 1998.

- Menerusi drama Saathiya, dia dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik pada Filmfare Critics 2002.

- Filem kegemarannya adalah Titanic dan lagu soundtrack filem tersebut juga salah satu lagu kesukaannya.

--- SINAR HARIAN

Megan Fox benci jadi popular


18 Januari 2013
Megan Fox
Megan Fox
JIKA anda fikir bergelar selebriti adalah sesuatu yang menyeronokkan, berbeza pula dengan pendapat aktres seksi, Megan Fox.

Meskipun dikenali di seluruh dunia, bintang Transformers ini mengakui kurang senang dengan populariti diraihnya.

"Menjadi popular bukanlah sehebat yang dibayangkan peminat.

"Apatah lagi jika semua orang memperkatakan sesuatu yang buruk mengenai saya.

"Ia seolah-olah saya dibuli semua orang di dunia ini," katanya kepada majalah Esquire.

--- SINAR HARIAN

Khamis, 17 Januari 2013

Kecacatan Jennifer Garner

Wartawan Sinar Harian
17 Januari 2013
Jennifer Garner
Jennifer Garner
Setelah Steven Tyler, kini giliran Jennifer Garner menunjukkan kecacatan yang dialaminya.

Biarpun sebelum ini, Garner sering mengenakan kasut tertutup, namun isteri Ben Affleck ini akhirnya bersikap terbuka mengenai kekurangan dialaminya itu.

Garner rupanya menderita sejenis penyakit yang merencatkan pertumbuhan tulang kakinya sehingga salah satu jari kakinya lebih pendek daripada jari lain.

--- SINAR HARIAN

'Botak' Juvana kembali!

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
Foto: SAFWAN MANSOR

17 Januari 2013
Johan Asa’ri
Johan Asa’ri memengang watak Botak dalam Juvana
 
Juvana
Barisan pelakon Juvana
 
Dek sambutan menggalakkan sehingga berjaya mencipta rating tinggi pada episod akhir dan pernah dinobatkan sebagai Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011, drama bersiri popular, Juvana akan menemui peminat di pawagam 24 Januari ini.
Apatah lagi, perjalanan Botak dan rakan-rakannya dalam drama bersiri meninggalkan persoalan kepada peminat mengenai apa yang terjadi kepada mereka selepas sekolah juvana mereka, Wira Bakti ditutup.

Justeru, bagi menjawab segala persoalan yang berlegar di minda, Juita Viden Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd mengambil inisiatif menghasilkan filem Juvana yang akan memperjelaskan perjalanan Botak dan rakan-rakannya.

"Ramai bertanya kepada saya, apakah terjadi kepada Botak dan yang lain-lain selepas Wira Bakti ditutup. Jadi atas permintaan ramai, saya setuju hasilkan filem Juvana yang akan menjawab segala persoalan," katanya.

Bercerita lanjut mengenai filem sulungnya ini, Faizal berkata, cabaran utama menghasilkan filem ini adalah untuk beri kepuasan kepada penonton dengan mengekalkan watak yang telah mendapat tempat di hati peminat.

"Bagi memastikan setiap penonton puas hati dengan perjalanan watak di dalam filem ini, saya perlu pastikan skrip filem ini cukup kuat untuk menceritakan mengenai pelajar Wira Bakti di tempat baru dan juga kehidupan Daim setelah dibebaskan.

"Oleh itu, saya turut wujudkan watak-watak baru seperti Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad. Selain itu, saya turut pinjam dua watak dari filem Nur Kasih iaitu Jamal lakonan Syafie Naswip dan Julia, lakonan Sara Ali.

"Tidak ketinggalan, saya wujudkan watak Tuan Adli lakonan Adlin Aman Ramlie dan Sara, lakonan Shera Aiyob yang menjadi kekasih Daim," ujarnya.

Babak ganas dipotong

Faizal berkata, dalam filem ini, dia turut menyelitkan beberapa babak pergaduhan dan juga permainan emosi serta pertukaran personaliti antara Apek dan Botak, yang akan memberi perbezaan berbanding drama bersiri.
Bagaimanapun, dia akur apabila babak pergaduhan melibatkan Lan Todak dan Kicap (Megat Farzeril) di potong Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

"Filem ini diklasifikasikan P13, iaitu pengawasan ibu bapa untuk kanak-kanak diperlukan. Saya bukan sengaja untuk menyelitkan babak ganas seperti pergaduhan dan sebagainya.

"Tetapi, setiap perlakuan itu akan saya sertakan dengan akibat yang akan diterima, ia sekali gus akan mendidik penonton. Malah, saya akan turut selitkan semangat setia kawan antara mereka dalam mengatasi kehadiran Lan Todak," katanya.
'Lan Todak' jadi dalang

Menyentuh sambutan yang bakal diterima kelak, Faizal berkata, dia optimis filem ini akan memuaskan hati peminat setia drama bersiri Juvana.

Katanya, segala babak denda dan sedikit latihan ketenteraan diambil daripada pengalamannya semasa menyertai tentera sebelum ini.

"Saya harap mereka akan mengambil iktibar dan pelajaran daripada mesej yang ingin disampaikan," jelasnya.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini menjalani penggambaran 17 hari di kem PLKN, Rawang.

Filem Juvana mengisahkan Daim (Zahiril Adzim) yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.

Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak (Johan Asa’ri), Apek (Syazwan Zulkifli), Ayam (Adam Shah), Kicap (Megat Farzeril), Komeng (Khairul Mohamed) dan Panjang (Idzham Ismail)
dipindahkan ke sekolah juvana lain, Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman.

Di sekolah baru itu, Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka jadi sasaran Lan Todak (Sharnaaz Ahmad), ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia kawan mereka. Apakah kesudahannya? Nantikan filem ini di pawagam.
 
--- SINAR HARIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Harian: Hip

Harian Metro: Rap